Friday, June 29, 2012

Lawatan Nuha ke IJN

Hari Selesa lepas, Nuha dikehendaki pergi checkup di IJN. Pada mulanya kami ingat nak stay di mana-mana hotel tapi suami ada urusan pada hari Isnin, tak sempat nak balik lebih awal. Kami bertolak seawal jam 5 pagi untuk ke IJN, sebab tak nak menempuh jem setibanya di KL nanti.

Sesampai di IJN jam 8.00 pagi (beberapa minit lagi nak pukul 8 sebenarnya), belum ramai orang lagi. Jam 7 pagi, waktu Nuha menyusu. Selalunya lepas menyusu dia akan tido semula tapi dah sampai ke IJN, kena berurusan di beberapa tempat menyebabkan Nuha tak dapat tido..mamai je dia..hehe. Ibarat 'saya pasrah je lah ibu,abah.. Nak buat apa pun, buatlah!"

Kena pergi x-ray, kena pergi buat echo dan kena timbang berat terlebih dahulu sebelum bertemu dengan doktor. Kami berjumpa dengan Dr Haifa, Consultant & Deputy Head Department of Pead Cardiologist.

Hasil pertemuan dengan Dr Haifa, satu minor operation telah dijadualkan untuk Nuha selepas hari raya nanti. perlu buat angiogram, untuk memasukkan kamera dalam salur darah Nuha untuk melihat kondisi sebenar jantung Nuha.

Apa sebenarnya yang berlaku pada Nuha? Nuha telah didiagnos dengan Pulmonary Atresia and Ventricular Septal Defect (PAVSD) with MAPCAs. Kes ini sangat..sangat..sangat rare dan agak complex. Berbanding kes Adik Nur Qaisara binti Muinuddin, kes Nuha lebih complex. Adik Nur Qaisara lahir dengan Syndrome Blue Baby akibat tidak cukup oksigen dalam badan. Nuha, Alhamdulillah..tidak mengalami masalah tersebut.

Jantung manusia secara normal mempunyai 4 salur darah untuk mengangkut darah beroksigen dan terdeoksigen dari jantung ke peparu vice versa. Dalam kes Nuha, Nuha hanya mempunyai 3 salur darah utama. Jantung manusia juga secara normal mempunyai 4 chambers di mana setiap dinding chambers itu mempunyai dinding. Chambers bahagian bawah jantung Nuha tidak berdinding menyebabkan darah beroksigen dan terdeoksigen bercampur. SubhanAllah, kejadian Allah itu cukup sempurna. Dia tiadakan salur darah tetapi membuka dinding chambers jantung Nuha. Jika dinding itu tertutup, tentu saje tiada insan kecil bernama Nurul Nuha Ibrahim di dunia ini. Nuha tidak mengalami Syndrome Blue Baby kerana Allah wujudkan salur darah kecil dari jantung ke peparu Nuha yang menyebabkan Nuha mampu bernafas secara normal. SubhanAllah!

Angiogram nanti akan menentukan sama ada salur darah kecil itu, adakah cukup dekat (berhampiran) untuk dicantumkan menjadi salur darah utama ke peparu atau tidak. Itu masih menjadi tanda tanya. Dari sesi Q&A kami dengan doktor, doktor meletakkan 4 condition untuk kes Nuha.

1) Sama ada cukup dekat --> lakukan operation untuk mencantumkan salur darah tersebut menjadi salur darah utama
2) Sama ada cukup dekat dan keadaan itu tidak memerlukan sebarang operation.
3) Salur darah itu jauh, perlu dilakukan operation untuk memperbaiki keadaan tersebut, ATAU
4) Salur darah itu jauh dan tiada apa yang boleh dibuat untuk membantu Nuha.

