Saturday, July 26, 2014

Pre Raya



Susah sebenarnya nak pakaikan Nuha baju raya ni. Dari sejak siap diambil dari tailor, punya lah susah nak sarungkan baju. Lagilah nak pakaikan songkok. Tak sampai 2 saat dia campak songkok dia. 

Thanks to his Abah. Bila Abah nak pergi terawih, pakai baju Melayu dan songkok, barulah dia nak pakai baju dia. Alang-alang dah siap, kita ambil gambar dulu. Nanti raya, InsyaAllah kita ambil gambar lagi.. 

Jingga tema kami tahun ini 😋😋😋

Tuesday, July 22, 2014

Seronok sebenarnya menulis blog ni kan?

Saya seorang yang gemarkan perkembangan teknologi media sosial. Daripada zaman Friendster, MySpace (yang ni saya kurang sikit sebab time tu MySpace penuh dgn entertainment), Facebook, Blog, Twitter dan terbaru yang saya suka sangat ialah Pinterest.

Saya rasa blog jugalah yang paling seronok dan rasa 'puas'. Nak kata puas sangat pun, tak jugalah..manusia manalah pernah kenal erti puas. Blog tidak terlalu public dan tidak terlalu personal. Setiap satu media sosial ini ada kelebihan dan keburukan tetapi blogging juga sedikit sebanyak dapat meluahkan perasaan hati yang terbuku tanpa perlu menjelaskan perkara sebenar.

Boleh faham ke apa yang saya maksudkan ni? Tak apalah jika tidak faham pun. Yang penting, saya seronok dapat berblogging dan berkongsi cerita walaupun bukan 100%. Lagipun makk bukannya retis kan? lol...

Today is 22 July 2014. Last 6 days, Malaysia dikejutkan dengan berita kapalterbang Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Salah seorang mangsa tragedi tersebut ialah kawan sekolah saya. Left behind a child that aged less than a year. I made me feel that I should appreciate every single moments in my life. 

My son, Nuha sekarang dah aged 2.2 years. Makin banyak akal..makin mencabar menjadi seorang ibu. He loves my cooking although I am a bad cook. Hahaha...I cant cook..seriously! Sejak dah boleh lompat setempat ni tanpa jatuh tergoleklah kan...asyiklah kena nyanyi lagu Lompat Si Katak Lompat. 

Some of his fave (for now) :

Fave food : Macaroni Soup, Roti Canai (anai...katanya)
Fave Drink : Vitagen, sirap sejuk
Fave Activities : Jalan-jalan 
Fave Spot : Air Pancut Dataran MBMB, beach
Fave Song : Tepuk Amai-amai, Ya Hanana, Sholatu
Fave Shirt : any shirt with JDT logo
Fave Animal : still...kucing
Fave Alphabets : W, O, U

Simpan untuk kenang-kenangan sendiri jelah kan? Kot nanti Nuha terjumpa blog ibu ni nanti.. :)



Till then