Wednesday, May 30, 2012

Setahun sudah..alhamdulillah

Terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Suami yang sudi meluangkan masa untuk lunch date semalam bersempena anniversary kami yang pertama. Hadiah untuk dia? Hanya coklat Kinder Bueno. Nak bagi ice cream, karang I bawa kete, dia suapkan 2-3 sudu.. yang lain semua masuk mulut dia. Haha..motip buruk siku??
Buat gak kek untuk Encik Suami tapi dia dapat jamah sikit je sebab nak cepat. Dia kata sedap... *happy*

Nothing special pun sempena 1st anniversary kerana lebih banyak masa dan perhatian diperuntukkan untuk si kecil kami. Dia lebih memerlukan perhatian dan kami kena lebih bersedia untuk segala kemungkinan.

Untuk segala jenis anniversary, birthday dan segala tarikh-tarikh penting ni, saya memang tidak pernah nak suruh dia ingat. Sebab mula-mula saya kenal dia, on my birthday..walaupun sebelum-sebelum tu dah hint kat dia..memang dia tak ingat punya. Buat sakit hati sendiri je. Oleh kerana saya tak ada masa untuk menyakitkan hati sendiri, lebih baik saya bagitahu je "Minggu depan, hari Rabu anniversary kite. Jangan lupa ye?" Kan senang..dia pun takdelah pening kepala bila saya merajuk. Lumrah orang lelaki, mane nak ingat tarikh-tarikh penting ni. Tak payahlah nak surprise bagai...

Lagi senang bila dah bagitahu, senanglah dia nak plan ape-ape atau arrange schedule dia. Dia pun bukan suka sangat keje-keje ad hoc ni. Buat kene marah je nanti...tahu sangat.

Itu pun saya dah salah hari sebenarnya. Saya bagitahu dia anniversary hari Rabu. On Monday morning, saya pun pelik juga kenapa appointment klinik saya hari Selasa sedangkan sebelum-sebelum ni hari Isnin. Rupanya appointment tu hari Isnin, so our anniversary on Tuesday. Cepat-cepat SMS, nanti lambat SMS dia tak dapat balik pula.

Anyway, Thanks you Mr Husband for this blissful marriage and InsyaAllah, Allah memberkati, merahmati dan meredhai rumah tangga kita. Amin!


Sunday, May 27, 2012

Things I miss most during pregnancy

Hah..hari ini saya baca artikel daripada apps Babycenter yang saya install pada phone saya. Rasa macam nak tergelak je bila baca tentang perkara tersebut. Some of them memang betul-betul kena pada saya. Ni adalah beberapa perkara yang saya rindu bila saya mengandung..

1) Deria bau yang normal

Sebelum pregnant, saya kire normal je lah tapi bila dah pregnant ni, hidung jadi super sensitive. Masa saya mula-mula got the feeling that I'm pregnant, time tu kena pergi seminar di Kuantan. Mereka hidang kinda Nasi Beriani macam tu lah with ayam tandoori, saya jadi tak lalu makan. Saya just makan beberapa sudu nasi je time tu.

Dah tu, bau badan suami saya pun saya complaint. Luckily, dia stop smoking for awhile. So, bau badan dia kembali normal. Oh, sekejap je berhenti...dah sihat sikit ni, sambung balik. Huhu...ape lah..

Computer lab saya pun sama. Jangan harap nak masuk kalau tak buka stokin. Bau stokin, masyaAllah...boleh pengsan. Saya pergi kantin pagi-pagi sebab kalau pergi time rehat, selain makanan dah habis..bau budak-budak ni berpeluh...*pengsan*



Seronoknya ialah boleh bau air dah masak. Before this, kakak saya je yang ada super power yang boleh bau air yang dijerang dah masak. Now, saya pun dah boleh.. Walaupun tak reti nak describe macam mane baunya tapi memang boleh tahu lah..hehe.

2) Makan sushi

Hmm..one of my fave sushi ni. Now, lalu dpn kedai sushi, tahan je lah. Rasanya tak ada lah sampai tahap mengidam cuma kalaulah...kalaulah...dapat makan. Huhu..

3) Tidur nyenyak

Walaupun saya masih boleh dikategorikan dapat tidur dengan nyenyak (kata suami saya..) tapi saya rindu tidur dalam position terlentang. Ini semua sebab artikel yang saya baca tentang percentage utk stillbirth adalah tinggi jika ibu tidur terlentang lebih tinggi daripada tidur mengiring. Sudahnya, bila saya terlentang mesti suami saya tegur.
Dah tu, kalau nak turun dari katil mesti rasa seksa..masyaAllah. Dengan pinggang yang sakit, perlahan-lahan kena mengiring, angkat badan then barulah turun katil. Pernah sekali ketika checkup di hospital, kena scan dengan doktor untuk tempoh yang agak lama. Faham-fahamlah katil hospital, keras. Minta tolong suami saya angkat (dengan hulurkan tangan). Dia main tarik je macam tu je, terus saya menjerit. Dia ingat masa saya kurus agaknya..tarik macam tu. Macam nak tercabut pinggang saya. Lepas tu dia lebih berhati-hati bila saya minta tolong bangunkan saya. Hehe...

