Thursday, September 27, 2012

Nuha tinggal dengan babysitter

Hari ini hari ketiga saya hantar Nuha ke rumah pengasuh. Hati sudah mula rasa OK, tidak seperti hari pertama. 

4 hari sebelum saya masuk kerja, saya pergi ke rumah Kak Nora, pengasuh Nuha. Hari sebelum tu, saya datang dengan suami saya. Nampak tertutup je, ingatkan tak ada orang di rumah. Esoknya saya datang lagi dengan Mak dan adik saya. Dah borak-borak, Kak Nora pun menyatakan kesanggupan untuk menjaga Nuha. 

Cabaran menjadi ibu bekerjaya bermula seawal jam 12.05 tengah malam. Saya tukarkan pampers, boleh pula dia wee wee time tu. Tukar baju sekali. Pukul 5 pagi, kejutkan dia minum dan tukar pampers lagi. Bila nak bergerak ke sekolah, saya pun dukung dia. Macam biasalah, Nuha buat muke 'Tengoklah, ibu saya dukung saya. Kiteorang nak pergi jalan". Padahal kejap lagi dia nak kena tinggal ni..huhu.

Hari pertama, saya yang  menangis tinggalkan dia. Macam drive nyanyikan dia lagu Pok Amai-Amai, lastly saya nak sedih. 

Nuha jangan nangis..Ibu pergi kerja. Nuha relax je..ibu yang nangis! 

Nak jadi cerita, puting dia terjatuh bawah car seat dia. Tak perasan. Dah sampai sekolah baru perasan. About 9pm, saya call..sebelum Kak Nora cakap je, suara Nuha nangis yang saya dengar dulu. Kak Nora kata dia merengek je dari tadi sebab tak ade puting. 

Pukul 1 pm, saya call lagi pun masih menangis. Stress betul saya ni.. Lambat lagi nak balik. Plus nak drive about an hour dari sekolah ke rumah. 

Sampai je di rumah Kak Nora, Nuha tengah merengek. Kak Nora cerita, Nuha tengok je muka anak dia kerana anak dia pun pakai spek. Agak-agaknya nampak macam muke saya kot. Tengah-tengah merengek, nampak muka saya,dia berhenti. 

Bila dalam kereta, dia tak pandang pun muka saya. Pandang luar je.. (owh, car seat dia saya letakkan kat passenger seat..kete murah takde airbag, tak pe kan? Hehehe..). Merajuklah tu.. Dah sampai rumah, dah agah-agah..dah geletek-geletek, barulah mood dia OK.

Pagi kedua, dia dah tak excited nak bangun dah. Saya tukar pampers dia pun, dia buat-buat tido dan ala-ala redha je. Pagi ni, lagilah..buat tak tahu je. Macam dah tahu je, memang kena tinggal punyelah..hehe. Hari kedua, Kak Nora kata much..much better sebab ade puting dia. Dah nak bermain juga..tak macam hari pertama. 

Harap-harap semuanya OK je lah.. Risau tu memanglah risau. Cuma OK skit sebab Kak Nora pun ade anak sakit jantung. Jadi, hopefully dia boleh handle situation well. Semoga semuanya OK sajelah!


Thursday, September 20, 2012

Tak sabar tapi takut rinduuu...

Sepatutnya saya mula naik kerja pada 5 September yang lepas. Pada tarikh itu, Nuha masih di wad IJN. Saya terpaksa memohon kepada Guru Besar untuk sambung cuti. Maka, saya habiskan baki 4 hari cuti rehat khas (CRK) saya dan cuti separuh gaji selama 14 hari. Dah habis discuss dengan suami saya. Masakan tergamak hati kami nak tinggalkan Nuha yang baru keluar hospital untuk saya pergi kerja. Memang betul, Nuha mengalami trauma yang agak teruk. Alhamdulillah sekarang dah bertambah baik :)

Selasa depan saya akan memulakan tugas selepas hampir 100 hari bercuti. Nervous betul.. Saya paling risau saya lupa nama cikgu-cikgu di sekolah. Hehehe..teruk btul. Bukan apa..saya ni, dahlah jarang berjumpa dengan diaorang. Nama pula ramai yg sama nama. Nama Rohana ade 3 orang, Anita ade 2 orang. Ada yang sama nama tapi ejaan berbeza. Janganlah salah panggil nama...

