Thursday, April 26, 2012

Terasa ringan tangan bila...

tak pakai jam. Hehe... Ada yang ingat ringan tangan saya nak penampar anak orang ke? Hehe...

Owh, sebelum tu nak cerita juga kisah rasa 'ringan tangan' je anak murid hari ini walaupun bukan berlaku pada saya. Kisahnya murid Tahun 1 kelas yang saya ajar mengadu dengan emaknya yang cikgu Math dia dah seminggu tak masuk kelas. Emaknya pun pergilah mengadu dengan pentadbir tentang hal tersebut. Hakikatnya cikgu tu takde pun tak hadir malah siap bagi homework lagi. Bila ditanya kenapa dia cakap macam tu kepada emaknya..dia jawab dia terlupa. Sedih betul cikgu Math dia. Ibu-ibu, kalau anak bercerita tu silalah kaji dulu ye? Janganlah percaya bulat-bulat...huhu.

Back to the topic. Saya jenis orang yang mesti nak pakai jam jika keluar rumah. Rasa macam 'ringan' je tangan ni kalau tak pakai jam. Dah jadi kebiasaan agaknya.

Sedihnya jam kesayangan saya kini sudah rosak. Namun masih disimpan dengan baik. Hadiah daripada mak dan arwah abah kerana result baik saya dalam PMR dan sebab berjaya masuk boarding school. Hanya tahun lepas barulah rosak. Dari tahun 1998 jam itu dibeli sehingga 2011, cuma tukar bateri 3 kali je. Walaupun bukanlah jam yang terlalu mahal, nilai sentimentalnya memang priceless. Tapi kire tu jam saya yang paling mahal lah berbanding sebelum tu pakai jam 'Boy London' (glamour mase saya sekolah dulu...) harga RM10..hehe.

Sumber : Google

Lebih kurang macam ni lah. Kelakar kan? Siap dengan minit-minit sekali..hehe. Masa tu tak nak jam digital sebab konon dah grown up :p

Ada juga beberapa jam lain tapi semuanya tak kekal lama. Yang ni juga kekal sampai hari ni (walaupun rosak). Memandangkan sekarang dah rosak, terpaksalah cari jam baru. Sekarang ni pakai jam plastik je. Pin jam pun takde, konon pandai sangat tengok jam. Sudahnya kadang-kadang tengah malam tak nampak pukul berapa. Owh, kadang-kadang letak jam tepi bantal kalau handphone tengah charge. Nak harap jam dinding, masing-masing rabun. Jangan kata nak tengok jarum jam, jam pun tak nampak..hehe. Redha jelah sebab itu pun hadiah pemberian kakak ipar masa kawin dulu..hehe. 

Tuesday, April 24, 2012

Pergi Berurut

Actually inilah first experience saya pergi berurut. Mak saya memang tak galakkan sangat pergi berurut. Sebabnya saya kurang pasti. Kalau dah berkahwin dan bersalin, memang mak saya galakkan pergi. Masa nak kahwin dlu pun, saya tak ada masa nak manja-manjakan diri untuk mandi susu, mandi rempah bagai...mandi air paip je..hehe. Manicure, pedicure pun tak sempat..hehe. Banyak urusan yang lebih penting perlu saya settlekan.

Semalam rasa sakit yang teramat sangat di bahagian pelvic saya. Macam yang pernah saya coretkan dalam entry tentang muscle pain ni, sakitnya sampai mengalirkan air mata. Mula-mula malaslah nak mengadu dengan suami tapi bila tahan sakit sampai berpeluh-peluh, tak boleh jadi lah kan?

Dapat pula suami yang kuat membebel. Dia suruh saya pergi jumpa bidan untuk perbetulkan laluan baby. Saya memanglah malas tapi tak kuasa nak bergaduh dengan dia. Malam-malam sebelum masuk tidur, saya suruh ipar saya yang baru bersalin untuk set appointment (kelas jah...set appointment!) dengan bidan untuk berurut.

Entah apa nasib pagi tadi, nak start enjin kete tak boleh pulak! Saya dah gabra habis. Mane lah saya tahu nak buat kan? Nak kata bateri problem, saya baru je tukar bateri pada bulan November yang lepas. Saya pun call service centre tu dan minta mereka datang tengok-tengokkan. Setengah jam juga tunggu centre tu buka, baru boleh call. Mujur cepat je diaorang datang. Diperiksa-periksa, bateri tu yang problem. Legalah hati saya, bukan sebab rosak yang lain. So, mereka replace dengan bateri lain sebab still under warranty.

Sampai je di rumah bidan, ipar saya pun ikut sekali sebab anak sedara saya tu demam. Dah 2-3 hari tak kebah-kebah. Teori mak ipar saya tu maybe sebab selalu sangat diangkat-angkat oleh pakcik-pakcik dia. Yelah, cucu pertama kan? Orang seronok nak peluk cium. Kalau dah ramai nanti, tak kuasa nak kendong ke hulur ke hilir..hehe.

Saya cakaplah di bahagian mana yang berasa sakit. Makcik Atik tu mulakan dengan urut kaki dahulu. Bila sampai di belakang lutut saya, katanya urat kaki saya tegang. Banyak berdiri ke...soalnya. Saya angguk je. Yelah, jadi cikgu mane boleh duduk. Itu pun saya duduk juga. Tak larat. Tak boleh duduk lama-lama pun sebab ajar murid Tahun 1, kelas hujung pula tu. Banyak akalnya. Kalau tak round mereka buat kerja, jawabnya memang tak siaplah. Cikgu nak menyinga dah tak kuat dah.. Nak menjerit buat sakit perut je. Saya tambah 'agaknya sebab saya dah gemuk juga kot...'. Yelah, dari berat saya dalam 50-52kg sekarang sudah 62kg. Tak biasa bawa badan berat..huhu.