Boringnya ialah dia conquer katil!! Sebab saya hanya mengiring kiri dan kanan. Hehe...tapi dia kurang bantal sebab saya amik bantal untuk buat saya selesa tidur. Tak termasuk kekerapan bangun tengah malam untuk ke toilet. walaupun tak banyak kali tapi dulu, langsung tak terjaga..hehe.

Walau bagaimanapun, tengahari saya mesti tidur. Paling kurang pun 10 minit. Kalau tak tidur, rasa sakitlah hai...pinggang ni.

4) Kasut saya

OK..ni memang rindu gile. I miss my heels.. Walaupun saya ni konon je, beli heels bebanyak lepas tu nanti pakai sandal gak tapi rindu kasut kiut miut saya. Last time kami kemas bilik, tak cukup tempat nak simpan barang baby. So, suami suruh keluarkan kasut-kasut saya dari storage box. Kasut-kasut kahwin saya, kasut hantaran yang heels 3-4" tu..alahai rindunya!



Sekarang ni, pakai flat shoes je. Nasib baik ballerina shoes time ni cute. Saya pun belilah beberapa pasang kasut yang praktikal untuk condition sekarang. Cume 2-3 minggu ni kaki dah mula membengkak, kadang-kadang pergi kelas pun saya belasah je pakai slipper. Sorry lah gubesau, kasut tak muat. Malas...kedekut..nak beli baru!

5) Pakaian sebelum pregnant

Ni pun rindu. Semuanya tak muat kena beli baru. Baju kerja lah paling kritikal. Mula-mula tu ada 5 pasang je. Mujur ada jubah mak. Hehe...pinjam ye mak? Dapatlah rotate 2 minggu. Taklah nampak sama je.

Suami saya pun tegur sebab kadang-kadang baju tu terketat. Yelah, bulan lepas muat. Bulan ni dah tak muat pula. Hehe...

Kadang-kadang kalau suami puji saya cantik, macam tak percaya je.Yelah, comot je saya ni. Kadang-kadang dia tegur "Mana bedak, mana lipstick..". Huhu.. sorry ye. Tak terbela badan ni.. Alasan betul kan?

6) Jadi independent & being included

Kat rumah tak terasa sangat tapi kat sekolah, memang rasa left out betul. Keje saya yang senang-senang je. Jadi AJK Pendaftaran lah, jadi AJK Buku Program lah etc. Kalau tak dulu, semua keje berjalan ni kita lah yang kena, single lah katakan..

Paling teruk ialah jadi pelupa yang teramat sangat. Pernah saya salah tempat meeting. Dapat call sebab tak hantar dokumen penting. Nasib baik ingat waktu masuk kelas dan tak lupa nama budak-budak..hehe.

Kursus yang saya pergi di KL tempoh hari, sebenarnya AJK dah potong nama saya. Assumed saya tak datang. Kesian betul kan? Kalau tahu, tak payah datang. Terpaksalah saya tunggu semua orang dah masuk bilik, barulah saya dapat bilik..huhu. Mereka kata mereka dapat tahu saya dah confirm kan yang saya tak datang. Sedih!! Yang kelakarnya naik cuti ssekolah mereka tanya saya still available ke tak sebab mereka nak buat kursus. Haha... yang ni memang tak boleh ikut dah lah.. Dah tunggu hari je ni. Jealous sebab mereka buat kursus di Cameron Highland pulak...huh!

Mujur saya masih terdaya nak drive. Nasib baik lah kete auto, kalau manual..entah macam mane lah keadaannya ye? Walaupun perut dah mencecah steering kereta, masih boleh gerak. Siap dah cakap dengan suami, kalau dia lambat sampai bila saya dah sakit-sakit nak bersalin...mau saya drive sendiri pergi hospital...hehe. 5km je...

7) Berat badan sebelum pregnant.

Yang ni toksah cite lah...paling rindu! Sebelum pregnant 48kg...sekarang?? Checkup hari Jumaat lepas dah 67kg!! Almost 20kg OK! No wonder lah semuanya dah tak muat... Suami saya kata dulu dia boleh buat ring using his fingers di upper arm saya. Sekarang dah tak muat.. Kaki lagilah jangan cerita... Saya siap dah browse macam mana nak kuruskan kaki lagi...haha. Teruk kan?

Walaupun ada satu part yang suka dia membesar tapi tu part yang kecil je. Tak termasuk belly button saya yang selalu kena usik dengan anak-anak buah saya sebab obvious gile..



Susah nak mandi dengan part-part yang mengembang...perlu extra time dalam shower untuk bersih semua part yang berlipat-lipat. Not so nice experience..

Mesti anda pun ada perkara yang dirindu bila pregnant kan? Tapi saya rasa mesti saya akan rindu nak pregnant lagi nanti sebab saya suka perasaan bila kena wacha dengan baby..hehe.

