Monday, December 24, 2012

Busy like a bee

Been so busy lately. Ditambah dah nak naik skolah soon. Dah start meeting..sakit pinggang dgr peringatan saban tahun diulang dan ade saje agenda baru setiap tahun.
Well,I love my job. No doubt. Just kadang2 pening dgn arahan/pekeliling/program so on so forth pihak KPM until rasa mcm 'hui..mcm nak pencen awal je'.. Oh,itu angan-angan mat jenin saje.

Dah cari orang baru jaga my little Nuha. First impression rasa agak shocked juga. But once dah berbual,tgk keadaan persekitaran dan yang penting Nuha ok je dgn kakak tu,kami decide to give a greenlight. But still ade masa ni maybe will still look around if ade better option.

Nuha yang makin manja, makin bijak dan makin menggeramkan! Rasa mcm nak cuti lagi menjaga anak.. Hihi,lps tu takde gaji komplen tak dpt beli itu,ini..

Ibu love you,Nuha

Friday, December 7, 2012

Selamat Ulang Bulan yang ke 6, Nuha

Pejam celik, pejam celik..dah 6 bulan saya melahirkan Nuha. Alhamdulillah! Sesungguhnya separuh daripada diri saya masih tak percaya yang saya ni ada anak. Hehe.. Bila teringatkan keadaan dia sebelum ni, rasanya macam nak menangis. Tapi Allah berikan dia kesihatan yang lebih baik sekarang, Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terhitung, lebih daripada harta yang bergunung.

Dengan adanya dia, hidup saya berubah sama sekali. Rasanya kawan-kawan semuanya tentu faham dan rasa apa yang saya rasa. Rasa gembira, rasa rindu, rasa geram, rasa nak menangis, rasa nak marah pun kadang-kadang ada juga..hehe.

Selamat Ulang Bulan yang ke 6, anakku Nuha. Semoga kamu menjadi anak yang soleh. Ibu dan Abah sayang kamu ketat ketat..

Hari ke 5 di NICU

Hari ke 10. 1st day balik rumah.

1 month.
Kekenyangan minum susu..hehe.

1+ month.
 1st time admitted

2 month

3 month 

3+ month
After stenting procedure at IJN

4 month
Mokteh Nuha kata seksa tengok rambut Nuha time ni..hehe


5 month

Pic terbaru menjelang 6 bulan

Sekarang sudah boleh maju ke depan jika ada dorongan yang kuat seperti laptop ibu dia ni. Haha, letak mainan dia pun dia takkan maju..hehe. 

Mulut makin riuh. Makin manja. Tido nak berpeluk. Sebelum tido kena 'pintal' (read : tarik) rambut ibu dia dulu.. Menjerit menangis kalau tak nampak orang di sekeliling. Dah kenal orang juga.. Saya dah mulakan solid food untuk dia. Alhamdulillah, ok je nampaknya walaupun pada awalnya dia tak berapa mahu makan.

Ibu and Abah love u so much, sayang



Thursday, December 6, 2012

Nuha and Tommee Tippee Explora First Sip

Haha, poyo tak? Yelah, anak kita ada skill baru..mak dia yang excited sangat. Actually bukanlah betul-betul pegang pun, sangkut je kat tangan dia tapi still rasa happy juga!

Asalnya sebab saya baca tentang post kawan saya. Anaknya yang a bit older than Nuha, about 2 weeks pegang sendiri botol susu masa dia balik kerja. Dah besar anak ibu, kan? Sikit masa lagi, maybe sudah malu dipeluk dan dicium Ibu di depan kawan-kawan. Anak lelaki lah katakan! Tapi kalau boleh, sampai bila-bila pun Ibu tak nak kamu rasa begitu.. Sampai bila-bila pun kamu tetap anak Ibu.

Eh, terfeeling meeling pulak..Dah jadi mak ni, sensitif sangatlah..hehe

Jom, kite layan gambar dulu.. Saje je saya letak. Bolehlah saya gelak-gelak tengok bila dia dah besar nanti..hehe

Baru lepas mandi. Tak sempat pakai baju dah mengamuk nak susu..kita layankan ajelah!

Lokasi, masa dan hari berbeza..hehe

Ni masa dia tak mengantuklah. Kalau dah mengantuk sangat, ibu dia juga yang kena pegangkan. Sebab bila botol dia terlepas, dia menjerit..hehe. Anak..anak..

Hari tu, kami tertengok satu parenting show. Soalannya bila nak start beri anak minum susu dalam cawan? Doc tu kata as soon as baby pandai pegang botol dan masukkan botol ke dalam mulut. Oleh itu, kami belikanlah dia Tommee Tippee Explora First Sip tu. Excited tak? Hehe... Beli holder dia je..botolnya tak beli. Macam dalam gambar di bawah ni

Ihsan Google

Holder tu fit dengan semua jenis botol Tommee Tippee Closer To Nature tu. Putingnya pun tak cepat koyak. Nuha sekarang ni sibuk mengigit dengan gusi dia tu. Nak kata nak tumbuh gigi, belum nampak bayang gigi pun. Maybe tengah belajar chew and munch kot.. 

Biasalah jadi mak, memang excited bebenor. Anak pegang botol pun nak kecoh. Takpelah kan, bagi chance. Ni ada video saya amik time dia baik hati nak pegang botol sendiri...kihkihkih.

Dah besar anak ibu..

Wednesday, December 5, 2012

Nuha plays with Luqman

Nampaknya seminggu sekali lah saya update blog ni..hikhik. Nak kata busy tu, agak busy jugaklah. Setakat nak online thru mobile, memang sempatlah tapi nak update blog ni, problem sikit. Plus, I think I havent update Blogger-Droid apps for quite some time juga. So, cant update blog thru mobile. Tu yang terbantut hasrat di hati..

Just nak share video Nuha plays together with Luqman, his niece. Luqman ni kembar 3, together with Imran and Ain. Kami 'larikan' Luqman sekejap sebab dia tak mahu tidur. Sebelum dia nangis dan buat adik dan kakak dia terjaga, kami ajak dia bermain dengan Nuha. Luqman is almost 9 months now, weighs I guess almost 8-9kg right now. Sekali dia hempap Nuha...hehe.

I said 'Dukman' in this video sebab his cousin ingatkan nama Luqman ni Dukman..hehe

Ni Luqman's toy, Nuha tumpang main je. Sekejap je dia main lepas tu boring. Dia main dengan botol susu juga. Menurut cerita, Luqman ni walaupun tengah marah mengamuk tapi kalau keluarkan camera, automatik boleh senyum. Hehe..kelakarlah awak Luqman. Sebab tu Luqman always stare to the camera. Nuha syok je tumpang main sama..

Luqman did hempap Nuha after that. Nasib baik tak nangis tapi menyerang balas juga Nuha ni. Hehe..boleh tahan juga anak Ibu ni..