Friday, July 27, 2012

Kesan pelukan terhadap bayi

Semua orang cakap jangan selalu sangat angkat baby tu, nanti dia manja..asyik nak berdukung je. Saya pun sebenarnya tak nak juga Nuha ni selalu sangat saya dukung. Apa kan daya, bila dia dah start menangis..sampai merah padam muka dia, sampai biru jari-jari dia..mau saya tak dukung dia. Terpaksa juga saya dukung dan pujuk dia.

Nuha pula kalau tak sedap perut (nak buang air atau kembung perut), dia suka diletakkan atas perut kami. Maybe sebab perut ibu abahnya panas, kurang rasa sakit perut dia tu. Masa di hospital arituh, dia tak boleh nak tidur terlentang, kami tidurkan dia dengan keadaan meniarap atas dada saya. 


Kita pun tahu khasiat pelukan antara suami isteri. Ini disebabkan bila kita memeluk seseorang, rembesan hormon endorfin yang bertindak untuk penahan sakit dan mengurangkan keresahan akan dirembeskan.

Bila saya peluk Nuha, rupanya kandungan oksigen dalam badan dia meningkat. Patutlah dia suka sangat dipeluk. Semasa dia kurang sihat, jika dipeluk, kandungan oksigen dalam badannya di paras SPO2 70-60 berbanding kita biarkan dia berbaring di atas katil, hanya sekitar 60-50 sahaja. (Ada yang lebih rendah daripada tu). Sekarang keadaannya lebih sihat, jika dipeluk, kandungan oksigen boleh mencecah ke paras maksimum.

Sebenarnya jika bayi normal, boleh jadi biru kalau kandungan oksigen di bawah paras 75. Tapi Allah Maha Berkuasa, disebabkan ada lubang di jantung Nuha (yang dipanggil Ventricular Septal Defect), badan Nuha boleh bertoleransi dengan kandungan oksigen yang lebih rendah daripada 75.

Kalau anak-anak yang normal, mesti oksigennya mencecah maksimum jika selalu dipeluk kan? Kalau kita orang dewasa dipeluk pasangan kita pun kita rasa happy, anak-anak kita mesti lagi happy kan? Mesti dia rasa disayangi, dihargai oleh ibu bapanya.

Yes Sir!

Wednesday, July 25, 2012

Bila ada mucus dalam dada Nuha

1 Ramadhan lepas, saya bawa Nuha ke hospital kerana dia asyik menangis bila hendak dibaringkan. Tak sampai 30 saat dibaringkan, dia menangis macam sakit sangat bila berbaring. Dia OK bila saya peluk dia seperti keadaan hendak menyusukan dia, keadaan hendak burp kan dia (kepala Nuha di bahu saya) atau pun dibaringkan atas dada saya. Pada mulanya saya ingat dia ni dah manja sangat kerana kerap dikelek tetapi bila dia tak boleh nak berbaring dan tertido dalam keadaan saya tiarapkan dia, I knew there's must be something wrong somewhere with him.

Saya memang biasa bersin-bersin waktu pagi. Pagi tersebut, saya terbersin ketika sedangkan menyusukan Nuha. 2-3 kali. Kemudian Nuha pun bersin juga, 2-3 kali. Dalam hati dah terdetik 'Alamak, dah berjangkit pulak'. Hari-hari sebelum itu, saya perasan seperti ada tahi hidung pada hidungnya. Bila saya tanya mak macam mana nak keluarkan, mak kata 'nanti dia bersin..keluarlah sendiri'. Saya pun perasan yang macam ada wheezing sound bila dia sedang minum susu tapi tak adalah kuat sangat.

Sampai je di hospital, makin kuat dia menangis. Masa tu, sudah hampir jam 3.30petang. Bayangkanlah dari pukul 5.30 pagi, dia tak dapat tido lena. Mesti badan dia letih sangat. Mulanya kami decide nak ke klinik saje tapi dengan keadaan Nuha, kami fikir lebih baik bawa dia terus ke hospital. Sampai di emergency, MO check Nuha sikit. Saya terangkan tentang sakit dia, terus dia kena masuk wad. Sampai wad, haa...macam-macamlah Nuha kena.

Oleh kerana dia kerap menangis hari tu, maka 'biru' atau cynosis pada Nuha tu nampak lebih ketara. Kalau setakat dia menangis kerana lambat dapat susu, kena mandi etc..memang kami biar je. Doktor kat wad pula yang gelabah semacam.. (Memang patut gelabah pun lah kan tapi saya rasa mereka over react je masa tu).  Maka, punca awal saya bawa Nuha ke hospital (seperti ada mucus di dada Nuha) tidak dipedulikan dan mereka risaukan bacaan oksigen dalam badan Nuha yang rendah pada ketika itu. (Masalah itu pun memang patut dirisaukan lah..) Maka, Nuha pun diberikan bantuan oksigen.