Thursday, May 24, 2012

Budak telur sambal

Semalam saya masuk kelas Tahun 1, tengok-tengok dah ada keje turun temurun dari cikgu sebelumnya. Tampal barcode buku teks murid-murid. Adoiyai... Sape kata keje cikgu mengajar je? Even tampal barcode pun cikgu kene buat. Nk bg barcode sticker pada murid Tahun 1, kelas hujung pula tu..expecting their parents nak tolong tampal? Waalaikumsalam lah ye... Oleh itu, saya beri mereka kerja dan minta mereka selesaikan. Dahlah kelas 3 masa (1 jam setengah). Kalau salah gaya, boleh jadi circus tahu?...huhu.

Dalam kesempatan itu, saya sempatlah berbual-bual dengan murid di hadapan saya. Mulanya saya tanya tentang kawan di sebelahnya. Murid perempuan itu baru je ditukar tempat duduknya di sebelah dia oleh guru kelas mereka. Saya tanya soalan provokasi..hehe.

Saya : Siapa lagi pandai? Awak ke dia
K     : Saya rasa saya lagi pandai dari dia.
Saya : Kenapa awak cakap macam tu?
K      : Sebab dia tu kalau teacher kata kena buat muka surat ni, lepas tu dia tanya lagi "muka surat ni kena   buat ke?". Kan teacher dah bagitau... Tu pun tak faham-faham

Saya dah gelak dah... K ni murid lelaki. Dia tak faham lagi yang orang perempuan memang macam tu..hehe.

Saya tanya lagi..

Saya : Mirul? Sape lagi pandai? Awak ke dia?
K     : Mirul tu, selalu je kena marah dengan teacher. Orang dah buat banyak..dia satu pun tak buat lagi.

Hehe...memang pun kawan sebelah dia tu blur sikit. Saya pun selalu naik hangin dengan Mirul tu.

Lepas tu dia pun berbuallah pasal kawan-kawan dia yang lain. Sampailah pada murid S. Dia kata murid S tu banyak awek..hehe. Erm, kene admit juga lah murid S tu quite good looking lah...

K : Dahlah dia tendang kepala saya. Sakit woo...
Saya : kenapa dia tendang kepala awak? Bila?
K : Tadi..masa rehat. Entahlah dia tu... dahlah panggil saya budak telur sambal.

Ok..yang ni saya terus terbahak-bahak gelak. K ni memang murid yang comel je. Tinggi tak sampai 1 meter kot..badan pun agak berisi. Ada lah rupa telur juga tapi kena panggil 'budak telur sambal'?? Tak larat!!

Macam-macamlah dia cerita. Pasal family dia lah.. Pasal ayah kandung (dia panggil 'ayah betul').. Pasal balik nanti mesti tak ada apa-apa nak makan lah. Bahaya juga bila ajak budak kecik berbual. Macam-macam diaorang cerita. So, mak ayah..please behave ye depan anak-anak. Kita fikir anak kita macam tak faham je condition kite tapi hakikatnya...macam-macam dia tahu.

Tuesday, May 22, 2012

Ingat tak sempat..

nak makan durian rumah mak. Kalau dah namanya rezeki, tetap dapat..ye tak?

Beberapa bulan lepas, pokok durian 2 batang di rumah mak dah mula berbunga. Tak lama lepas tu, hujan lebat sangat. Banyak bunga durian yang jatuh ke bumi. Kira punya kira mak kata maybe bulan puasa baru gugur. Erm, dah lah bulan puasa. Maybe tengah berpantang juga. Tak ada rezekilah nak makan.

Kisah durian tahun lepas

Pagi Ahad hari tu, keluar-keluar pintu rumah je bau durian menusuk hidung. Harummmm.... Tengok-tengok ada 3 biji durian atas meja luar. Oleh sebab nak pergi membeli barang, kami biar jelah durian tu di atas meja. Mula-mula ingatkan ada orang sedekah. Yelah, duk kat luar je. Mak pun tak ada time tu.

Bila balik berjalan tu, saya nampak sebiji lagi durian dah gugur bawah pokok. Saya suruh husband pergi kutip. Dia tak percaya. Saya kata 'betul...saya nampak ada durian sebiji kat situ'. Then kami pun pergilah bawah pokok durian dan dapatlah sebiji lagi.

Excited lah husband saya, walaupun saya meragui sama ada dia makan durian ke tak. Tahun lepas, bila beriya-iya saya ajak dia makan durian dengan adik beradik saya..dia pun beriya-iya menolak. Bila tanya dia kata makan tapi bila diajak, dia tak mahu. Rupanya ada little secret pasal dia dan durian. Tak boleh cite..nanti dia malu. Saya pula kena rotan nanti...hehe.

Siaplah keluar kain buruk dengan pisau (je..parang takde..hehe), sesi mengopek buah durian. Bukan main lagi husband saya makan. Mula-mula pesan kat dia, jangan makan banyak-banyak (walaupun dia kata ada ubat) tapi sebiji tu memang tak cukup. Lagi pula kena share dengan saya. 2 biji juga dia makan, ada lah kot dalam 5-6 ulas. Saya makan 3-4 ulas je, merasa kata orang. Kalau makan, sure lebih lah kan? Nanti panas badan..saya juga yang susah kan?