Bila sampai ke pelvic saya, rasa nak menjerit pun ada. Katanya itu bukan kawasan baby. Memang problem dengan urat. Kemudian dia 'kumpulkan' baby saya ke laluannya. Kemudian barulah saya tak rasa sakitnya.

Alhamdulillah, sekarang dah rasa OK sikit. Tak rasa sakit lagi. Makcik Atik ni orang Indonesia tapi sudah menetap lama di sini kerana berkahwin dengan orang tempatan. Anak dia tadi pun, ada lah kot dah Form 1. Dia bukanlah bekerja sebagai tukang urut tapi kalau ada yang hendak berurut, dia boleh tolong urutkan. Kire she's not doing this job for a living lah. Mak saya yang berurut sekali pun rasa sedap dengan urutan dia.

Mak suggest tempah je Makcik Atik ni untuk urut saya lepas bersalin nanti. Cuma tak tahulah macam mana sebab Makcik Atik ni setiap kali cuti sekolah, balik ke kampungnya di Indonesia. EDD saya pula dekat-dekat dengan cuti sekolah. Tengoklah dulu macam mana..


Wednesday, April 18, 2012

Lagi kisah kanak-kanak kene injek

Saya rasa tiap-tiap tahun saya akan update cerita kanak-kanak kene injek ni kan? Maaflah, terlalu malas nak selongkar rumah lama cari entry yang serupa..hehe. Kali ni, kisah di sekolah baru. Lagi macam-macam auta.

KISAH 1

Bila kawan-kawannya kene injek, tiba-tiba dia kata pada cikgunya dia tak sihat. Cikgunya yang sedang sibuk mengawal kawan-kawannya yang lain pun pesan supaya dia pergi berehat di bilik guru. Di bilik guru, dia minta pada guru untuk telefon ibunya kerana mahu pulang. Bila ditanya kenapa dia mahu pulang. dia jawab

"Saya sakit jari"

sambil menunjukkan jari telunjuknya. Hehe..

KISAH 2

Untuk murid lelaki, ada pemeriksaan 'bird' dia orang. (saya pun tak pasti untuk apa..lupa nak tanya nurse). Datang seorang murid, beriya-iya menggeleng tidak mahu diperiksa. Siap menjerit-jerit lagi. Nurse pun tenangkan dia. Nurse kata "Misi bukannya nak sunat awak".

Nurse pun dengan confidentnya unzip seluar dia. Last-last nurse yang terkejut sebab dia pakai pampers! Hehe..bila ditanya kenapa dah masuk sekolah masih pakai pampers, dia jawab dia kecil lagi. Actually kami memang tahu dia pakai pampers sebab awal-awal persekolahan dulu, kerap sangat dia 'terbabas'. Puncanya kawan-kawan takutkan dia kata ada hantu di sekolah. Sudahnya murid ni memang takut sangat nak ke toilet apatah lagi masuk ke cubicle toilet tu. Last-last mak dia pakaikan pampers. Hehe..

Macam-macam budak-budak ni kan? Tapi cute je memasing :)

Thursday, April 5, 2012

Kenapa anda mesti logout account bila guna shared computer?

Hehe..rasanya semua orang tahu. For security purpose.

Ada orang tulis password panjang-panjang. Ada pula yang tulis password yang mudah tapi guna alphanumeric character. Ada orang gantikan huruf a dengan 4, ada dengan @..terpulang pada citarasa masing-masing. Tapi semua password yang panjang berjela atau susah tahap gaban tidak akan bermakna jika anda tidak logout apabila menggunakan shared computer.

Lebih-lebih lagi dalam persekitaran sekolah seperti saya ni. Dengan bantuan CCTV (ada CCTV ok dlm my lab..tak sompek nak tidur-tidur dan bermalas-malasan..huhu) dan monitoring software, senang nak 'kacau' user. Macam hari ni, dapat relief murid Tahun 6. Masuk-masuk je diaorang terus serbu nak buka Facebook. Mujur cikgu dia hebat sikit daripada diaorang..haha. Habis semua kena lock. Bila ajak diaorang buka Astro TutorTV, cam belajar-belajar sikit..diaorang tetap gak corner kot lain. Bila buka Sains Comot, terus melekat tak tukar site lain! *blaja korang tak nak ye!...rotan karang*

OK..back to the topic.

Pagi-pagi ni saya on 1 PC, saje nak buat PC scanning. Sambil menyelam minum air..hehe, saya try login Google email. Sekali tengok inbox saya ada almost 800+ unread message. Ish...spam ke? Tiba-tiba saya tengok username saya nama orang lain.

Bukan sengaja nak tengok tapi tertengok..lepas tu, memang tengok lah. Haha... tak boleh tahan, orang yang kita kenali..sopan santun, baik. Sekali profile picture...fuyyo! Gambar captured guna webcam. *terpulang kepada imaginasi anda..hehe* Inbox pula, penuh lah.. yelah dah 800+ kan? Ada newsletter dari site, Groupon dan paling kelakar dating invitation! Hehe...nak tergelak-gelak pula saya tengok.

Tiba-tiba diserang rasa bersalah pulak. Saya pun logout email tu dan saya login email saya.

Bila saya terserempak dengan pemilik email tu, mesti saya rasa nak senyum meleret sampai ke telinga. Tak tahanlah...



Sebab tu lah anda kena logout account bila guna shared computer supaya orang yang tak sengaja terbuka account anda tu tak senyum macam orang gila!