Saturday, August 25, 2012

Corat coret Raya Pertama Nuha

Ramadhan telah pun berlalu dan Syawal pun menjelma. Ramadhan tahun ini sebahagian besarnya tidak dapat saya berpuasa. Kebetulan ada pada satu ketika Nuha tak mahu menyusu guna botol dan bergantung sepenuhnya dengan susu badan, saya terus jadi dehydrated. Terpaksalah berbuka ;p

Pagi 1 Syawal Nuha mengamuk. Sebab raya tahun ni, semua pakcik makcik Nuha balik beraya di kampung.  Sepupu sepupu Nuha balik. Suasana memang riuh sangat. Nuha pun boleh tahan seronok, tak mahu tidur (sebenarnya tak dapat tidur). So, pagi 1 Syawal dia mengamuk tak cukup tido. 

Sudahnya dah pukul 10 pagi baru Nuha mandi. Tu pun lepas saya tidokan atas dada saya dalam 40 minit. Saya lagilah.. Orang dah balik sembahyang raya baru nak mandi ;p 

Maybe sebab dah penat dan mengantuk sangat, masa orang sibuk bersalam-salaman, Nuha dok bantai tido! Tengok je lah gambar kat bawah ni










Tak dapatlah saya posing lelebih..Nanti Nuha terbangun pula. Masa bergambar dengan Mak saya pun, Nuha masih tido.


Sepupu Nuha, Danish Aiman pun dah rimas sebab sesi bergambar yang terlalu lama. Yelah, adik beradik je dah 9 orang, jadi ade 9 keluarga kena tunggu turn. Danish Aiman pun dah penat dan nak tido. 

Aiman dah nangis keletihan


Nuha dengan Pak Ngahnya.. Pak Ngah tolong pegangkan sekejap sebab Ibu nak bersalaman dengan Tok Mak dia. 

Gaya Macho

Sebelah petang tu, kami beraya ke rumah Nyang-nyang dan Tok-tok sedare Nuha. Mula-mula tu dia mengamuk juga tapi dah lama sikit, baru dia OK.

Dah tukar baju raya. Masih mengamuk semasa beraya ke rumah Nyang dia.. Mamat kecik ni putera lilin. Tak boleh panas sikit pun..hehe

Our Family Portrait
Nuha tu terpaksa masuk juga sebab baru je terjaga. Takut serah kat orang lain, nanti dia mengamuk pula. Last sekali, gambar candid our big family :)

Cheers!

Tuesday, August 14, 2012

Cinta Pisau Gillette

Hari ini ulang tahun kelahiran dan pemergian ayahanda saya, Haji Mahzan bin Sulaiman. Sudah genap 8 tahun abah tinggalkan kami. Namun jauh sekali kami melupakan setiap detik bersama arwah abah.

Semasa saya hendak menjahit baju melayu Nuha beberapa minggu lepas, mak pun keluarkanlah beberapa helai baju yang hendak minta saya alter kan. Ade yang dah tetas, ade yang nak kelim. Kemudian mak pun bercerita "Mata Mak dah tak berapa nampak nak cucuk jarum (menjahit). Lagipun yang ni (memegang bajunya) nak kena tetas dulu. Mak pakai pisau gillette abah je. Lama Mak simpan ni". Terkejut saya. 8 tahun tu simpan pisau gillette abah!

Saya pun bertanya kepada Mak. "Mak simpan lagi pisau gillette abah?". Mak jawab "Ade 2 keping Mak simpan". Whoa, kagumnya saya.

All I can say, that's LOVE. Even a very small thing or maybe not important to others can be so meaningful to someone else.

Gambar carian Google


Abah bercukur pakai pisau cukur macam gambar di atas. Walaupun dah ade jual disposable shaver tapi abah sedap guna yang ni juga. Pisau cukur ni berat and of course berbahaya kepada budak-budak kecik yang mempunyai perasaan ingin tahu yang teramat tinggi macam saya. Selalu je saya meniru aksi abah bercukur. Sah-sahlah tak ada misai, janggut kan? Hehe.. And of course pisau cukur tu macam Raja Bersiong, minta darah. Selalu jelah luka sebab pegang pisau cukur tu kan?