Now, dah boleh bersalin dengan aman. Hehe..

Sunday, May 20, 2012

Macam tak kena dengan nama..



Semalam sajelah pergi makan dengan husband,masuk ke sebuah restoran steamboat. Lame juga tak makan di situ. Sejak pregnant ni memang tak masuk kot. Takde selera nak makan tomyam.

Kami duduk dan order. Husband saya pilih Thai Steamboat Set for 2person. Waiter pun tanya ada nk tambah apa-apa, saya minta sepinggan nasi putih. Lapar sangat...hehe. Dalam set tu ada bihun,so husband saya makan bihun je. Waiter juga tanya ada nak tukar sup ke? Dia kata kalau nak tomyam soup kene charge extra RM10. Saya pun jawab lah "dah nama set Thai, kenapa tak dapat tomyam soup?" Dia jawab "soup for Thai set ni chicken soup..kalau nak tomyam soup,extra RM10". Laaa...apa ni?


Husband pun malas nak bising, dia minta juga lah tomyam soup. Bila dah siap makan,asked for bill..mereka tanya pendapat tentang their food and service. Everything is fine but kiteorg complaint gaklah nama menu yang mengelirukan orang. Coz bila kata Thai, memang typical orang fikir tomyam. (ke saya je rasa macam tu?) Unfair lah pakai nama Thai tapi u charged people extra for something yg closely related dgn Thai cuisine kan?

Sib baiklah sedap. Lebih sedap sebab husband yang masakkan. Saya tengokkan je sebab dia yang excited nak main pondok-pondok, masak-masak dalam kedai tu. Lagipun bila lagi nak merasa air tangan suami..hahaha. Asyik dia je komplen masakan saya..hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Bila dah jadi kenderaan besar dan lebar..hehe

Sejak jadi 'kenderaan besar' ni, semua pergerakan jadi lambat. Dulu, semuanya boleh siap dalam jangka masa yang cepat. Sekarang, rasa macam dah cepat dah...tengok-tengok dah doubled up dari tempoh masa tak pregnant.

Ada sekali tu pulang sekolah awal sebab perlu menghadiri kursus di sebelah petang. Rasa macam sempat je balik rumah dan tidur..hehe. Saya pun siap-siap makan di luar, drive balik dan tidur. Set alarm pukul 1.45 pm untuk bangun. Estimate 20 minit untuk mandi dan solat, 15 minit drive ke tempat kursus.

Alarm berbunyi pukul 1.40pm, 5 minit untuk golek-golek :p Bangun, capai towel dan mandi. Keluar dari bilik air je dah 20 minit. Bersiap dan solat sudah 15 minit. Menuju ke kereta dan drive ke tempat kursus, haaa....dah lambat dah! Akibatnya, penceramah nampak saya datang lambat terus kena panggil duduk depan. Hahaha...haruuuu!

Pagi ini lagi teruk. Dahlah terlewat bangun. Biasanya saya akan bangun pukul 6.10am. ( Alarm pukul 6 tapi 10 minit tu tempoh bergolek-golek :p). Mandi, solat dan iron baju. InsyaAllah siap jam 6.50pagi, dah boleh bertolak ke sekolah. Drive dalam 20 minit..oklah, punch card tak merah.

Pagi ini bangun saje dah pukul 6.40 pagi. Huhu...ter'tido mati'. Mandi dan solat. Cari iron tak jumpa! Rupanya dalam bilik kakak. Kejut my niece suruh amik iron, dia pusing ke kanan dan sambung tido! Arghh...buka almari dia, cari baju kurung. Bila try, besar sangatlah pulak! Kena kejut juga...barulah dia bangun. Iron baju ala kadar...sarung dan terus masuk kete. Dah tak sempat nak teguk setitis air pun. Haha...sampai sekolah 10 minit lagi pukul 8. Haha...teruknya cikgu!

Sepatutnya saya yang perlu berubah bila keadaan dah berubah. Ni same je..memang lambat jelah..hehe.

Carian imej Google

Wednesday, May 16, 2012

Ini bukan hadiah Hari Guru kalau macam ni..


Hehe..sesi tukar-tukar hadiah sesama guru. Saya dihadiahkan set baby ni. Kalau dah macam ni, bukan hadiah untuk saya lah... Ni hadiah untuk baby saya..hehe.

Hadiah daripada Kelab Guru pun dapat fleece blanket dan face towel. Hmm..sesuai untuk baby saya. Sebelum ni, saya cuma belikan baby thermal blanket saje. Memang ada plan nak beli blanket lain untuknya. Alhamdulillah, dah dapat hadiah. 

Tahun ni hadiah saya kurang :p Saya kan orang baru di sini. Lagipun saya tak mengajar banyak kelas. Alhamdulillah, tahun ni banyak hadiah berbeentuk makanan. Puas makan cupcake, coklat dan gula-gula. Saya makan sikit je, jamah kata orang. Nak makan banyak-banyak, risau pula. 