Dah tu risaukan terlupa nama anak murid saya. Lebih-lebih lagi kelas yang saya masuk ajar 1 subjek je seperti Muzik dan Seni. Entah-entah mereka yang dah lupa saya..hehe. Dulu cikgu gemuk sekarang dah kurus (perasannya!).

Tak sabar nak ke sekolah semula. Rindu dengan ucapan 'Selamat Pagi, cikgu' dari anak murid. Rindu bunyi loceng sekolah. Rindu dengan riuh rendah suara murid-murid. Entah-entah dah menyenget tulisan saya di blackboard..hehe. Pegang pen pun dah jarang-jarang. Eh, lupalah beli stationery baru. Hakhak..melampau betullah tu.

Di sebalik rasa tak sabar tu, saya rasa risau nak tinggalkan Nuha di rumah pengasuh. Mesti saya rindukan dia. Kecuali dia di ICU, belum pernah lagi malam saya tanpa dia. Hari tu saya lepaskan Nuha berjalan-jalan dengan abah dia pun, hati saya dah jadi rindu. 2-3 jam lepak kat shopping complex memang seronok. Bila dah masuk 4-5 jam mula-mula resah hati ni. Dah tukar diapers ke? Dah minum susu ke? Dia muntah ke? Dia menangis kuat-kuat ke? Macam-macam dalam kepala saya.

Itu yang nak lepaskan Nuha bermalam dengan abah dia, belum rasa confident lagi. Nuha pun, belum pernah lagi saya bawa keluar waktu malam. Entahlah, tak confident je. Tunggulah bila dia dah besar sikit, 6 bulan ke atas. Maybe dah kurang buat ragam, abah dia nak jaga pun saya rasa OK. Eh, takut nanti dia dah kenal orang pula. Hmm, boleh kot..

Alaaaaa, kan dah rinduuuuuuuuuuuuuu.......... walaupun dia kat sebelah je ni.

10 hari 

About 2 months

Nearly 3 months

Sekarang dah lebih kerap senyum. Gum grin kata orang. Kadang-kadang tu dia yang agah kita..hehe.
His first syllabe is 'Ma'. Masa 1st time ventilator dibuka. Saya minta nurse nak peluk dia. Dia nampak muka saya dan sebut 'Ma'. Menangis saya masa tu.. 1. sebab dia sebut Ma 2. Sebab badan dia sangat lembik masa tu, sedih sangat!

Nuha jangan kuat menangis ye, jangan banyak ragam. Ibu, Abah dan semua sayang kamu!

Thursday, September 13, 2012

Best pula pakai Cloth Diaper ni

Sebelum Aidilfitri yang lepas, Nuha mengalami sedikit masalah dengan bebird dia. Berdarah tapi bukan internal bleeding. Saya pun tak pasti kenapa. Mungkin juga kerana penggunaan diaper yang terlalu lama pada masa tu. Masa tu dia mengamuk dan kami decide tak bangunkan dia untuk salin diaper. Ok, my mistake :( 

Maka tak bolehlah Nuha ni pakai disposable diaper kerana seperti kita tahu, DD ni ade gel untuk menyerap lembapan pada kulit bayi. So kulit pada bebird Nuha melekat pada DD walaupun saya semakin kerap tukar diaper dia. Letak minyaklah, letak nappy cream lah..tetap tak jalan. Sampaikan Nuha pun menangis kerana sakit.

Sebelum bersalin, saya ada beli 2 helai washable diaper. Jenis plastic tu. Mak saya panggil seluar getah. Mulanya saya tak nak beli sebab zaman sekarang kan pakai DD je. Mak kata beli je.. Saya yang akur pada perintah emak pun beli 2 helai berserta 20helai kain napkin.

Mula-mula termenung juga. Beli tapi tak guna. Malas nak guna sebenarnya sebab sape nak cuci sedangkan pakai DD, terus buang je. Pemalas betul.. Bila keadaan Nuha dah jadi macam tu, barulah saya bongkar balik  kain napkin ni dan pakaikan Nuha lampin kain.