Baju-baju abah, kebanyakannya disedekahkan kepada pakcik-pakcik dan sesiapa yang sudi. Kain-kain pelikat juga. Mana yang elok, Mak simpan. Even my husband pun Mak beri 1. Walaupun dia tak pernah jumpa pun abah.

Duit pencen abah? Alhamdulillah.. Apa yang saya boleh kata, memang cinta sejati lah. They never show us but we can see from everything they do.

Dalam doanya, tak pernah lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk abah. Haiiii lah...cinta. Ni baru cinta. Saya pun mahu bercinta macam ni lah. Sampai hujung nyawa!

Al-Fatihah untuk Haji Mahzan bin Sulaiman
14 Ogos 1940 - 14 Ogos 2004 

Monday, August 13, 2012

SubhanaAllah..bintang di langit

Malam tadi sempat saya online sekejap sementara Nuha tidur. Terjumpa this article yang kawan saya share di TL saya. Jadinya saya memang tertunggu-tunggu pagi ni nak tengok langit.


Itu pun saya tertidur. nasib baik Nuha 'kejutkan'. Yelah, tiba-tiba je dia menjerit tapi lepas tu dia tido balik. Agaknya dia faham ibu dia memang minat sangatlah benda-benda macam ni. Lepas tu baru solat Subuh..hehe.

SubhanaAllah, memang cantik! Banyak sangat bintang terang di sekeliling bulan tu. Saya try nak capture tapi camera henpon tak 'muat' nak include bintang-bintang tu. Nak keluarkan dslr pun malas. Dah pernah try capture tapi I kan pakai standard lens je.. tak cukup power nak capture gambaq bintang.

Dulu masa sekolah saya memang minat sangat bab Astronomi ni. Sebelum gi boarding school, saya join Kelab Sains Angkasa. Di boarding school, saya apply nak join Kelab Astronomi tapi tak berjaya. Mujur juga guru penyelaras kelab tu cikgu Fizik saya. Walaupun dia taklah ajar Astronomi dalam kelas tapi dia selalu cerita pasal astronomi. Saya memang seronok dengar.

Nak suruh Nuha jadi astrologist lah gini. Haha..boleh gitu? Biasa je kita dengar mak bapak suruh anak jadi doktor..hehe. Bukan apa, kebanyakan astrologist yang saya jumpa atau terbaca tentang mereka adalah orang yang sangat humble. Saya sangat percaya orang yang semakin tinggi ilmunya, semakin dekat dia kepada Maha PenciptaNya. Macam bidang astronomi ni, memang menunjukkan kebesaran Allah SWT yang tidak dapat ditandingi oleh manusia. Bukan apa, kalau ada saintis yang nak clone haiwan tapi tak ada saintis nak clone matahari, kan? Hehe.. 

Cikgu Fizik saya tu, Dr Kasim Bahali dah jadi Pegawai Falak di Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Ustaz Hanafiah dari Jabatan Mufti Johor pun selalu juga keluar TV beri ceramah especially bab Falak. Dah tua-tua ni je jarang nak Google pasal astonomi. Budak-budak sekarang, esp anak-anak murid saya, belum pernah lagi nampak diaorang masuk lab, search anything pasal astronomi. Balik-balik Facebook..

Friday, August 10, 2012

Nuha di usia 2 bulan

Hari ini Nuha sudah 2 bulan 4 hari. Alhamdulillah.. Makin banyak ragam tapi makin manja. Ibu pun makin jatuh sayang dengan Nuha. Walaupun kadang-kadang tu gerammmmm je...



Pelik betul dengan Nuha ni. Baby selalu kalau masuk kete, kena air cond mesti mengantuk dan tido. Nuha ni pula bila masuk kete, kalau sebelum tu tido, terus segar biji mata dia. Dah tu malu-malu nak menguap, ala-ala takut kita nampak dia menguap dan buat pelbagai cara supaya dia tido, dia akan terus tahan biji mata dan meliar tengok luar. Memang perangai mak dia betul..kuat berjalan!!