Sebenarnya saya tak kisah pun tak dapat hadiah sebab kepuasan sebenar ialah bila anak-anak murid tu berjaya. Macam saya, awal-awal tahun kita tengok satu kelas anak murid tak kenal ABC. Sekarang sudah pandai mengeja 'kasut', 'pokok' dan 'datuk'..gembiranya hati saya! Legalah sikit hati saya nak cuti bersalin nanti. Harap guru ganti saya dapat ajar mereka sampai boleh membaca esei pendek sebelum melangkah ke Tahun 2 nanti :)

Di kesempatan ini, saya ucapkan 
Selamat Hari Guru 
kepada semua guru saya di

SKSAB(1), SA Simpang Jeram
SMKSAB, MRSM Jasin
Kolej Chermai, UTM Skudai
IPTAA Kuala Lipis

dan untuk rakan sekerja di 

SKSD & SKBB

serta semua yang menjadi guru saya secara langsung dan tidak langsung.
Kerana anda, saya kini seorang GURU!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

Ujian untukku

Manusia sering diuji. Ujian itu mesti akan datang, cabaran mesti akan sampai. Dan Allah tu Maha Adil. Ujian Allah diturunkan bersesuaian dengan kadar keimanan manusia itu. Kalau sikit iman kita, sikitlah ujian ke atas kita. Kalau besar iman kita, besarlah ujian kita. Tapi apa lah sangat ujian ke atas kita berbanding ujian Allah kepada hambaNya yang dikasihi. Sebab tu golongan yang paling teruk diuji ialah golongan para Rasul dan Nabi. 

Seperti dalam Ayat 2, Surah Al-Ankabut.

“Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.” 

Ujian yang Allah turunkan pula datang dalam pelbagai bentuk. Ada orang diuji dengan kemiskinan, kesusahan, anak-anak, kesihatan dan sebagainya. Mungkin orang tu nampak kaya tapi kesihatannya merosot. Ada orang nampak susah tapi anak-anaknya berjaya. Macam-macam ujian yang Allah berikan untuk menguji keimanan kita. 

Bila diuji, kita mestilah sabar dan fikirkan hikmah di sebalik setiap ketentuan Allah itu. Kalau tak sabar, tak dapatlah pahala. Kita mestilah berdoa yang ujian yang Allah berikan itu membuatkan kita semakin dekat dengan Allah. Kalau makin jauh dengan Allah, maka rugilah kita.. 

Saya bersyukur punya suami yang tidak pernah suruh saya sabar kerana dia tahu tahap sabar saya. Sebaliknya jadi penguat semangat saya dengan memberikan kata-kata positif. Baru-baru ini kami diuji Allah dengan ujian yang sangat berat. Di sebalik kegembiraan kami dengan rezeki yang Allah kurniakan, Allah kirimkan sekali ujian. Kesian suami saya. Tak pernah saya lihat dia sesedih itu. Pernah juga kami mengalami masalah kewangan, kerja dan sebagainya tapi nampaknya kali ini, wajah sedihnya memang tidak dapat disorok. 

Saya pun sedih juga namun saya rasa saya tak boleh terus melayan perasaan sedih saya. Saya perlu kuat. Semoga Allah jadikan ujian ini membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Doakan kami. Doakan saya terus kuat menempuh ujian ini.

Aku redha dan kepadaMu lah tempat aku memohon kekuatan.. 

Saturday, May 12, 2012

Kalau dah namanya perempuan

Born as a women, perasaan nak cantik tu memang sentiasa ada. Cuma sejak pregnant ni, saya rasa diri saya ni comot betul. Haha...agaknya sebab mengandungkan anak lelaki. Owh, pendapat masyarakat mengatakan bahawa bila mengandung anak lelaki ni comot je tengok emaknya. Agaknyalah kot. Kebetulan pula, sejak mengandung ni...berpeluh macam orang buat kerja buruh. Pakai mekap pun cair. Tu yang bertambah malas nak bersolek bagai..

Hehe..biasalah kalau dah pergi berkursus. Mesti kita tengok gaya dan fesyen orang lain. Satu yang menarik perhatian kami (bukan saya sorang je tau...) ialah 2 orang peserta yang memakai tudung yang bernilai ratusan ringgit. Ala yang jenis bertingkat-tingkat siap dengan brooch sejambak kat leher tu... Bukan cemburu pun. (Saya confirm saya tak cemburu sebab tudung tu pendek sangat!!). Memanglah cantik.. Kakak berdua tu pun memang cantik orangnya. Baju dengan tudung memang matching je lah. Dah macam kembar lak kami tengok diaorang.

Pergi kursus ni pun semua saya bawa tudung express je. Dulu saya rajinlah nak angkut iron pergi kursus. Sejak kahwin,kena train dengan husband saya...saya bawa mane yang perlu je. Hehe...teringat masa nak pergi berjalan masa baru-baru kahwin dulu. Siap sorang satu luggage saya kemaskan. Datang QC, semua kena keluarkan. Mula-mula menangis jugaklah sebab saya rasa bende tu necessary tapi QC kata tak payah bawak! Sekarang, kecik je bag saya tapi complete.