Mulanya saya tak syok juga sebab pada saya, Nuha normal pada ketika itu. (Muka putih pucat memang trademark Nuha, tak ade lah nampak biru sangat) Atas dasar percaya kepada profesionalisme kedoktoran, saya biarkan je lah Nuha tu dicucuk, ditebuk untuk dimasukkan ubat termasuklah diambil darah 2 kali (tidak kira beberapa kali cucukan tidak berjaya dan menghasilkan lebam), 2 jam setengah untuk buat long line (untuk masukkan ubat jantung), kena masuk antibiotik lagi. Hish..saya pun menangis dengar dia menangis!

Kebetulan pakar paediatrik yang handle kes Nuha semasa di NICU oncall hari tu. Dia lah banyak explain kat kami. Sampai satu tahap, nak segerakan appointment Nuha di IJN. MasyaAllah, rasa nak pecah dada saya. Tak masuklah lagi, MO yang 'suka sangat' dengan kes Nuha yang one of the kind ni..

Susahnya nak pujuk Nuha sebab dia ni memang penakut (banyak...yelah, mandi pun takut!). Lagilah orang pegang asyik nak cucuk dia, sakitkan dia. Setiap kali nak angkat dia, kena cakap dengan dia 'Ini ibu lah..', barulah dia OK sikit. Kalau tidak, memang kena sumbat kapas dalam telinga bila dia start menjerit. Until 1 stage, doktor pesan dengan patients lain supaya keluar dari bilik tu jika tak tahan dengar Nuha nangis ketika mereka ambik masa 2 jam setengah untuk buat long line tu. Sanggup nak dengar baby menangis non stop 2 jam setengah?

Ketika itu, bacaan oksigen badan Nuha masih tetap tak stabil walaupun dengan bantuan 3 liter oksigen. Doktor risau, kami LAGILAH risau! Namun, masalah lain tak ade pula seperti dada turun naik dengan cepat, letih ketika menyusu etc. Nuha still minum as usual. 3 oz setiap 2-3 jam. Cuma malam ketiga, Nuha macam dahaga sangat. Dah bagi FM 3 oz pun macam tak cukup. Saya bagi dia susu badan lagi, until tiba-tiba dia macam restless dan muntah dengan sangat banyak!. Takut sangat masa tu. Dalam kepala 'Muntah pula, nanti entah apa doktor buat pula lagi dengan Nuha'. 

Semasa membersihkan kesan muntah, saya tengok Nuha macam relax je. Kebetulan tiub oksigen tu tak masuk pun hidung dia (dia bernafas sendiri). Bila saya pangkukan dia, tahap oksigennya tinggi dan ada kalanya cecah 100. Saya tunjukkan pada doktor. Doktor tanya 'Apa mama dah buat?'. Saya hanya jawab yang Nuha muntah.

Bila lawatan doktor, mereka puas hati dengan condition Nuha dan terus berhentikan oksigen Nuha. Alhamdulillah! Nuha pun dah boleh berbaring dan aktif as usual. Akhirnya petang semalam Nuha pun dah boleh discharge, Alhamdulillah selepas bermalam 4 hari 3 malam di Hotel Wad 17, Hospital Pakar Sultanah Fatimah..huhu.

Agaknya masa dia muntah, keluarlah sekali segala jenis mucus yang buat dia tak selesa sehingga mengganggu paras oksigen badannya. Jadilah, benarlah instinct saya bahawa ada mucus dalam dada Nuha yang doktor 'buang' jauh-jauh pendapat mentah saya ni. Saya faham doktor risau lebih-lebih lagi Nuha ni special case yang mana setiap treatment, analisis darah, jenis ubat etc mesti ditentukan oleh cardiologist di HSAJB. Huhu..Nuha baru ada mucus kat dada dah kena cucuk, tebuk bagai.. Kalau lagi teruk?? Hish..tak boleh nak imagine!!!

Now Alhamdulillah dah keluar, maka cerialah kembali anak bujang saya. Tengoklah muka ceria Nuha

Cool tak saya?

Thursday, July 19, 2012

Kisah Baby Juna

Terbaca tentang Baby Juna di Twitter. Ye, agak terlewat membacanya. Biasanya memang saya 'bertenggek' di Twitter tetapi semalam, phone mati dan laptop di'conquer' suami saya. Bila suami saya balik, phone sudah tidak perlu. Bila dia jauh saje, phone itu ibarat orang sedang bercinta. Dibawa ke hulur ke hilir.

Oh, kenapa dengan Baby Juna? Juna mengalami congenital heart disease. Secara spesifiknya, saya kurang pasti. Yang pasti jantungnya bermasalah dan perlukan operation dengan kadar paling segera. Kisahnya kalian boleh baca di FB Fynn Jamal.


