Monday, February 25, 2013

Bestnya kalau cuti bersalin lebih panjang

Bukan mempersoalkan tindakan kawan itu cuma kalau saya di tempat dia, saya akan gunakan semua cuti yang berhak saya guna dan diperuntukkan.

Melahirkan anak sulung, amik cuti 2 bulan je. Saya ni kalau maternity leave 6 bulan lagi saya suka tapi kat Malaysia tak buat lagi macam tu. Rasa macam tak sampai hati nak tinggal anak dan mula bekerja sedangkan masih berhak bercuti sebulan lagi.

Ibu-ibu yang exclusive breastfeed mesti faham kepayahan nak pump ketika waktu bekerja. Lagipun orang kata sementara masih ML ni, bagi je direct feed sebab membantu memperbanyakkan susu. Kalau dah bekerja, penat lagi..tak sempat, dan kekangan lain membuatkan kita stress dan mengganggu pengaliran susu.

Lagipun anak sulung. Baru jadi ibu. Mesti excited tu lebih lagi. Average Malaysian women pun bersalin dalam 3-4 orang anak. Memang layak sangat (dan tak habis guna pun kalau bersalin kurang 5 orang anak) nak habiskan 500 hari maksimum cuti bersalin sepanjang perkhidmatan kan? 

Seingat saya, darah nifas saya pun stop selepas lebih 50 hari bersalin. Bila 60 hari dah mula bekerja, mesti rasa letih. Kawan-kawan senior yang merasa cuti bersalin 44 hari dulu kata mereka datang ke sekolah dengan muka pucat dan masih berstokin!

Mungkin kawan tu ada rasionalnya sendiri cuma saya pula yang tukang ralat. (Penyibuk je saya ni kan?) Saya kalau boleh mahu duduk diam-diam je kat rumah dengan anak. Tak bolehlah kan? Nanti suami saya bising pula. Sekarang pun dah bising..hihihi. 

Ala..kan dah rindu anak. Hari ni kena balik lambat. Ada extra curricular activities for teachers pulak! Layankan jelah video Nuha tengah 'test drive' kete kat shooping mall baru-baru ni. Arituh sepupu dia beli tolocar ni, dia beriya bebenornye! Sampai jatuh terlentang..yelah, orang belum kuat kaki nak berdiri dah nak berdiri.

Ni masa 'test drive'..masih lagi beriya mukanya. Padahal sebelah kaki je jejak lantai tu..Siap digoncangkan badan nak suruh tolocar tu bergerak..hikhik. Suka hati kamu lah anak..


Friday, February 22, 2013

Kisah orang eksyen

Semalam balik dari rumah babysitter, baru terpandangkan lebam di dahi bujang saya tu. Senyum je sebab saya tahu kakak tu dah jaga sebaik mungkin. Tinggal Nuha memang tengah aktif sekarang. Merangkak pun tak expert lagi sudah berangan nak meniti meja, dinding dan apa-apa je yang boleh dia berpaut. Hish..badan kita pun dipautnya.

Bila dah boleh berdiri, eksyen siap lepas tangan sebelah. Adoiyai lah anak...

Mula-mula arituh, selalu jugaklah dia jatuh terlentang. Arwah abah saya dulu paling sensitif baby jatuh terlentang. Jampi paling mujarab ajaran emak 'Puh tangkal balik pintu, budak (kata-kata yang baik seperti aktif, bijak etc) memang gitu'.. Fuhhhh..tiuplah sikit sambil gosok tempat yang jatuh. Hehe..itu jugaklah kawan-kawan cikgu yang senior ajar bila anak murid datang mengadu macam-macam hal dengan kita. 

Sekarang dah boleh balance kan badan sikit. Bila jatuh sekarang, terduduk je. Tapi masih menjerit sebab trauma agaknya. Nama nak patah semangat tu memang takdelah.. Dicuba dan cuba sampai dia puas hati dan beralih kepada permainan lain pula.

Badannya tak naik-naik..macam tulah. 