Tudung pun jenis murah-murah je. Beli kat bazar je. Tak masuk butik pun...tak mampu. Fesyen tudung pun cepat sangat berkembang. Tak terikut saya.. Sudahnya beli saje yang plain dan match dengan baju. Wajib ada kaler hitam..hehe.

Trend sekarang dah kembali ke tudung bawal kan? Kawan-kawan di sekolah saya ramai yang selesa memakai tudung bawal. Tudung express ni pun boleh dibilang dengan jari. Saya pun suka juga pakai tudung bawal walaupun diakui kadang-kadang tu malas nak iron. Macam-macam jenis kan... 2 tone, 3 tone.. haish, cantik-cantik. Siap dengan sulam bunga lagi. Memang saya suka sangatlah sulam-sulam bunga ni..

Credit to FB ctredzuan.com

Sudah beberapa helai yang menjadi milik saya. Mak saya pun berkenan. So, sempena Hari Ibu (konon-kononnya lah...) saya pun belikanlah satu untuk emak. Waa..suka sangat mak saya. Siap nak pakai untuk rombongan kelas mengaji dia ke Terengganu minggu depan. Padahal agaknya kat Terengganu tu lagi banyak tudung jenis ni..hehe. Di sini, susah sikit nak dapat di pasaran terbuka. Kalau ada 10 gerai bazar menjual tudung, 1 gerai je yang ada jual. Kualiti sulamnya pun tak secantik yang dibeli online. Paling penting, harga yang dibeli online ditambah dengan postage charge masih lebih murah daripada yang dijual di sini. 

Paling gedik, saya dah mengada-mengada minta dengan suami nak beli kain untuk hari raya. Poyo kan? Oleh sebab big boss tak decide lagi nak kaler ape, saya pun masih berfikir-fikir warna apa yang menarik..(ditambah dengan perasaan 'tunggulah lepas bersalin, baru dapat cutting body terkini...hehe')..saya pun sabar jelah dulu. Paling-paling gedik, siap dah tunjuk kat husband nak beli kain macam ni...

Credit to FB Sulam Qistina

Suami saya kata "Dah macam tudung juga"...hehe. Tak bagilah tu :p 

Hailah mata...sabar jelah ye. 
Hailah tangan...jangan gatal-gatal klik order ye.
Hailah hati...bawak-bawaklah istighfar...

Ish..dahlah. Terseksa saya tengok gambar ni. Nasib baiklah ada 2-3 pasang lagi baju yang belum dijahit. Silap haribulan, tu jelah yang saya hantar kat tailor tu nanti...hehe. 

Wednesday, May 9, 2012

Kena pergi kursus pula..

Sebentar lagi akan memulakan perjalanan untuk berkursus di ibu kota. Tetiba rasa nervous. Sebab nya dalam mencecah usia kandungan 34 minggu, rasa takut tu memang lebih. Rasa takut pula nak tidur dengan orang yang kita tak biasa. Yelah, selalunya tidur dengan suami, mak atau anak-anak buah kalau suami tak ada. Walaupun mereka bukannya boleh mengurangkan rasa sakit (pinggang nak berpusing ke apa) tapi bila ada orang yang kita kenal, rasa kurang sikit risau.

Kursus ini pula tak boleh diganti dengan orang lain. Maka, saya mesti pergi. Bile saya check senarai nama, ramai lelaki. Guru perempuan yang saya kenal tak ramai. Kakak yang rapat dengan saya dah cuti bersalin sebulan lepas. Hmm...risau ni.

Walaupun menaiki bas jabatan tapi risau juga. Kan time sekarang ni semakin kerap ke tandas. Takut nanti menyusahkan orang pula. Then, schedule kursus nampak pack juga. Sampai malam! Sakitlah pinggang saya ni nanti asyik duduk menghadap laptop ni.

Doakan saya OK saje di tempat kursus nanti. Diberikan kesihatan yang baik dan tidak menyusahkan orang pula. Segan pula nak pergi berkursus dengan perut dah besar ni. Nanti jalan dah lah lambat, terkedek-kedek dan terhuyung hayang. Kawan sekerja selalu cakap saya macam penguin. Huhu...tak baik betul korang ni. Yelah, saya kan rendah je orangnya. Setiap kali jumpa orang, mesti orang tanya 'dah cukup bulan ke?' atau 'mengandung kembar ke?'. Tak pun...cume saya bertambah membulat je. Ilusi optik je korang semua...hehe.

P/S : Berat baby sudah mencecah 2.4-2.6 kg di minggu 34 ni. Nak tunggu sampai 40 weeks ni, agak-agaknya berapalah berat dia ye? Tak pelah, janji baby sihat dan sempurna.

Thursday, May 3, 2012

Mahram Bagi Wanita

Mari kita belajar tentang mahram pula hari ini.




credit to the owner : Malaysian's Chromosome

Saya yang lemah lagi jahil selalu confuse tentang mahram ni. Yang saya confirm mahram ialah wali-wali saya. Bapa,abang,adik,datuk,bapa saudara sebelah bapa. Yang saya confirm bukan mahram ialah sepupu, lelaki yang berkahwin dengan kakak/adikperempuan saya,lelaki yang berkahwin dengan makcik-makcik saya. Lain-lain tu saya tak sure.Bagus juga saya terjumpa pic ni.Sebelum ni pernah jumpa di FB tapi saya yang tak amik pusing.Sekarang baru nak pusing kepala..hehe.