Sejujurnya, saya tidak kenal Fynn Jamal. Muziknya juga asing di telinga saya. Bagaimana saya boleh menangis membaca kisah Juna? Kerana Juna seusia dengan Nuha. 1 bulan 2 minggu. Kerana Juna punya nasib seperti Nuha. Cuma condition saje berbeza. 


Dengan membawa referral letter dari Dr Nizam, pead cardiologist dari HSAJB (Cardiologist yang sama melihat kes Nuha), mereka benar-benar tawakal menanti Dr Lim tanpa appointment di Glenaegles Hospital. Dengan hanya 'kun fayakun', mereka memohon ihsan agar Juna dapat menjalani operation dengan kadar paling segera.


Tumpah air mata saya bila Fynn update tentang Juna terpaksa berpuasa selama 5 jam sebelum menjalani operation. Saya terkenangkan Nuha. Boleh bayangkan bagaimana Nuha menangis bila tidak mendapat susu. Bukan kata TAK dapat susu, LAMBAT dapat susu pun Nuha boleh menangis ibarat dipukul, dirotan. Sedangkan ketika di hospital dulu, saya tak boleh pandang bila dia menangis kehausan. Pernah satu ketika, suara Nuha jadi serak. Saya kira mungkin kerana terlalu lama menangis. Ya Allah. kuatkah saya untuk mendepani keadaan ini?


Seminggu selepas raya, Nuha akan menjalani minor operation di IJN. Mungkin juga Nuha turut akan dipuasakan. Hanya fikirkan tentang hal itu pun, saya sudah berlinang air mata. Bila sampai waktunya nanti, kuatkah saya seperti Fynn? Wallahu a'lam.. Marilah kita doakan kesembuhan Baby Juna. Bayi sekecil itu mungkin lebih kuat semangatnya daripada kita ini. Cepat-cepat sihat baby Juna!


Sebelum ibu doakan supaya Nuha kuat, ibu sendiri yang perlu kuat, sayang!

Perlu sangat ke bawa handphone dan ipad ke sekolah?

Malas sebenarnya nak cerita pasal isu ini. As usual, kami sebagai guru khususnya, dan kakitangan awam umumnya, hanya sekadar 'Saya Yang Menurut Perintah' bila keadaan sudah diwartakan. Ala, sama lah macam kes PPSMI dulu tu.

Pada saya, semuanya mesti ada isu di sebalik cadangan ini. PPSMI dulu bila dilaksanakan, siapa yang untung buat CD Pembelajaran? Siapa yang untung projek pembekalan komputer dan laptop? Memang betul semua itu digunakan tapi siapa yang meraihkan lebih keuntungan dalam kes ini? For me to know, for you to find out :)

Bila boleh bawa phone (dalam kes ini saya refer as smartphone, bukan handphone biasa) dan ipad, ibu bapa mesti fikir apa rasionalnya boleh bawa gadget ni semua ke sekolah kan? Di sekolah-sekolah sekarang, ada pembekal internet yang baru..teknologi 4G lagi! Katanya speed boleh mencecah 10Mbps. Pembekalan internet syarikat terdahulu, maksimum pun 4Mbps, dan bukan semua sekolah yang dapat. Paling basic pun 1Mbps. Kalau kat rumah kita 1Mbps tu bolehlah kire laju tapi entire sekolah, semputlah kan keadaannya kan?

Syarikat pembekal Internet sekarang akan menyediakan VLE (Virtual Learning Environment). Situasinya masih samar-samar tapi mengikut perkiraan asas saya, nak buat ala-ala tak payah pakai buku teks lah. Ala-ala apps je gitu kot. Nama pun pembelajaran maya. Student download je apps tu dan boleh belajar melalui modul-modul je.

Mak ayah yang dah belikan ipad atau tab untuk anak-anak mereka (untuk tujuan pembelajaran dalam kes ini) pasti sudah nampak kesan penggunaan gadget ini dalam perkembangan pembelajaran anak mereka. Budak-budak ini, walaupun tak kenal ABC, tapi tahuuuu je mana nak pergi, nak save, nak start. Paling pelik kalau instruction tu bukan dalam Bahasa Melayu or English seperti Japanese or Korean. Kita pun terkial-kial kan? Mereka cepat dapat dan nampak sangat seronok belajar especially bila menggunakan multimedia yang menarik. Memang ada baiknya guna gadget-gadget ni tapi memang sangat perlu dikawal.

Perlaksanaan VLE memang sangat baik. Saya sendiri dah tak sabar nak belajar dan menggunakan medium teknologi dalam P&P saya. Boring juga ajar ABC pakai flashcard je...hehe. Kadang-kadang saya bawa juga  anak-anak murid saya masuk makmal dan belajar guna software yang dibekalkan. Actually mereka sangat bersemangat dan jadi satu motivasi pula bila dapat masuk ke makmal. Like 'Kalau tak siap kerja rumah ni, esok cikgu tak bawa masuk makmal' and semua orang siap kerja sekolah. Best kan?