Monday, February 18, 2013

Masakan Ibu yang paling menyentuh hati

Malam tadi saya sempat tengok filem Kimchi Battle di TV9. Sampai pukul 12+, macam tak sedar diri yang hari ini nak sekolah. Cerita itu sungguh menyentuh hati saya. Siap menangis lagi.. Menangis sungguh-sungguh bukan setakat berlinang air mata.

Kisah tentang seorang chef yang mempunyai seorang ibu yang pekak dan bisu. Ibunya menghantar dia supaya dijaga oleh orang lain kerana merasakan anaknya itu lebih selamat di bawah jagaan mereka. Anak itu berasa sungguh sedih dan kesedihan itu bertukar menjadi kebencian kerana dia merasakan ibunya harus bertanggungjawab menjaganya walau dalam apa jua keadaan. Dalam masa yang sama, anak perempuan keluarga angkatnya pula merasakan dia menjadi penghalang kepada kasih sayang ibunya terhadap dirinya. Maka dia menjauhkan diri daripada keluarga dan menjadi chef yang terkenal. Mereka bertanding dalam satu pertandingan memasak kimchi dan akhirnya chef lelaki itu menyedarkan chef perempuan itu bahawa makanan yang menyentuh hati kita adalah masakan ibu.

Part yang paling sedih ialah bila ibu chef lelaki yang pekak dan bisu itu sedang tenat kerana arteri serebrumnya pecah (brain damage) masih terus hidup kerana 'terdesak' bertemu dengan anaknya. Apabila anaknya datang melawatnya, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Kat part ni lah yang saya menangis. Sedih sungguh rasanya.

Saya ni anak yang jahat. Banyak perkara yang saya lakukan telah menyakiti hati emak saya. Emak tidak pernah berdendam dan menyisihkan saya. Kata emak "Kalau tak sayang, emak tak bela". Saya sedang mencuba dan akan terus mencuba menjadi anak yang lebih baik daripada dulu. Rasanya menjadi seorang ibu telah berjaya mencelikkan mata saya yang selama ini buta dengan pengorbanan dan kasih sayang mak saya.

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap di dunia. Walau ke mana pun saya pergi, mencuba pelbagai jenis makanan saya tetap akan merindui masakan emak saya. Walaupun sekadar lauk ikan pindang.Sebelum ni saya tak suka tapi sejak saya bersalin, hampir setiap hari emak masakkan lauk ikan pindang..saya jadi suka pula. Siap saya request emak masak lauk yang orang lain dalam keluarga saya tak nak makan.

Saya paling rindu lauk daging masak kicap pedas emak. Pada saya, rasanya perfect. Mungki kerana ada banyak memori dengan masakan itu. Walaupun mungkin pada orang lain, lauk tu biasa je tapi saya tetap suka.

Tak salah saya ketika itu hendak menghantar pendaftaran sekolah asrama abang saya aka Suami Kak Yus di Jelebu. Melalui jalan yang bengkang bengkok dan bersesak dalam sebuah kereta, baju gaun yang emak baru belikan habis kena muntah. Arwah abah berhenti di air terjun dan kami sempat bermandi-manda. Dengan perut lapar, makan bekalan nasi dan lauk daging kicap pedas tu rasa sangat sedap. Sampai sekarang saya ingat memori itu walaupun sudah lebih 23 tahun berlalu.

Saya berharap saya akan menjadi anak yang lebih baik dan sentiasa lebih baik setiap hari. Semoga Allah melindungi emak saya sebagaimana emak melindungi dan menyayangi saya sejak lahir hingga kini. Sebesar mana pun usia saya, saya tetap anak kecil di mata emak.


Sunday, February 17, 2013

Sunday breakfast menu for lazy mommy

Freezer to fryer menu. Malas kan? Hehe..
I already planned something in my mind. Kena prepare for it after this. Tu yang breakfast gini aje.

Anyway,selamat bersarapan semua!

Monday, February 11, 2013

Update sebulan terus..

Alhamdulillah

Tiada yang lebih baik daripada bangun. merasai nikmat hidup selepas 'mati' seketika. Lebih nikmat lagi dikelilingi oleh insan tersayang.