Hari pertama tu OK lagi sebab anak bujang tu tak buang air besar. Esoknya bila dia buang air besar, rasa macam nak pengsan juga basuh. Dahlah ade 2 helai je. 1 jemur,1 lagi guna. Dah tu sure terkena pada seluar dia juga. Arghh, tension! Kalau tak sempat kering, memang terpaksalah guna DD juga. Tapi bila dengar dia menangis, rasa macam kejam sangat pakaikan dia DD sebab benda tu menyakitkan dia.

Saya pun startlah Google. Sebelum ni ada terbaca juga pasal Cloth Diaper. Like I said before lah, kenapa nak susah kalau ada yang lebih senang. Ni dah terpaksa, memang terpaksa jugalah pakai. Siap tanya dengan beberapa orang kawan. Mereka pun sebenarnya dah mula guna CD juga. Mereka lah yang banyak beri support untuk guna CD. Mereka kata takde lah susah mana pun. Kalau pemalas tahap gaban pun, memang tak susah pakai CD ni.

Tanpa pengetahuan Encik Suami, saya pun order lah CD QQ Baby tu. CD paling murah setakat ni di pasaran. Walaupun murah tapi kualiti baik juga. Berhari-hari saya baca review dan tanya kepada kawan-kawan saya. Rasa tak yakin tapi masa tu saya tak ada pilihan lain. Nekad betul masa tu.. Masa tu tinggal beberapa hari lagi nak raya. Poslaju dah keluar notice kalau lambat, barang sampai lepas raya. Nasib baik mereka tak guna Poslaju. 2 hari berikutnya dah sampai rumah.

Dah sampai, bukan boleh terus guna. Kena cuci dulu. Rasa lambat betul nak kering. Kulit bebird Nuha dah makin teruk. Kalau abah dia nampak, mesti teruk saya kena marah.

Saya beli 6pcs je untuk permulaan ni. Each CD dapat 2 insert. Campur dengan 2 helai washable diaper, total ade 8. Alhamdulillah, dengan penggunaan CD ni kulit bebird Nuha pun beransur baik.



Beli 4 pcs jenis Plain, 2 pcs jenis Minky. Minky tu lebih lembut dan lebih cepat kering. 

Ni lah washable diaper brand Pureen tu. Murah je. RM7.90 kalau tak salah. Cuma tak bergetah di tepinya. Kalau setakat air kencing, OK lagi tapi kalau baby buang air besar, besar sikitlah kerjanya..hehe. Cuma dia jenis velcro. Kena hati-hati sikitlah kalau nak pakai lama. Cepat rosak kalau tak dijaga dengan baik. 


Best thing is insert CD ni perfectly fit dengan ruang diaper ni. Senang keje. Tak payah pakai kain napkin dah.  Nak lagi mudah kerja mencuci, lapik dengan nappy liner atas diaper tu. Kalau baby poo poo, buang je liner tu. Tinggal bersihkan insert dan diaper je. Ala, cucur dengan air je pun. 

Kalau pemalas macam saya ni, suka juga lah pakai CD ni sebab boleh cuci guna washing machine. Masukkan dalam laundry bag, nanti rosak plak button dia. Kalau lagi malas nak basuh on the spot, insert + CD yang dah digunakan tu, masukkan dalam baldi yang kering. Esok lusa, basuhlah ye. Janganlah malas sangat sampai seminggu tak basuh pula. Kalau iye pun stok CD tu banyak, dah jadi mak ni automatik kena rajin :) 

Saya belum pakaikan Nuha CD sepenuhnya sebab stok DD dia masih banyak. Saya pun belum start keja lagi. Belum tahu macam mana bila dah start keja nanti, rajin lagi ke tak. Kena rajin juga sebab husband saya marah betul beli benda lepas tu tak guna. Sakit hati bila dia mengungkit..huhu.  