Satu lagi sebab yang buat saya ambil tahu kerana artikel tentang artis melakukansumbang mahram untuk popular.Bila saya baca, ada commentor yang jelaskan bahawa artis tersebut dan lelaki tersebut adalah mahram. Cuma kita,orang Melayu selalu salah istilahkan hubungan tersebut.

Bear in mind that jika 

(1) Seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan lain,anak kepada lelaki tersebut adalah anak tiri kepada perempuan itu. Anak tiri (lelaki)merupakan mahram kepada wanita itu.

(2) Seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan lain,anak mereka merupakan saudara kandung kepada anak lelaki tersebut.(Sama bapa, lain ibu). Hubungan antara saudara kandung tersebut ialah mahram.


Kalau sama ibu tapi lain bapa? Itu kire saudara kandung ke saudara tiri ek?
 
Yang saya confirm kalau wanita tu ada anak berkahwin dengan lelaki yang juga sudah ada anak,then hubungan antara anak-anak tersebut ialah saudara tiri.

Ada siapa-siapa yang arif? Huhu...dulu belajar main-main.Sekarang dah tak tahu...Padan muka sendiri!




Mengidam makan coklat..erk, teringin je..

My niece baru je balik berhoorey hoorey di tanah seberang. Sebelum pergi dia tanya saya "Cikna nak kirim apa?" Saya pun hmmmmm.... Setakat Indonesia, apa je yang saya nak kirim. Nanti balik-balik kain pasang, telekung, batik Indonesia, kek rempah bla..bla..bla. Bukanlah eksyen cuma ada beberapa helai kain pasang dari Indonesia pemberian suami yang belum lagi dijahit. Dalam keadaan sekarang rugilah..kot saiz membesar berubah selepas bersalin nanti...hihi.

Teringat pula dah lama tak makan sejenis coklat ni. Hehe..kiranya bukannya kirim dari Indonesia. Setakat kirim beli coklat di airport..hehe. Saya pun dah lama tak pergi airport. Tak kuasa lah nak singgah duty free atau singgah airport semata-mata nak beli coklat je kan? Huhu..





Ferrero Raffaello

Adik beradik dengan Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Nutella dan Tic Tac. Tak percaya? Percayalah..saya baru je Google site diaorang..hehe. 

Rasanya Raffaello yang paling tak glamour kot. Sebab ada kelapa kering..hehe. Orang Malaysia ni suka makan santan je, kelapa tak suka...hehe. 

 Rupa paras sebenar Raffaello. 

Dulu rasanya baru nak cecah RM20 je sekotak. Sekarang dah hampir RM40 sekotak. Hmm...

Sebenarnya coklat feberet saya coklat murah je..
 
Gambar ini diGoogle

 Saiz paling kecil je..nama pun paling murah. Saya paling suka belek coklat tu, picit-picit sebab nak dapat kacang paling banyak...hehe.

Jadinya orang baru balik holiday bagi saya ni je lah.. Fridge Magnet. Siap demand nak yang rubber atau plastic punya. Tak nak yang batu sebab di rumah mak terlalu ramai budak bijak yang sorong kerusi sampai ke fridge, ambil FM, baling ke lantai dan gelak sepuas hati...huhu.

Anyway, terima kasih Cik Seri Gala :)

Wednesday, May 2, 2012

Apa nak buat bila kanak-kanak selalu menipu?

Saya baru je lepas mengamuk di dalam kelas Tahun 1. Sunyi sepi kelas jadinya. Kalau pensel jatuh, mesti berbunyi kuat punya..

Kebiasaan saya mula-mula masuk kelas ialah check homework murid. Setiap hari saya akan cuba beri homework hatta sekadar mewarna gambar, menampal worksheet atau menulis sepotong ayat. Pada Isnin lepas, saya pesan minta mereka tampalkan kertas yang sudah mereka buat di dalam buku latihan, mesti diwarnakan sekali.

Seperti biasa, saya akan pergi meja ke meja. Check setiap seorang. Kalau mereka warna tidak elok, saya minta mereka warnakan semula. Kalau tarikh tak tulis lagi, saya minta mereka tulis tarikh. Sampai ke meja murid S ni, dia beritahu saya "Saya tak bawa buku". Saya pergi ke meja lain dan pesan kepadanya, "Cari buku dalam beg. Entah-entah terselit dalam buku teks".

Sudah satu kelas saya pusing, saya kembali ke meja murid S. Dia masih berkata "Saya tak bawa buku". Saya denda dia dengan memukul dengan pembaris kuning itu di bahagian betis belakang dan berdiri selama 5 minit.

Seterusnya saya mulakan pengajaran saya. Selepas setengah jam P&P saya, saya berikan murid-murid worksheet. Arahannya "Warnakan perkataan yang serupa". Selepas siap, saya minta mereka hantar kertas untuk saya tanda.