Hmm, rasanya dah lama sangat tak berceloteh panjang. Rasa rindu pula. Rasanya dah tak ada orang nak skodeng kat sini lagi kot. Shud be okay nak story mori sebagai kenang-kenangan di masa depan.

Alhamdulillah, kami telah berpindah di rumah baru kami sebelum naik persekolahan 2013. Selama bekerja duduk di rumah mak, memang tak kumpul harta. Apa yang ada cume set katil, pakaian dan barang-barang anak. Itulah harta yang ada dan kami angkut berpindah di rumah baru ni. Mujur juga ada hadiah-hadiah perkahwinan dulu yang banyak berjasa untuk kami. Toaster Puan Salfarina, shoe rack Pn Unaisah, clothes hanger Pn Haslinda, fork & spoon set En Shahril... frame En Azmeer je yang tak digantung lagi. Mostly barang elektrik yang perlu dibeli. Amik ko shopping barang elektrik ( itu pun yang jenis sesuai untuk keluarga kecil kami dengan harga berpatutan) sampai maximum limit credit card. Hamik ko sampai kena block...hahaha. Gile tak gile lah.. Mujur ada duit bonus, settlekan separuh daripada hutang tu. Lepas ni stop dulu, bayar bulan-bulan lah jawabnya.

Dah potong gaji bayar duit rumah ni memang sesak nafas jugaklah. Syukur jugalah sebab bila dah pindah ni nak pegi keje, dekat. Tak sampai 8 km (plus dah siap hantar Nuha kat rumah babysitter). Namun, mak tetap diva datang lambat! Apa tidaknya nak cross jalan depan rumah tu, dah separuh macam suicide pun ada. Hati mau kering..Kalau tak, sama ada keras jelah kat depan tu atau pekakkan telinga kena hon dengan kete yang berderet lagi belakang anda. Pukul 7 pagi tu memang tengah peak time. Either kluar lebih cepat atau lebih lambat. Kluar cepat memang takdelah...hahaha. Kluar dalam 7.15pagi, sampai skolah dalam 7.35pagi. Tu tahap diva je. Masih ade ratu dan dewi datang lambat. Kire OK lah kan? Hikhik...

Tahun ni keje bertambah tapi a bit relax. Macam mane tu? Sebab masa mengajar bertambah daripada 16 waktu jadi 24 waktu. Keje as GPB dah jadi mantan...katanya. Mak je yang tetap berumah tangga kat makmal komputer tu sebab FT dah kena keje kat PKG. Sapelah nak tolong cikgu-cikgu ni.. 'eh, tak boleh print lah' padahal printer offline lagik. Adeihh...

Anak bujang I ni, alhamdulillah.. dah bertambah aktif dan makin cerdik. Ade aje aksi ligatnya. Bak kata abahnya, tak padan dengan jantung 3 piston. Walaupun rupa paras banyak dipengaruhi gen ibunya, perangai sejibik abahnya. Kalau pompuan cantik lalu, tengok dari hujung ke hujung. Amik ko...pening kepala ibu awak macam ni, dik. Nak kena awasi abah lagi, awak lagi..hakhakhak.

Sekarang dah pandai duduk. Kuda-kuda nak merangkak tu dah molek sangat dah tapi belum gerak lutut nak melangkah. Rupa macam nak melangkah tapi akhirnya jatuhkan dada dan mengesot ke depan lagi. Takpelah dik, ibu tak paksa. Gigi tak tumbuh lagi tapi makan biskut dah macam ada gigi bunyinya.. Gusi dah keras kot. Habis jari ibu diterkam dan masukkan dalam mulut dia. Teether tu tak nak pula digigitnya. Sudahnya bagi kain jelah..gosoklah gusi awak tu, dik.

Badannya petite aje.. Last time timbang dalam 6-7kg je. Laaa ni dah makin aktif, bertambah kurus. Makan nak memilih pulak tu. Tu pasal badannya kecik molek je.

Tak sempat nak amik gambar terbaru. Nanti lain masa kite update bergambar pulak ye. Ni nak kejar Nuha yang sedang aktif 'mop' lantai.

Till then.. Assalamualaikum.