Saya pun ada 8pcs je. Tak cukup untuk penggunaan sepenuhnya. Paling kurang pun 20pcs CD. Setakat ni, waktu malam guna CD sebab masa tidur dia lebih panjang. Nak gerak dia bangun tido untuk tukar diaper nanti lambatlah dia nak tido balik. Kalau pengasuh dia nanti sanggup nak pakaikan dia CD,InsyaAllah saya akan tambah. Kalau tak, maybe tambah beberapa helai lagi sajelah :)

Monday, September 10, 2012

50 tips Bayi Cemerlang


Entry ini diambil daripada Blog Mama Twin untuk rujukan kita bersama :)

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil. 1-BERTENTANG MATA Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. 2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. 3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.. 4-JELIRKAN LIDAH Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. 5-HASILKAN BUKU BINATANG Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. 6-GELETEKLAH BAYI ANDA Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku. 7-TUNJUKKAN PERBEZAAN Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak. 8-BERKONGSI PANDANGAN Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. 9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. 10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. 11-SENTUH DAN RASA Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. 12-PERGI MEMBELI-BELAH Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi. 13-BERI KATA KUNCI Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. 14-BERI KEJUTAN Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. 15-SEDIAKAN BANYAK TISU Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. 16-BACA BUKU Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa. 17-MAIN CAK-CAK Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali. 18-JANGAN LUPA REHAT Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda. 19-MAIN DENGAN WARNA Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya. 20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya. 21-ANGKATKAN SAHAJA Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri. 22-BIAR DIA MEMBEBEL Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat. 23-LATIHAN MENEKA Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. 24-BINA LALUAN HALANGAN Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut. 25-IKUT RENTAKNYA Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa. 26-BUAT MUKA LAWAK Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka. 27-RASA SEKELILING ANDA Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut. 28-CERITAKAN KISAH DONGENG Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok. 29-BAYANGAN WAJAH Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya. 30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna. 31-GOYANGKAN BADAN Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. 32-JADILAH TAMAN PERMAINAN Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. 33-KIRA SEMUANYA Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda. 34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”) 35-TUTUP TV Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya. 36-TUKAR PEMANDANGAN Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan. 37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) . 38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya. 39-MAIN HUJAN Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering. 40-MENANGKAP SERANGGA Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya. 41-BERGURAU- SENDA Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya. 42-MAIN DENGAN PAKAIAN Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda. 43-AJAR TENTANG ISIPADU Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil. 44-HASILKAN ALBUM KELUARGA Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon. 45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain. 46-PERGI KE PERPUSTAKAAN Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan. 47-CONTOHI CARA SESAME STREET Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur. 48-MAIN BERULANG-ULANG Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu. 49-MAIN “TIRU-MENIRU” Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain. 50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Friday, September 7, 2012

Episod 2 : Nuha di IJN

Alhamdulillah, Nuha baru je selesai menjalani prosedur kecil memasukkan 'stent', sejenis alat untuk memperbesarkan salur darah di dalam peparu kirinya. Kesan langsung daripada pemakaian alat tersebut ialah tubuh badan Nuha menjadi lebih merah. Bermakna bekalan darah ke seluruh badan yang lebih baik. Kuku kaki dan tangannya juga sudah tidak kelihatan biru. Ini juga bermakna dia perlu makan ubat yang merupakan satu challenge untuk saya.

Plan asal yang hanya mengambil masa 3 hari tiba-tiba menjadi hampir 7 hari memang buat kami kelam kabut. Cemas, stress, sedih, gembira semuanya bercampur baur. Sampai sekarang Nuha masih trauma. Sedang tidur pun tiba-tiba je boleh menangis. Terkejut-kejut tak payah ceritalah..memang kerap sangat. Saya pun kembali jadi zombie 2-3 hari ni sebab aturan makan dia sudah berubah serta perlu bangun malam untuk beri makan ubat.

Oh, makan ubat. Memang challenging gile! Saya, kalau boleh, tak mahu makan ubat jadi satu bad moment untuk dia. Sebab dia perlu makan ubat untuk tempoh yang lama. Sekarang yelah, dia belum pandai sembur balik ubat tu. Huhu..ada tips nak beri anak makan ubat?

Not a good comparison actually due to lighting factor. Just nak tunjuk wajah terbaru Nuha