Monday, January 21, 2013

Nuha ketawa besar

Hujung minggu lepas bawa Nuha jumpa TokMak di rumah Mak Long. Dah lama tak balik rumah TokMak sebab kerja sekolah tengah banyak. TokMak pun boleh tahan busy..

Minta tolong Kakak Doya jaga sekejap sebab ibu ada hal. Inilah akibatnya bila tinggalkan baby dengan anak dara..

Happy viewing all..


Tuesday, January 15, 2013

Ting tong je kalu takde Internet ye..

Assalamualaikum semua,

Sejak takde Internet ni, bertambah-tambahlah sunyi blog ni. Walaubagaimanapun, banyak juga hikmahnya. Kalau tak, kesian Nuha main golek-golek sorang-sorang. Ibu dia sibuk bertenggek kat twitter, FB dan blog..hihi.

Lama dah saya tak bermain dengan Lolita, dslr saya. Rasanya last sekali digunakan pada Aidilfitri tahun lepas. Tu pun bukan saya yang amik gambar. Niat di hati macam nak jual je tapi bila saya amik gambar Nuha, alahaiiiii.... Cantiknya gambar kamu, Lolita compared to camera henpon Ultraman Ace saya ni. Terus tak jadikkkk...

Kalau ade rezeki lebih, dapat Galaxy Camera pun OK jugak kan? Tapi rasanya kalau dapat free lagi bagus kot..hihi. Ade ke orang nak bagi??? Hihi...berangan je!

Saya tinggalkan anda untuk sementara waktu ini dengan gambar Nuha..
Till then!

Muka tercengang tengok mende alah ape Ibu keluarkan ni... *camera*..hihi

Manja sungguh anak bujang ni..


Pinjam songkok abah jap.. Ni shoot yang ke zillion kali baru dapat yang terbaekkk dan tak blur

Gum grin!

Chakkkk!!

Thursday, January 10, 2013

7 months

Susah nak ambil gambar budak kecik ni sekarang. Sibuk dia nak capai camera jugak. Tu dia dpt duit tu di atas kepantasan tangan dia mencapai purse ketika saya nak simpan kad Bonuslink.
Makin cerdik,makin pantas dan ibu perlu lebih tangkas. Hehe..

Tuesday, January 1, 2013

2012 berlalu..2013 kini tiba!

Pejam celik..pejam celik.. 2012 telah pun berlalu. 2012 memberi lipatan sejarah tersendiri dalam hidup saya. Untuk kehidupan peribadi saya, saya dah achieve 2 perkara besar dalam hidup saya. Anak dan rumah. Alhamdulillah. Untuk kerjaya saya, agak senget sikit sebab nak cope kehidupan baru sebagai seorang ibu. Hopefully 2013 ini memberikan saya good progress dalam kerjaya saya, InsyaAllah.

2-3 hari ini, saya memang susah hati yang teramat sangat. Saya telah 'dilamar' untuk mengajar Prasekolah di sebuah sekolah yang terletak hampir 30minit perjalanan daripada rumah saya. Lagi teruk, berlawanan arah daripada rumah pengasuh Nuha. Bila GB beritahu, siap minta izin dengan GB nak menangis sebab sedih sangat. Maybe sebab terfikir tentang Nuha dan saya pun dah jatuh sayang pada sekolah sekarang. Bukan mudah mencari orang hendak menjaga Nuha. Pertama, orang yang kita percaya mampu jaga anak kita. Kedua, orang yang sanggup jaga anak kita.

Ramai orang tanya kenapa saya tak bagi mak saya je jaga Nuha? Mak saya dah tua. Walaupun mak saya, alhamdulillah masih sihat dan kuat untuk menjaga Nuha, saya tak nak mak saya terganggu nak buat ibadah kerana anak saya. Sekarang waktu pagi, Mak saya dapat tonton siri kuliah agama di TV, boleh baca buku, boleh mengemas rumah, boleh solat sunat, boleh mengaji, boleh memasak, boleh berehat dan buat apa saja perkara mengikut kemahuannya. Kalau Mak jaga anak saya, mungkin dah tak dapat baca buku. Mungkin solat dalam keadaan kelam kabut memikirkan keadaan anak saya. Lagipun saya tak mahu lah Mak saya masuk neraka kerana anak saya.

Saya kesian tengok makcik-makcik yang sudah tua masih menjaga anak cucu. Kalau anak cucu sendiri tu OK juga, ni anak orang lain. Kalau solatnya tinggal, siapa yang nak dipertanggungjawabkan. Contohnya anak lelaki saya. Dia bertanggungjawab kepada saya-ibunya, ayahnya, adik beradiknya. Jika kami tinggalkan solat, maka lelaki-lelaki dalam hidup kami akan diazab kerana kelalaian kami dan kelalaian mereka mengingati kami. Kalau mak saya contohnya, jaga anak jiran saya sampai tertinggal atau hilang khusyuknya, sapa yang akan tolong mak saya?

Agak kuno dan dangkal kot pemikiran saya ni tapi saya rasa macam tu.

Hish, jauh pula melalutnya...

Hari ini saya nak pergi potong streamyx saya ni. Nak pasang Internet kat rumah saya pula. Masalah problemnya, tiang TM baru je pacak kat rumah saya tu. Kabel pun tak ada lagi..hihi. Maybe saya terpaksalah rest sebulan dua ni.. Atau guna P1 atau YES pula kot. Hurm..lepas tu install Skybox..waahh, berangan memang best!

Untuk kengkawan cikgu sekelian, esok start kerja OK! Awal-awal jangan nak malas-malas ye! Hujung-hujung nanti pun tak boleh malas juga, kan? Tengah-tengah je kita bermalas-malasan...hihi. Apa punya nasihat daa... 

To all, Selamat Tahun Baru 2013!