Usai saya menanda kertas latihan mereka, saya pulangkan balik untuk mereka tampal di dalam buku latihan dan mengarahkan mereka supaya menghantar buku yang telah siap ditampal kertas latihan tadi. Satu lagi amalan saya ialah saya akan kira bilangan buku yang dihantar untuk make sure semua orang murid akan hantar buku. 2 orang tak datang, seorang tak bawa buku...ada 20 buah buku sepatutnya.

 Tiba-tiba buku ada 21 buah. Saya susun ikut kedudukan mereka. Buku murid S pun ada. Saya dah naik angin lah. Saya buka buku, kertas latihan hari Isnin tiada dalam buku latihan tersebut. Saya panggil dia jumpa saya. Saya tanya "Tadi cikgu pukul awak sebab awak tak bawa buku apa?"

Dia jawab "Buku BM 3"

"Ini buku apa?"

Saya tunjukkan dia buku BM3 yang sebelum tu dia kata tak bawa. Kemudian saya tanya "Mana kertas yang cikgu suruh awak tampal?"

Dia menuju ke tempat duduknya dan mengambil kertas tersebut di dalam beg. Dia tunjukkan saya kertas yang tidak siap diwarna dan tidak ditampal. Sakitnya hati saya.

Saya geram kerana dia berbohong. Memang betul-betul sakit hati saya.

Dia memang selalu tak siap kerja. Paling kuat pun, saya akan suruh dia berdiri 5-10 minit atau dipukul dengan pembaris kuning di belakang betis. Kali ini saya geram sangat, saya cubit 2-3 kali di belakang badannya.

Ini bukan kali pertama dia mencabar saya. Awal persekolahan dulu, dia tipu saya kata "tak tahan nak buang air". Insetad of pergi buang air, dia pusing satu bangunan dan bermain di dalam bilik air. Beberapa kali dia buat macam tu, saya haramkan dia pergi ke tandas waktu P&P saya tak kiralah apa alasan dia.

Adakah cara saya salah? Adakah setiap kali dia tak siap kerja, saya akan beri hukuman sehingga dia terpaksa menipu supaya dia tidak dipukul? Kenapa dia tak serik?

Gambar ini diGoogle. Credits to the owner


****** STORY II ******

Minggu lepas, dia beritahu ibunya yang Cikgu Mathnya sudah seminggu tidak masuk mengajar. Hari ini dia beritahu yang ibunya sudah meninggal dunia sedangkan sihat walafiat si ibu itu. 

Adakah dia ini kekurangan kasih sayang sampai perlukan perhatian sebegitu rupa?

Dont Drink & Drive

Beberapa tahun yang lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran telah memperlebarkan saliran (parit) di kawasan rumah kami. Oleh itu, semua titi digantikan dengan titi konkrit beserta dengan palang besi. Ishh...macam mana nak tunjukkan rupanya ye? Saya Google, tak ada pula yang serupa.

Malangnya kedua-dua palang kiri dan kanan titi kami sudah patah. Kalau balik rumah malam-malam, memang ngeri lah sebab susah nak agak kelebaran titi. Mujur juga rumah kami terletak di hadapan T-junction. Ada lah lampu jalan, terang sikit. Lebih-lebih lagi sekarang, ada construction di hadapan rumah kami.

Macam mana boleh tak ada? Sebab sikap pemandu yang cuai pada waktu tengah malam. Minggu ini saje sudah 2 buah kereta terjunam ke dalam parit di depan rumah kami. Kesian betul dengan sign board depan tu. Bulan lepas ada orang buat vandalisme dengan spray no phone sebesar alam. Baru je ditukar, kena langgar. Lepas tu kena langgar lagi... Kalau kena langgar sekali lagi memang rebah ke bumi lah jawabnya.

Semuanya disebabkan pemandu mabuk. Biasanya pada jam 2-3 pagi. Palang besi yang pertama dilanggar sebuah kereta. Kuat betul berdentum masa tu. Terus patah palang besi tu...ish..ish..ish. Masa tu kami pun jakun jugak lah.. Ada accident dengan rumah kan? Bila tengok mabuk, hmmm..nak cakap apa kan?

Palang besi kedua oleh sebuah lori. Dah nak subuh dah time tu. Entah macam mana dia amik corner pun tak tahulah... Siap terjunam dalam parit lagi.

Kajadian minggu ini, suami saya yang dengar. Saya tidur mati..hehe. Dia yang pergi tengok. Saya tak larat nak tinggalkan katil empuk saya..hehe.

Kejadian kedua pula, saya yang sedar. Dengar juga kereta tu cuba reverse. Tapi tersangkut pula di serpihan batu konkrit di bawah kereta. Memang tak ada harapan nak melarikan diri lah. Kami pun dah malas nak tolong. Sebab tak ada cedera apa pun. Kereta je yang rosak.

Bukanlah tak berhati perut tapi kalau dah pemandu tu mabuk, cakap banyak pun tak guna. 


Pesanan Penaja : Dont Drink & Drive