Sekarang dah pandai buat tunjuk perasaan. Menangis lah sesuka hati dia walaupun susu dah beri, diapers dah salin, keadaan tak panas, perut tak kembung etc. Tapi mak dia lagi pandai..buat tak tahu. Hehe..last-last pandai juga dia diam. Biasanya menangis yang tunjuk perasaan ni taklah menakutkan sampai biru-biru ke..lagipun air mata tak keluar. Nak kelentong ibu lah tu!

Pandai juga menangis bila kena marah. Akibatnya nipples ibu ditarik-tarik.Bertuah punya anak.. macam mak dia juga, kuat berdendam. Haha.. Walaupun semua orang cakap Nuha ni muka abah dia, perangai dia memang perangai mak dia.

Perkembangan Nuha di usia 2 bulan, alhamdulillah nampaknya baik. Sudah pandai membalas senyuman. Sudah pandai memandang sesuatu objek bergerak sampai ke ekor mata. Sudah pandai menoleh mengesan arah bunyi. Namun kepalanya masih lembik. Kalau nak tido, mesti senyap. Bunyi orang buka lampu pun dia boleh buka mata tapi bila dah tido, bunyi mercun anak jiran sebelah meletup atas bumbung rumah pun dia OK saje. Perangai mak dia lah tu..tido mati. Sejak ada Nuha je, tak berapa sangat dah.


Pernah sekali dia nampak saya siap bertudung nak keluar, sebelumnya dia tido, kemudian Mak dan ipar yang tolong tengokkan dia mengadu yang dia mengamuk. Hehe..dah pandai tahu dia kena tinggal. Lepas ni jadi handbag ibu ye, sayang!

Semoga Nuha menjadi anak yang soleh, yang cerdik, sihat fizikal mental dan kuat semangatnya! Ibu dan abah sayang Nuha ketat-ketat.

Tertido selepas mengamuk. Tak sempat lagi nak pakaikan mitten dah cakar dahi sendiri. Tak pasal-pasal jadi Nuha Potter!


Tuesday, August 7, 2012

Mari berzikir

Perkara yang baik mesti disebar luaskan walaupun kita ni pun, tak ada lah baik sangat kan? Huhu.. Takpe, orang kata walaupun kita jahat tapi jangan halang orang buat baik. Eh, tersasar pula dari tajuk. Back to the topic..

Bulan-bulan puasa ni kita digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersolat sunat dan berzikir. Zikir-zikir yang mudah seperti SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar dan La illaha illa Allah. Saya ada terbaca yang jika kita berzikir ni eloknya dalam bilangan yang ganjil seperti 7,11 dan 33.

Hari ni, saya nak introduce 2 apps untuk pengguna Android. Anda boleh dapati daripada Google Play Store. FOC sudah semestinya!

1) Dzikir Counter

Apps ni sangat mudah. Boleh pilih jenis zikir dan bilangan yang hendak dibaca. Sama ada 7, 33, 100 atau 1000. Hanya tap jari anda pada skrin dan apps akan kira melalui tap tersebut. Kira kalau terpejam mata, tangan pun boleh tap lagi. Biasalah, buat benda baik ni selalu sangat jadi ngantuk..huhu. Mak saya selalu kata setan dah gemok lah tu..hehe.

Kelebihan : Apps yang mudah dan ringkas. Interface menarik.
Kekurangan : Hanya empat jenis zikir sahaja disediakan.


2) Tasbeeh Counter

Sama macam apps di atas. Bezanya dari segi pilihan zikir yang lebih banyak dan boleh reset bilangan kepada 0. Tidak terikat kepada jumlah tertentu sahaja. Berbanding apps di atas, kita tap skrin, apps yang ni kita gerakkan macam kita gerakkan biji tasbih. Macam real bertasbih lah.. 


Semoga memberi mnfaat kepada semua!

Friday, August 3, 2012



Antara sebab kenapa saya tak online seminggu ni. Mula-mula memang nak beli je resepi saya nak yang plain selain faktor harga yang agak gila juga. Ada site yang jual sehingga RM65 sepasang!

