Saturday, August 2, 2014

Puasa dalam erti kata sebenar

Saya begitu terkesan dengan pesanan Ayah, pengasas RPWP tentang amalan berpuasa. Selama ini, saya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga. Kalau lebih sikit pun, tahan mata, tahan mulut dari terlihat dan tersebut perkara yang sia-sia. 

Konsep mereka puasa untuk mencukupkan keperluan. Selain daripada puasa sunat setiap Isnin Khamis, mereka lebih gemar berpakaian seragam. Kata ibu-ibu di RPWP kalau beruniform selain daripada menjimatkan kos membeli pakaian, mereka lebih mudah hendak siapkan anak-anak. Kalau disuruh pilih baju yang mereka hendak pakai, mesti mengambil masa dan tenaga. 

Mereka juga mengajar konsep 'kalau mampu pakai Honda tetapi pilih untuk juga Proton pun puasa juga'. Hmm, betul juga kan? Kereta tu dah hutang, maintenance lagi. Asalkan boleh bergerak dan sampai destinasi,Alhamdulillah. Nanti bila dah berkereta besar sangat pula, ada yang meragui kemampuan kita. Silap haribulan, ada pulak mulut jahat kata kita tipu orang atau makan rasuah pula. Hmm, dah mengundang fitnah. 

Tahun ini hari raya kami disambut sederhana. Cuba mengaplikasikan konsep puasa dalam erti kata sebenar. Alhamdulillah, Ramadhan kali ini cuma sekali berbuka puasa di luar. 3 kali pergi ke Bazaar Ramadhan. Selebihnya masak dan makan sendiri di rumah. Puasa kedua kami beli makanan berbuka di bazaar, habis dekat RM25 juga. Itu pun sebab kami ada appointment Nuha di JB dan tak sempat balik memasak di rumah. 

Baju raya pun tak berlebihan. Kalau sebelum ni, suami kata 'baju manik satu badan'.. Tahun ni, sebutir manik pun tak ada...hihihi. Walaupun dah aim sejak awal sepasang jubah dari seorang young and talented designer, tahun ni kita bagi akak tailor Masjid Sungai Abong je jahit baju raya cum baju pergi kerja lepas tu. Hihihi...jimat! 

Untuk anak jelah ada terlebih sikit..biasalah ibu-ibu memang suka sangat berbelanja pakai alasan 'untuk anak' ni tapi rasanya taklah sampai jatuh tahap membazir. 

Kelengkapan rumah memang tak beli apa pun sebab rumah ni baru diduduki setahun lepas. Semuanya masih elok dan boleh dipakai. Biskut raya pun tak beli, beli kerepek je. Tu pun kita tengok bila habisnya..kuikuikui. 

Rasanya boleh diteruskan amalan puasa ini. Tunggulah sampai handbag saya tu ada orang buat lukisan, atau terkoyak, atau apa-apa jelah sebab yang dah terpaksa nanti barulah saya beli handbag baru. Buat masa ni kita bersabar jelah ye.. Puasa kan? 

Our raya pic this year #TeamOranje

Masih tak terlewat untuk kami sekeluarga ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin' 



No comments:

Post a Comment