Monday, November 26, 2012

Nasib baik ada Nuha

Cuti sekolah dah lama bermula. Saya masih stuck di dalam rumah. Boring juga bila tidak ke mana-mana. Nampak gayanya tahun ni masih tak boleh nak pergi holiday. Tahun lepas, semua dah plan baekkk punye..sekali pregnant pula. Burnt lah segala yang telah dibayar. Tahun ini pula sibuk menguruskan perkara yang lebih penting. Rasa tak sabar pula.. Ape dia? Nanti saya update lain kali ye..

Isnin lepas, bawa mak dan Nuha ke rumah Mokteh Nuha untuk melawat abang sedare Nuha yang berkhatan.  Tahniah Aqil! Dah boleh masuk saf orang dewasa lepas ni :)

Tak banyak gambar yang dapat diambil. Rasanya lebih banyak dalam koleksi Mokteh Nuha tapi Mokteh busy kot..belum sempat upload lagi gambar Nuha bersama abang-abang dan kakak sedarenya. Ni je satu yang senonoh sikit nak tunjuk kat kawan-kawan Ibu.

Pin pun dah terbalik..berpusing dikerjakan Nuha

Selain daripada itu, kami melepak ajelah di rumah sambil ibu polish skill kerumahtanggaan.. ade ke word tu? Belasah jelah Nanti kalau ade rezeki tinggal di rumah sendiri, takdelah susah..hehe.

Oleh kerana hobi Ibu Nuha ni dengki anak bujang dia, ibu pakaikan dia topi yang ibu dan kawan-kawan beli semasa membawa murid melawat sekitar bandaraya Melaka. Dah macam Mister Potato ibu tengok..kihkih

Nasib baik mata bulat ikut ibu. Kalau mata ikut abah, macam apek jual sayur lah..hehe.
Ampon abah!!..hehehe

Sebenarnya Nuha dah mula geram tengok orang makan. Tanda-tanda nak kena start bagi solid food lah kan? Tak lama dah nak 6 bulan dah anak ibu.. Rasa macam minggu lepas je bersalinkan dia.. Ish..ish..ish.

Suka sangat jolok tekak dengan jari dia tu.. Semua pun nak masuk mulut!

Lepas ni bertambahlah satu lagi rutin ibu iaitu memasak untuk Nuha. Actually hari tu dah try masakkan bubur nasi kosong untuk Nuha tapi mem besar kata FAIL! sebab belum cukup halus.. Haha, bagi jelah kat sepupu Nuha yang kini 8 bulan. Nanti ibu buat lagi OK ye sayang!


Tuesday, November 13, 2012

Tabung Nuha

Ibu belikan tabung dadu ni untuk langkah pertama Nuha menyimpan duit. Nuha tak simpanlah..ibu yang tabungkan untuk Nuha.

Duit Nuha sejak lahir dan Aidilfitri tempoh hari..masih ada dalam simpanan saya. Belum decide nak buat ape. Nak simpan atas nama Nuha sendiri, dia masih belum ada MyKid. Kenapa tak ada?? Sebab actually abah dia silap eja nama dia dalam surat beranak. Nak suruh si Abah pergi angkat sumpah, sampai sekarang tak sempat...adeihhh. Oleh itu, tumpanglah account ibu dulu. Duit tu pun sebenarnya dah digunakan untuk beli stroller Nuha. Hehe...stroller tu untuk Nuha dan adik-adiknya nanti. Wahhh, adik-adik... Padahal kalau Abah Nuha cakap pasal adik Nuha, sayalah yang menjerit dulu. Bukan serik nak bersalin tapi hati belum sembuh bila teringatkan susahnya hati bila anak tak sihat. Mesti korang pun ada perasaan macam tu kan?

Hari tu duduk berborak dengan kawan sekolah yang nak berpencen (hmm..sekarang dah pencenlah), dia suggest suruh beli insurans. Hmm, jangan kata sekarang..masa Nuha dalam perut lagi saya dah call agent saya suruh prepare insurance untuk Nuha. Sebelum saya dapat tahu jantung dia ade abnormalities lagi saya dah plan tapi masa tu saya bertangguh-tangguh. Bila dah tahu, saya try buat lagi. Lepas tu agent saya pula bertangguh. Draft tu siap bila saya dah terbaring atas katil nak bersalin.

Bila dah keluar dengan jantung Nuha macam ni, tell me insurance mane yang berani nak cover dia? Huhu..marah betul ni. Saya paling benci ayat orang jual insurans ni ibarat 'kalau tak beli insurans, gelaplah masa depan kamu'. Takdir tu di tangan Allah, bukan insurans. Walaupun saya kerja gomen, saya beli macam-macam insurans..life insurance lah, siap medical card lagi, insurans kelompok nak cover suami dan anak tapi bila macam ni, takde satu pun yang berguna.. Eh, dah termelalut pasal insurans pula..

Ade juga kawan tu suggest buat gold investment. Saya google info pasal gold investment. Memang menarik tapi bila google bad stories about gold investment in Malaysia...berderet cerita tak sedap boleh dibaca. Ironinya esoknya pula Genneva Gold tu kena raided by Bank Negara. Haha...nasib baik juga. Beberapa bulan lepas, ada seorang kawan fb ni keep on posting pasal gold investment. Saya tak berminat plus ade suami saya ada bad experience dengan gold investment ni. Laa ni...dah senyap pula. Rupanya dia pun terkono... Hmm, macam-macam cara orang nak tipu duit orang ni kan?

Ipar saya kata no shortcut pun nak jadi kaya. Nak kaya kenalah berniaga, sebab 9/10 rezeki daripada berniaga. Saya berniaga?? Hmm...saya tak pernah membayangkan saya berniaga sebab dulu masa projek KH kena jual barang, saya berdiri je tercegat kat gerai kiteorang..hehe. Tapi manalah tahu satu hari nanti, saya didorong Allah untuk berniaga..sape tahu kan? *berangan*

Sebenarnya saya menabung ikut Tips Berjimat Menabung Cik Tom ni haa.. Mudah dan praktikal. Lama dah saya nak buat tapi baru sekarang saya buat. Tu pun sebab hari tu jumpa kawan-kawan sekolah lama, diaorang ajak pergi ke Daiso. Belilah tabung 5 hinggit ni ye, nak.  Lagipun daripada berat-beratkan beg dengan syiling, baik saya masukkan dalam tabung Nuha ni.

Saje nak tepek beberapa keping gambar Nuha..nanti bila dia dah besar, mesti saya rindu tengok wajahnya semasa baby..

Geram tengok muke selambe dia tu. Ade rupa gegirl tak? Huhu..
Ibu dengan abah makan biskut, dia pun bising nak juga. Bagi pegang sekeping.. 

Kerek abis kan muke dapat pegang biskut.. Jamah sikit..tapi comot jugaklah baju sebab biskut tu dah lembik dengan air liur dia..hehe. 

Ibu dengki pakaikan tudung... Diam aje pula tu. Abah geleng kepala je..hehe 

Tu dia. 2.hero kesayangan hamba. 



Tuesday, November 6, 2012

Nuha gelak

Bukan mudah saya nak buat Nuha gelak. Agaknya sense of humour saya ni kurang kot. Atau pun Nuha dah biasa tengok muke saya, saya agah pun dia buat tak tahu je..hahaha.

Nuha suka bermain dengan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi anak babysitter pun berumur 12 tahun. Bila sepupu Nuha, Fawza, ada di rumah Mak, seronok lah Nuha. So, saya ambil kesempatan rakamkan video ni. Hehe...

Layan jelah ye tengok Nuha gelak ni..hikhik