Monday, March 11, 2013

Muka kami sama tak?

Saya ni jenis orang yang jarang belek muke di cermin. Jadi bile ada ada seorang kenalan kata muke saya dan Nuha saling tak tumpah, saya anggap dia cume 'nak beli jiwa' je..

Bila lebih ramai orang kata begitu, saya pun nak lah juga bandingkan muke kami. Ala, dah nama pun anak saya kan..memang muke saya dan suamilah kan? Hihi... Sebelum kami pun terfikir macam mana bulu mata Nuha panjang dan melentik because none of us yg ade trait macam tu. Belek-belek muke sendiri, bulu mata panjang dari saya, melentik dari abahnya.

Hidung kami tak sama kan...hidung ibu dia mancung sikit. Nuha ikut hidung jambu abah! Hihihi...


Happy Monday,all!

Tuesday, March 5, 2013

1M4U

2 minggu berhempas pulas, training sampai ke petang akhirnya membuahkan hasil. Walaupun sekadar mendapat tempat ketiga tapi kami memang cukup puas hati.Sabtu lepas berlangsung Karnival PIBG Parlimen Ayer Keroh. Ini tahun kedua diadakan program ini. Kali ni saya ditugaskan untuk menyanyi pula. Tahun lepas, jadi mak buyung duduk kat gerai je jual air..kihkihkih.

Excited sikit join koir sebab dulu kat UTM pun join choir group. Pernahlah buat 1-2 show kat dalam UTM tapi oleh kerana 'rajin yang amat', selalu tak gi training akhirnya quit jelah. Susah woo training dia. Breathing lah, pronounce lah..hish,tak larat!
Tahun lepas lagi dah menggedik nak join koir tapi GPK reject. Yelah, tak kuasa dia nak jaga mak yong nak naik bangku dan nak nyanyi bagai. Tahun ni, belum pape lagi dia dah masukkan nama. Hihihi...bagus kak!

Paling best sebab sekolah siap upah trainer untuk kiteorang. Sir Jo tu memang baguslah. Memang berkesan dia ajar walaupun dalam suasana santai. Kelakar pulak tu.. Siap bagitau kalau kiteorang biasakan bernafas style yang dia ajar mesti senang nak meneran bersalin. Hahaha...yelah kot. Walaupun pada awalnya susah nak bernafas guna perut tapi now rasa senang je.

Abaikan leher mendap saya itu. Leher I tak jinjang..huhu. Kolar baju lak tinggi sangat..

Lagu wajib lagu Melaka Bandar Teknologi Hijau dan lagu kedua, medley 1 Malaysia dan IM4U.

Cuma pada hari tersebut, Sir Jo tak dapat join kiteorang sebab budak band dia ade competition kat Kedah. Kalau Sir ada, maybe kiteorang lebih bersemangat dan nyanyi dengan lebih baik. Cehh...ye lah tuuu... Hahaha.

Kelakarnya kami dapat hadiah hamper dan cash RM255! Macam tak pernah dengar hadiah jumlah macam tu. Dahlah tu duit singit-singgit lak tu! Selepas dibahagi pada semua penyanyi, dapatlah seorang rm 17 je..hihihi.

Semoga tahun depan kalau ada lagi kami pula akan menang. Yeah!