Sebagai ibu bapa, memanglah kami sedih tetapi dari hari pertama kami mengetahui kes ini, kami cuba berlapang dada, redha dan berbaik sangka dengan Allah. Dalam hati dan minda kami, kami tanamkan mungkin keadaan itu tidak normal untuk orang lain tetapi normal untuk Nuha. Kami tidak mahu terlalu memikirkannya kerana kami mahu enjoy every single moments bersama anak kami. Jika Allah telah tentukan panjang pendek umurnya, kami redha.

Terdapat satu study case di Internet yang menguatkan semangat kami. Seorang lelaki sudah berusia 21 tahun   baru mengetahui bahawa dia mengalami condition seperti Nuha. Kami berfikiran positif bahawa jika lelaki itu boleh hidup sehingga 21 tahun tanpa mengetahui kondisi dirinya mungkin Nuha juga boleh jadi begitu. Jika dilihat dengan mata kasar, dan jika kami tidak mengesan ketidaknormalan jantung Nuha semasa dia masih dalam kandungan, mungkin tiada siapa yang tahu Nuha mengalami ketidaknormalan pada jantungnya. Kerana dia tidak menunjukkan sebarang simptom biasa kepada pesakit jantung seperti kebiruan, cepat letih, kesukaran untuk menyusu dan dada bernafas kencang.

Doakan semuanya selamat dan Nuha membesar dengan normal seperti kanak-kanak yang lain, sihat, cergas dan cerdik.



Thursday, June 21, 2012

Terima Kasih..

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua rakan pembaca dan pengunjung blog yang tak seberapa ini kerana mendoakan kesihatan anak kami.

Paling mengharukan bila kawan-kawan menganggap anak kami seperti anak mereka juga. Serius, saya sangat terharu! Walaupun rasa susah hati, risau etc saya tidak dapat ditanggung oleh orang lain, kata-kata perangsang kalian semua sangat membantu kami di kala kesedihan.

Alhamdulillah, Nuha sangat kuat semangatnya. Semakin hari semakin banyak ragamnya. Semoga dia membesar dengan sihat, InsyaAllah.

P/S : Nuha akan menjalani rawatan susulan di IJN minggu depan. Hope to hear good news..


Monday, June 18, 2012

Finally home!


Alhamdulillah..selepas 9 hari berada di NICU, akhirnya Nuha dibenarkan pulang ke rumah. Syukur sangat-sangat!

2 hari sebelum Nuha dibenarkan pulang ke rumah, keadaan Nuha tidak stabil. Pada masa tu, saya dapat bayangkan berkecainya harapan saya untuk bawa dia pulang ke rumah. Saya dan suami langsung tak boleh nak berkata-kata walaupun kami memandang muka masing-masing. 

Doktor biarkan Nuha terus diberikan ubat dalam dos yang sama sehingga stabil. Apabila doktor hentikan ubat, kami sekali lagi risau. Pagi-pagi, seawal jam 7 pagi kami dah berada di hospital untuk melihat sendiri perkembangan Nuha. Alhamdulillah, he's really a strong boy. Dia managed untuk melepasi zon tak stabil itu. 

Selepas 24hrs tanpa bantuan ubat, keadaan Nuha normal dan Alhamdulillah, doktor benarkan dia pulang. 

Walaupun bagaimanapun, kakinya masih bengkak. Doktor beritahu pesakit dengan masalah jantung normal jika mengalami bengkak kaki. Jika keadaan masih berterusan, Nuha dikehendaki berjumpa dengan peadiatrik Rabu ini. 

Dia masih fobia jika ada orang yang memegangnya, kecuali saya. Mungkin di hospital, setiap kali dipegang, dia perlu diambil darah, diberi antibiotik dan apa-apa sahaja yang menyakitkannya. Dia anak yang manja dan sangat suka jika dicium. Lebih mudah lena bila dinyanyikan lullaby..tak kiralah dalam bentuk zikir atau lagu :)

Terima kasih kerana mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian semua.  

Thursday, June 14, 2012

Introducing our beloved son..