Saya harap kalau kerajaan berkeras juga nak benarkan pelajar boleh bawa gadget ni ke sekolah, sediakan dulu bahan-bahan pembelajaran maya ni. Bila VLE ni dah dilaksanakan dan OK, barulah benarkan bawa gadget ni semua. Kursus-kursus untuk cikgu-cikgu pun tak start lagi, kerajaan dah cerita pasal student boleh bawa handphone dan ipad pula. Sabar dulu KPM! Bila sampai masanya barulah benarkan. Saya faham sebab VLE memang memerlukan gadget ini. Kalau dibenarkan buat masa sekarang, saya belum nampak manfaatnya. Dengan open wifi di sekolah, anytime je mereka boleh on-the-net. Kalau laptop 1 Malaysia pun mereka boleh bawa ke sekolah dan bukan digunakan untuk pembelajaran, ini kan pula smartphone dan ipad ( yang masih dianggap barang mewah di kalangan pelajar..eh, saya pun. Sebab saya tak ada ipad/tab).

Mesti lepas ni ada pula syarikat 'cucuk jarum' melobi untuk pembekalan ipad/tab ke sekolah-sekolah atas nama 'pembelajaran maya', kan? Kalau dapat ke sekolah-sekolah/cikgu memanglah bagus. Cuma harap pembekalan ini bukan cara untuk mengaut untung bagi sesetengah pihak. Bisnes tak untung, buat apa buat bisnes kan? Tapi pembekalan yang baik lah, ada maintanance, ada warranty, ada training kan?

p/s : Malas nak ulas isu henpon kene curi ke, student guna henpon nak mengendap ke, shoot video bukan-bukan, download movie satu kaler etc. Kalau kat sekolah rendah, contohnya nak pergi rombongan pergi zoo, student bawa duit lebih sikit pun, kejap lagi mesti dengar kes duit kena curi. Ini kan pula henpon..haiiii


Cikgu pun tak mampu nak beli ipong, anak murid oooiii..
Pakai henpon murah-pakai public wifi. Kalau orang letak password, meloponglah mulut cikgu

p/s 2 : Dulu zaman saya sekolah, nak bawa walkman pun terpaksa menorok dalam kain baju kurung..hehe. Budak-budak sekarang pernah ke nampak walkman? Depa tau ipod shuffle je

Tuesday, July 17, 2012

Botol susu Tommee Tippee

Oleh kerana En Nuha ni bercampur minum susu, susu badan dan susu formula, saya belikan dia botol susu Tommee Tippee. Saya beli sebab saya sukakan designnya tapi sebab lebih utama saya beli ialah bila abang kakak saya balik, botol susu anak-anak diaorang sama je..brand AVENT tu..jadi dah tak tahu botol susu anak siapa. Ipar saya pesan beli botol brand lain..hehe.

Masa awal-awal dulu, Nuha selalu sangat minum dari botol sampai tak mahu direct feed. Nipple confusion kata orang. Lepas tu kena paksa, sekarang dah OK. Masalahnya sekarang dia tak nak lepas pulak!

Pada mulanya saya ingat dia tak puas menyusu badan. Setiap kali lepas menyusu, bagi dia main-main sekejap-mengantuk-nak letak atas tilam atau crib, dia mesti menangis. Saya fikir dia tak puas minum susu saya. Saya beri dia susu formula pula. Bila dia dah tidur betul, barulah boleh pindahkan. Selagi dia tak tidur, selagi tu lah dia nak menghisap. Then only baru perasan yang susu 3oz yang saya buat tadi, tak bergerak pun!

Saya gantikan dengan puting kosong biasa, dia menggeleng-geleng tak nak. Bagi cik B atau botol susu baru dia ralit dan tido. Adoyai! Agaknya sebab design botol Tommee Tippee ada iras cik B kot.. Dia nak puting ada perisa agaknya..hehe

Tak larat juga nak susukan dia sampai dia tidur sebab kadang-kadang datang angin dia nak bermain tu, sejam tak tidur-tidur lagi. Tapi botol susu atau cik B tetap tak boleh lepas. Huhu...pengsanlah ibu macam ni, Nuha!

Sunday, July 15, 2012

Anakku Nuha


Setiap kali terpandangkan wajahnya
Macam tak percaya dia anak saya
Yang saya kendung selama 9 bulan
Yang saya berkongsi semua perasaan

Macam-macam perasaan yang menjelma bila dia hadir dalam hidup saya
Dia buat saya menitiskan air mata
Kegembiraan, kesedihan, ketakutan
Dia juga buat saya cemburu
Tak kurang perasaan marah bila ragamnya tidak menentu

Dia anak saya
Saya anak emak saya
Baru faham kenapa mak melayan saya macam budak kecil
Walaupun saya sudah punya anak kecil
Saya tidak pernah 'membesar' di mata emak
Cuma saya saje yang rasa dah 'besar' bila berselisih faham dengan mak

Mampukah saya jadi ibu yang baik?
Yang boleh mendidik dia menjadi anak yang baik
Baik hati, baik akhlak, baik budi
Anak yang cerdik
Cerdik akal, cerdik hati
Anak yang cergas
Cergas mental, cergas fizikal

Semoga Allah permudahkan urusan kami
Agar hidup kami, mati kami 
Hanya keranaMu, Ya Allah!