Malas dah sebenarnya nak pakai kan Nuha baju melayu. Ingat nak pakai bagi biasa je tapi cousin Nuha,Danish Aiman, 4 bulan pun dah beli baju melayu, haruslah Mak dia cari juga.

Berbekalkan sedikit ilmu menjahit dan experience projek Kemahiran Hidup zaman sekolah dulu, jadi lah juga baju melayu untuk Nuha. Kemas tak kemas belakang cerita ...hehe. Beli kain 1meter pun tak habis!

Tahun ni jelah ibu jahitkan,tahun dpn kita pow abah OK?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, August 2, 2012

Pening pikir

Wow, it's almost a week tak update blog. Ini maknanya schedule saya dah berubah..haha.

Dulu masa Nuha masih asyik tido saja, dapatlah saya online sentiasa. Kalau tak dapat online on laptop, thru phone pun jadi. Masa tengah menyusukan dia pun sempat lagi.. Lagipun time tu, orang kesian lagi kat kita sebab baru bersalin..hehehe. Bolehlah melepak je..

Hari ini, dia sudah 1 bulan 3 minggu..dia makin banyak akal. Masa jaga dia makin panjang, macam-macam saya kena buat. Walaupun beruntung, masih berada di rumah mak (yang separuh keje rumah saya mak yang tolong buatkan) tapi memang penat jugalah.

Isnin lepas, dapat surat sudah boleh ambil kunci rumah di pejabat developer. Hooyeah! Suka betul rasa hati..5 minit je. Lepas tu, susah hati balik sebab 1 apa pun tak ada. Bila google checklist pindah rumah baru, orang lain dah start beli barang keperluan rumah berbulan-bulan sebelum nak masuk. Saya pula, sebelum ni menabung untuk keperluan menyambut orang baru! While saving nampaknya macam dah berkelip-kelip lampu merah tanda semakin kurang, nafsu membuak-buak tengok showroom cantik-cantik mungkin petanda tidak baik kepada account bank saya. Bila part macam ni, mesti kemahuan tu tiba-tiba jadi keperluan!! Haha, tu lah orang perempuan.

Masalah lagi bila duduk di rumah Mak ni, tak ada harta pun. Yang saya ada cuma katil dan almari je. Termasuk single bed dan almari di rumah sewa yang memang plan untuk baju Nuha nanti. No TV, no fridge, no washing machine apatah lagi kemahuan-kemahuan lain. Berangan memanglah nak angkat je rasanya LED TV tapi lepas tu makan TV je lah..

Dah tu fikir pula, sapelah nak jaga Nuha. Tak kenal sesiapa pun di area rumah saya tu. Memang ada cakap dengan kawan nak hantar Nuha ke rumah makcik dia untuk dijaga tapi dengan condition Nuha ni, saya macam tak berapa nak percaya orang lain pula jaga Nuha. Nak minta kakak saya jaga Nuha, berpusing 1 Melaka lah saya. Walaupun sekolah saya dan rumah makcik kawan tu dekat dengan hospital (in case of emergency) tapi banyak yang saya kena consider. Kebersihan rumah makcik tu, hygienic ke tak makcik tu, ada sakit ke tidak makcik tu, kalau ada hal boleh ke makcik ni hantar Nuha ke hospital selain faktor-faktor biasa seperti berapa ramai anak orang lain yang dijaga, upah dan sbg. My friend kata baik hantar ke nursery coz nursery ni memang ada cert untuk jaga kanak-kanak in case anything happen. Walaupun qada dan qadar itu urusan Allah tapi kita still kena berusaha kan? In this situation, cari pengasuh yang baik untuk Nuha.

Nampaknya bonus tahun ni tak dapatlah nak hoorey hoorey sangat sebab nak kena beli barang keperluan rumah. Erkk, boleh percaya ke? Dah plan nk borong baju harian Nuha di kedai baby di sini. Warehouse sale on 10hb. A day after bonus masuk. Pandai btul nak mengabiskan duit orang..huhu. Soploh ingit sepasang. Boleh lah ye anak.. baju harian je. Tak nampak macam besar pun tapi bila nak button kan romper  dia, dah ketat juga. Ikut gen abahnya kot..tinggi.

Anyway, selamat berpuasa ye semua :)