Nurul Nuha Ibrahim bin Nurul 'Amil

Sudah hari kelapan, Nuha di NICU. Masih belum dibenarkan pulang. 
Doakan kesihatan dan kesejahteraan anak kami.

Sunday, June 10, 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.15kg pada 7 Jun 2012 pada jam 12.52 tengahari di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor secara normal.

Walau bagaimanapun, saya belum berpeluang mencium anak saya, memeluk apatah lagi menyusukan beliau kerana beliau didiagnos mengalami komplikasi jantung. Kini anak saya di tempatkan di Neonatal Care Unit.

Bagaimana pun, kami bersyukur kerana anak kami sihat dan baik-baik sahaja sepanjang 72hrs observation dan akan melalui 1 lagi proses observation oleh cardiologist dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Doakan anak saya supaya kuat semangatnya dan sihat sejahtera,InsyaAllah.

P/S : Inilah ujian yang Allah berikan pada kami 

Tuesday, June 5, 2012

Sweater comel turun temurun

Semalam, bila kakak saya balik dari Kedah..dia pun keluarkanlah segala peninggalan untuk saya. Termasuklah barut silang, tungku seberat 5 kg, barut baby dia yang masih OK dan termasuklah baju comel ni..

Sweater yang sangat comel

Ini adalah sweater turun temurun daripada kakak sulung saya. Sweater ni kepunyaan anak saudara saya yang sulung, kira-kira 24 tahun dulu. Kakak saya lahirkan anak saudara saya tu ketika winter. Sekarang sudah turun ke tangan saya pula.

Entah boleh pakai ke tidak anak saya pakai sweater ni. Yelah, sekarang ni kan musim panas. Saya pun berpeluh-peluh tak ingat.. Minum ais saje..walaupun tak bagus tapi memang tak tahan!

Ada lagi beberapa barang hand-me-down terutamanya daripada my SIL termasuklah baby crib, car seat dan stroller. My SIL kata gunalah dulu sementara dia masih belum beranak kecil lagi. Yang paling kecil pun, si Arif yang hampir menjangkau 2 tahun. Kalau dia bersalin lagi, pulanglah balik...hehe. 

Mungkin saya akan beli juga barang-barang ni sendiri terutamanya car seat. Sangat penting untuk saya bawa anak saya nanti ke rumah pengasuh. Siapa pula nak dukung dia sambil drive kan? Wah, makin bersilatlah saya lepas ni. Kena ubah attitude saya yang suka buat kerja last minute dan kne always prepared. 

P/S : Sudah 38wks 2 days hari ini. Counting days.. Sangat takut!

Monday, June 4, 2012

Kesian dia..

Saya tak beli pun almari untuk tempatkan barang & baju-baju anak saya. Sebenarnya awal tahun hari tu,masa pindah ke rumah sewa saya dah beli almari baju. Sesuai untuk baby saya tapi taklah saya bawa balik rumah mak. Tak muat nak angkut dengan kete kecik saya.


Kononnya nak terus pindahkan ke rumah baru kami nanti tapi nampaknya developer masih senyap je ni. Jangan sampai habis berpantang pun masih tak dapat kunci. Mane kami nak duduk nanti? Huhu..


Terpaksalah barang-barang si comel saya ni share dgn almari kami. Eh,almari abah dia. Sebab semuanya baju abah dia. Banyak betul baju, kalah baju saya. Wajib minta wardrobe ala-ala Prof Muhaya macam ni. Hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 3, 2012

Agak-agak muat lagi tak?

Ini baju kurung saya yang paling kecil dlm koleksi baju saya. Mase I slim tak henggat. Memang sengaja amik gambar utk reference.


Sblm pregnant berat saya 48kg. Now dah 67kg. Cabaran untuk menguruskan badan sampai boleh pakai balik baju ni dengan longgar...hehe.


Wish me luck!


Published with Blogger-droid v2.0.4