Friday, July 13, 2012

Perlu ke manual penjagaan bayi?

Bila saya tulis entry sebelum ini tentang kuantiti susu untuk baby, saya fikir semua orang pun macam saya. 2-3 jam bagi susu kat anak. Kalau lebih 3 jam dia tido, siap kejut bagi susu. Rasa macam hidup saya ada time segment pula..hehe. Maybe sebab masa Nuha di hospital, nurse susukan dia ikut time kot.. Good side pula kalau saya terpaksa keluar rumah, saya susukan dia siap-siap then I have 2 hours to go anywhere and settle kan semua keje.

Then I realized yang maybe kita kena pelihara anak ikut instinct daripada ikut sangat apa yang kita baca dalam buku. Kalau memasak pun kena ikut hati. Kecuali saya lah..tak boleh ikut hati. Alamatnya tak ada apa pun yang boleh dimakan..hehe. Honestly, saya membaca tentang penjagaan bayi melalui Internet dan banyak yang saya dapat apply pada Nuha. Mak pun memang sangat-sangat membantu tapi saya gali lebih dalam melalui Internet. Contohnya macam mana nak Nuha faham perbezaan siang dan malam. Bila siang, buka langsir. Biasakan dia tido dengan macam-macam bunyi dan orang. Bila malam, hanya buka lampu tido. Saya dan abahnya pun berbual dengan low tone voice je..hehe. Bad side, saya jadi paranoid sangat. Seperti 'kita kena biar anak tido terlentang untuk mengurangkan risiko SIDS'. Bila saya tengok dia lena sangat, saya pergi kacau dia ;p

Saya dah jumpa baju melayu untuk newborn!! Comellllll sangatttttt!!!! Ada warna yang saya berkenan tapi baju corak lain, seluar corak lain pula. Saya tak berapa suka sangatlah...


Hobi baru Nuha : jelir lidah

Thursday, July 12, 2012

Berapa banyak susu diberi untuk bayi?

Selang 2 jam, Nuha pasti akan merengek minta disusukan. Memang normal bayi seusia Nuha bangun setiap 2 jam dan menyusu. Soalnya sekarang, sebelum usianya sebulan kami dah beri dia minum 3 oz.

Semasa di dalam observation room dia di NICU, Nuha antara baby yang paling besar. Kerana Nuha ni lahir cukup bulan dan berat lebih 3 kg. 5 lagi baby yang dalam observation room yang sama. semuanya comel-comel sangat. Maybe ada juga premature baby. Untuk memenuhi keperluan susu dia, nurse beri dia sehingga 50ml susu bersamaan dengan 1.7oz (+- yang tumpah-tumpah lah kan sebab guna cawan). Pernah sekali Nuha kena bahan dengan nurse di sana sebab minum 3 cawan dalam satu sesi. Kiteorang pun tergelak sama sebab kalau orang dewasa yang minum sampai sekali 3 cawan, memang buruk perangai!

Sekarang di usia 35 hari today, 3 oz sudah macam tak cukup untuk dia..huhu. Tak sampai 2 jam dah start merengek dan bila cukup 2 jam tak dapat gak susu, menjerit sekuat alam. *tarik rambut* Sambil minum pun merungut, like kinda "Ibu ni lambatlah buat susu saya. Saya dah lapar ni"..

Saya pun Google lah berapa banyak kuantiti susu untuk bayi. Jom kita kira berapa kuantiti yang sesuai untuk Nuha.

Formula 1 : Berat bayi (dalam pounds) darab dengan 2.5



Formula 2 : Jadual di bawah


Kira Nuha minum ni masih normal lah. Kalau saya tambah 1oz lagi kira berpatutanlah ye?

Saya risaulah karang kalau terlebih minum jadi kembung perut atau muntah. Dahlah nak burp kan dia ambil masa yang agak lama. Kadang-kadang jadi kesian kat dia sebab lama juga saya tepuk belakang badan dia. Walaupun nurse kata kalau dia tak burp juga, sendengkan dia menindih perut (baring atas rusuk kanan) tapi saya ni sceptical sikit. Kadang-kadang bila anda baca terlalu banyak info pasal sesuatu perkara, anda akan jadi lebih mudah sceptical dan paranoid. Pernah tak rasa macam tu? Ke saya je yang rasa macam tu?..

Kita tengok dulu keadaan dia macam mana sehari dua ni. Kalau nampak cepat lapar, maybe saya akan tambah 1 oz lagi. Waa..Ini menjadikan usaha saya nak breastfeed dia makin mencabar. 

Wednesday, July 11, 2012

I is sad =(

As you take another breath, someone takes their last. Stop complaining, appreciate life

*******


Utada Hikaru - First Love

Tuesday, July 10, 2012

Bilalah nak beli baju raya ni?

Weekend lepas, abang saya sekeluarga balik ke rumah Mak. Dalam kesempatan itu, mereka pergi ke bazaar menjual pakaian siap. Murah-murah juga pakaian yang dijual di situ. Paling penting, mengikut trend terkini..hehe. Saya pun selalu je beli baju untuk kerja di situ. So far, baju raya belum pernah lagilah beli di situ, masih ditempah tapi tahun ni dah tak sempat dah.

Baju melayu cekak musang untuk abang saya cuma berharga sekitar RM70+ sahaja. Murahlah tu kan? Mak kata kain dan jahitannya pun berkualiti. Baju melayu teluk belanga untuk kedua-dua anak sedara saya berusia 5 dan 3 tahun pun masih ada saiz. Abang saya kata bila sudah menjelang bulan Ramadhan, harga akan naik lebih tinggi. Tu yang saya beriya-iya ajak suami saya pergi tu. Jawapannya mestilah tak boleh, belum cukup hari.

Hari ini, my sil dah tayang baju raya Arif. Waa, dah siap! Lagilah tergedik-gedik saya nak beli baju raya. Padahal puasa ni entah berapa hari jelah yang dapat pun. Hati tu seronok lebih sikit sebab dah ada si kecik ni. Mujurlah tak ada orang jual baju melayu saiz dia. Kalau tak, WAJIB saya beli! Haha...ikut perasaan betul...astagfirullah!

Ada baju kurung pahang di FB yang saya berkenan warnanya. Setakat ni belum ada orang yang membelinya. Mungkin tahun ni pilihan warna saya tak ramai yang pilih juga. Tak seperti warna-warna pilihan biasa seperti purple, pink, merah etc.. Suami saya pun setuju. Masalahnya, nak kasi lagi slim kot..hehe. Part paha dan perut masih kena kempiskan..

Susah-susah sangat pakai ajelah baju kahwin tahun lepas. Baju yang atas dulang hantaran tu pun baru sekali saya pakai. Tak payah pening nak pakai baju ape..hehe.

Pakai sekali je lepas tu simpan sampai sekarang. 

Monday, July 9, 2012

Suntikan 1 bulan Nuha dan berat badan si emak

Hari ini Nuha kena pergi injek untuk sebulan. Hepatitis B. Risau juga saya..ramai orang kata anak mereka demam lepas kena injek. Tapi misi kata injek ni tak demam. Berbanding baby yang kena injek sebelum Nuha (maybe 2 bulan), emak dia diberi ubat demam. Siap pesan "Sampai rumah terus bagi ubat ni", kata misi.

Kunun-kunun nak try guna car seat yang my sil beri pinjam. Kelakar je tengok dia dalam car seat tu..kecik je. Lupa pula nak snap gambar dia tadi. Bila dah siap install kat kete, sekali seat tu menghadap cahaya matahari..sudahnya minta tolong mak pegangkan aje lah sampai klinik.

Sampai kat klinik tadi, dia masih tidur. Misi suruh bogelkan dia untuk ditimbang pun masih mamai lagi. Bila dah duk atas penimbang, barulah dia fully awake kot. Menangis lah.. Dalam hati dah terdetik "Haa, you'll never know what will happen next.." Menangislah sampai masuk bilik injek, misi suruh pegang peha dia..HUAAAAAAHHHH!!! lagi kuat dia menangis. Haha..kelakarlah awak ni Nuha.. Nasib baik sekejap je..lepas tu dia sambung tidur lagi.

Sempatlah juga bawa mak saya pergi ke kedai, beli barang dapur. Sekarang dia tak mahu tidur di dalam crib ataupun atas tilam dia. Nak tido atas perut je.. Kononnya dia tak puas tido tadi. Masalahnya, ni dah lama balik dan awak tido pun masih nak berkelek lagi. Banyak akal lah budak kecik ni..

Tapi sebenarnya yang nak cerita sangat ialah berat saya dah turun! Haha..poyo je kan? Tulah..kat rumah takde weight scale. pergi klinik ni memang berdebar-debar nak tahu berat selepas sebulan bersalin.

Total kenaikan berat badan ialah 15 kg. 

Berat saya kini sudah 56kg. (Wuuhuu...). Dengan itu BMI saya sekarang ialah 

Sikit lagi nak masuk overweight. Apa tandanya tu ekk? Hehe..

Kena reshaping lagi affected area semasa bersalin hari tu seperti paha, lengan dan absolutely perut. Hehe.. Cukup-cukuplah badan naik masa mengandung hari tu. Nak turun naik masa solat pun mengah.. 

Saturday, July 7, 2012

Bloglist Kakcik Seroja


Nak join jugaklah..

Saya kenal blog Kakcik daripada blog Uncle Hamzah. Komen Kakcik di situ buat saya rasa tertarik untuk singgah ke blog kakcik. Malangnya pada masa itu saya tak boleh nak akses blog kakcik sebab hanya untuk invited readers sahaja. Rupanya yang private tu blog Kakcik Seroja. Blog sekarang Kakcik Nurseroja. Betul tak Kakcik?

Walaupun saya jarang tinggalkan komen di blog Kakcik tapi setiap entry Kakcik saya baca. Kadang-kadang tu guna henpon kecik, nak tinggalkan jejak pun susah. Lagipun saya ni update entry 4-5 hari sekali..Kakcik update setiap hari. Banyaklah yang saya tak terkomen berbanding Kakcik yang komen di blog saya ni.

Harap Kakcik sudi letak blog suam-suam kuku saya ni dalam bloglist Kakcik, itu pun kalau layak. 
=)


Cabaran menyusukan Nuha

Hari ni Nuha sudah genap sebulan. Cabaran utama saya ialah untuk menyusukan Nuha secara ekslusif. Rasa sangat bersalah jika tidak dapat menyusukan dia dengan susu badan. Untuk mengurangkan rasa bersalah saya, setiap hari pasti 1-2 sesi susuan dia saya akan berikan susu badan tidak kira dengan susu yang telah diperah atau direct feed. Tak pastilah boleh susukan secara ekslusif ke tak tapi ala-ala ekslusif pun bolehlah ye..hehe.

Nurse pesan ibu-ibu mesti susukan bayi dalam masa 1-2 jam selepas kelahiran. Macam mana nak susukan Nuha? Nampak pun sekali imbas je..dengan spek tak ada..terus Nuha dikejarkan ke NICU. Ilmu BF pun tak ada. Paling kelakar sehari selepas bersalin, saya pesan dengan suami suruh bawa breastpump. Time tu juga nak pump. Kena gelak dengan orang katil sebelah. Sebab dia kata kena urut dulu..hehe.

Kali pertama susu keluar, happy bukan main lagi. Padahal yang keluar tu 2-3 titik je. Lepas tu pump pun keluar 2-3 titik je, mulalah nak nangis. Memang frust sangat. Bila dah mula berurut, cik B pun dah mula bengkak..pump pun dah tak keluar apa. Sakit lagi ada.. Frust lagi.

Suami saya tolong tuamkan, rasa macam ada batu. Siap bergotong royong lagi. Dia pump sebelah, saya perah sebelah lagi. Sikit je dapat. Hari kelima Nuha di NICU, barulah dapat dibawa ke hospital untuk feed Nuha. Itu pun untuk sekali minum je. Dah tu bila nurse beri Nuha minum, maybe sebab rasa lain daripada susu formula yang dia biasa minum , banyak yang dia luah balik. Menangis jugak masa tu. Yelah, dahlah bersusah payah nak dapatkan susu tu, dia pergi luah pula. Lagi kesian sebab bila kita bawa susu untuk dia, tak adalah bekalan susu formula. Kalau banyak yang tumpah, nanti dia lapar.

Bila Nuha dah discharged dari hospital, memang kami belikan dia susu formula. Dalam masa yang sama, pump juga. Ada lah peningkatan sikit..sikit je. Sekali pump dapatlah 1oz. Nuha pula dah minum 50ml susu. Masih tak cukup. 2-3 kali pump, baru boleh feed Nuha. Dah tu, kalau lepas 3 jam between each pump session, susu tak boleh nak dapat 1 oz lagi..dapat kurang dari tu. Kira kalau sehari, 8 sesi menyusu dia.. sekali dua je yang dia dapat minum susu badan.

Bila saya asyik pump, saya terfikir pula..bila nak bagi dia bonding dengan saya sebab tak ada direct feed. Saya stop pump, bagi dia direct feed. Bila dia mengamuk tak cukup, saya top up dengan susu formula.

Macam-macam jenis makanan yang saya try untuk tambahkan susu badan. Oat, horlicks, lobak putih, kurma dan macam-macam lagi..sampailah saya rasa minum soya boleh tambahkan susu saya. Soya kotak tu saya belasah berkotak-kotak. Walaupun tak berais tapi sejuk (dari fridge) rupanya tak elok untuk Nuha. Saya tak rasa apa-apa tapi Nuha yang kena kembung perut. Menangis je sepanjang hari. Mujur masa tu abah dia ada. Kalau saya seorang, mahu saya pun nangis sama. 

2 hari saya tak susukan Nuha. Susu yang dipam terpaksalah dibuang, takut memudaratkan Nuha. Sedih betul..sebab masa tu susu banyak..banyaklah jugak kan?hehe.. Abah dia kata takpelah "tak payahlah kita susukan dia lagi. Bagi susu formula jelah.." Sedih gile masa tu. Rasa macam tak bertanggungjawab dan bersalah kepada Nuha kalau saya buat macam tu. Termenung juga masa tu..

Saya baca pasal set vitamin penyusuan yang banyak dijual di Internet. Mula-mula tu sceptical juga tapi saya rasa saya tak yakin saya mampu makan dengan baik. Yelah, dalam pantang banyak yang tak boleh makan. Macam mane nak dapatkan zat-zat berkhasiat tu semua? Best option, beli vitamin.

Sekarang tengah berusaha nak menambahkan susu badan. Rasa puas bila Nuha kenyang setiap kali lepas menyusu badan. Tak sama satisfaction bila tengok dia kenyang dengan susu formula. Saya ada baca artikel pasal seorang ibu yang tidak dapat menyusukan anak dia sehingga umur baby dia 8 minggu. Bila anak dia dah keluar hospital, anak dia tak mahu direct feed. Dia pump dan sampai sekarang, umur anak dia setahun lebih..dia masih pump susu dan dapat fully breastfeed anak dia walaupun terpaksa gunakan botol. Amazing kan? Jadi saya pun boleh buat macam tu.. saya MESTI cuba!

Gambar dicilok dari sini. Jealousnya tengok!!

Friday, July 6, 2012

He is 29 days old today =)

Dah ada anak ni, update blog pun cite pasal anak je lah kan?

Alhamdulillah, hari ini Nuha sudah berusia 29 hari. Diam tak diam dah hampir sebulan Allah kurniakan saya dengan anugerah ini. Macam tak percaya pun ada juga. Paling penting, hidup saya memang berubah dan jadi zombie juga!

So far, Nuha alhamdulillah sihat. Saya masih berusaha untuk berikan dia susu ibu walaupun kebanyakannya terpaksa diberi susu formula. Baru-baru ni, saya beli set vitamin untuk menggalakkan penghasilan susu ibu. Baru 2 hari saya makan. Harap-harap rezeki untuk Nuha akan bertambah. Dapatlah saya menyusukan dia secara ekslusif.

Awal kelahiran Nuha, dia berada di hospital. Tak berbaju, pakai pampers saje. Bedung jauh sekali.. Hari pertama dia balik ke rumah, dia menjerit sekuat hati, mungkin kerana panas. Berpeluh-peluh.. Jadi saya jaranglah bedungkan dia. Bayi sekarang pun memang tak suka dibedung. 

Free style

Saya dapati dia sering merengek semasa tidur. Kena dipopok, barulah dia berhenti merengek dan tidur. Kerap kali juga sepanjang malam. Tu yang saya pun jadi zombie..huhu. Lagipun dengan condition dia, saya memang takut nak bedung kuat-kuat. Manalah tahu biru anak tu nanti.. Satu hari, suami saya bedung dia ketat sedikit daripada yang kami biasa buat. Rupanya dia suka dibedung. Lena tidur dan kurang merengek. Dapatlah kami tidur lebih nyenyak..hehe. 

ni muke kenyang 

Selepas menyusu, dah sendawakan dia..Nuha paling suka kalau diletakkan di atas perut/dada. Mulanya dia kena kembung perut sebab saya salah makan..huhu. Saya dapati minum susu soya dapat menambahkan susu badan saya. Apa lagi, banyaklah juga saya minum. Abah dia yang letakkan Nuha di atas perut. Sekarang dengan saya pun dia nak tidur atas perut. Senak perut ibu, sayang! Takpelah...tolong leperkan sekali perut buncit ibu ye..hehe.

ni muka baru bangun tido

Dalam usia 29 hari ni, kalau mood dia baik..lepas menyusu ke..dia dah pandai ajak berbual. 'Hai..hai..' Penat badan pun rasa terbang bila dengar suara dia. Suara bercakaplah..suara menangis..boleh jadi stress..hehe.

Monday, July 2, 2012

Dapat voucher!

Haha..dapat voucher pun jakun kan?

Jakun lah jugak sbb ingatkan site yang saya claim voucher tu tipu tapi sebab degil nak mencuba, betul rupanya.

Tak ingat bila saya join dan macam mana saya boleh ter'join' site ni tapi saya buat pun suka-suka je. Bukan dapat duit pun just boleh claim voucher atau buat charity dengan point yang kita earn. Untuk beberapa lama, akhirnya point saya sudah mencapai tahap yang boleh claim voucher, jadi saya pun claimlah.



Satu hari posmen pun datang, suruh sign registered letter. Ingatkan surat saman ke..hehe. Dahlah printed envelope nama company tak pernah dengar. Mula-mula malas nak buka, sekali teringatkan voucher yang saya claim.

Surat

Voucher.. soploh inggit je.. 

Oklah tu kan? Sape nak bagi.. Mujur expiry date tahun depan.. Ai kan tengah berpantang..hehe