Friday, March 30, 2012

Nafsu makan ketika mengandung

Sejak mengandung ni, nafsu makan memang tak boleh ditahan-tahan. Awalnya bukan sebab teringin sangat nak makan itu dan ini, cuma mengelakkan daripada rasa heartburn saje.

Since dapat tahu pregnant, tiba-tiba je mesti nak makan. Dah tu tak boleh makan lain-lain, mesti nak nasi. Tak kisahlah nasi putih atau pun nasi goreng. Kalau makan mee, kuey tiaw, roti atau menu-menu lain mesti lapar sangat jadinya. Pernah sekali makan roti saje malam tu, esok pagi-pagi bangun dari tidur..kepala berpusing-pusing dan muntah teruk sampai 4-5 kali. Agaknya sebab tu lah berat naik yang melampau-lampau sangat jadinya.

Bila dah lepas 1st trimester, tekak ni rasa nak makan western saje. Cam omputeh lak anak aku ni..hehe. Paling saya suka, makan lasagne. Entah apa yang sedap sangat tapi setiap kali ke western restaurant, mesti nak order lasagne. Konon nak belajar buat sendiri tapi nak cari kulit lasagne, tak pernah jumpa. Maklumlah, saya ni duduk kampung. Setakat macaroni, angel hair or spiral biasa tu ade lah jual (ke saya yang tak tahu nak beli..hehe)

Tukar-tukarlah lasagne, pizza, burger dan beberapa western menu lain. Dah OK sikit kalau tak makan nasi, just sekali sehari tu mesti makan nasi. Lagipun misi pesan, 1 hari makan 6 senduk nasi je. Sampai sekarang saya hafal sifirnya
1 hari makan 6 senduk nasi.
4 keping roti putih bersamaan dengan 1 senduk nasi.
6 keping biskut kraker bersamaan dengan 1 senduk nasi
Kire saya ikut sifir misi ni untuk maintain berat badan selepas kejadian berat badan naik melampau tu.

Sekarang ni, barulah nak makan lauk tempatan. Hehe.. Saya ni kurang makan ikan. Kalau dapat makan seekor ikan tu, mesti saya cakap dengan mak saya "Mak, Ana makan ikan sekor hari ni". Haha..teruk betul. Sekarang kurang sikit makan ayam. Tiba-tiba je ikan jadi macam sedap sangat!

Selain tu, barulah ada selera nak makan char kuey tiaw lah, kuey tiaw Hongkong lah, Tom Yam Kung lah dan macam-macam lagi. Paling kelakar sekarang ni tengah sibuk cari kuih pau. Time ni lah susah nak cari kuih pau sedap. Nak beli pau cina macam tak tergamak pulak nak makan..hehe.

Untuk kali ketiga dalam 2 minggu ni, saya dok belasah menu ni

Curry Seafood Laksa

Tak pernah habis pun makan semangkuk ni pun. Tengoklah saiz mangkuknya. Dah tu pedas giler! Lebih kepada seronok nak hirup kuahnya saje. Teruk betul!

Akibatnya, jadi gemok...hehe

Gambar 2 hari lepas...

Harap dapat kuruskan badan selepas bersalin nanti. Nanti hari-hari kene ejek dengan laki I. Tension tau...huhu. Dahlah dia kata hidung I kembang...huhu.

Thursday, March 29, 2012

Innocent sangat pun tak bagus sebenarnya

Baru balik dari check up 28 minggu. Haha...benci betul bila bersikap jujur. Adeh..nampaknya kena pasang strategi ni.

Orang kata tak faham kena tanya. Jadi, saya yang lurus bendul ni pun pergilah tanya doktor.

"Doktor, berat saya dah naik lebih 10kg ni. OK ke?"

Doktor pun check last update dan mendapati ketika check up yang lepas, berat saya naik lebih 5kg dalam masa 7 minggu, terus dapat appointment minum air gula! Kalau tahu doktor akan suggest minum air gula, sumpah saya tak bukak mulut pasal berat badan. Hahaha...

So now, it's confirmed. Not only pregnant makes my weight reach up to 50 kg but now, sudah 60.2 kg. Omaigod! Untuk mengurangkan rasa bersalah, siap tanya doktor berat baby. Dengan harapan kalau bapaknya ejek lepas ni, bolehlah cover dengan mengatakan yang baby dia pun sama naik juga. Haha...tak guna punya mak. Blame baby pulak ye!

Anyway, berat baby for this week sudah reach 1.38 kg. Kalau ikut dalam buku yang saya baca, baby in this week beratnya dalam 2.3 pound or 1.043kg. Kire OK lah tu kan, baby?  

So far, yang lain takde masalah...Alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Wednesday, March 28, 2012

Rindu zaman U

Kesempatan menghantar anak sedare saya balik ke kolej semalam membuatkan saya rasa rindu dengan zaman semasa di UTM. Terasa best je..haha.

Manakan tidak, masa tu kan baru belajar 'nak hidup'. Semua benda pun saya explore dan buat. Hmm..

Kesempatan berbual dengannya, barulah saya tahu bahawa kelas-kelas di UiTM macam kelas di sekolah. I mean mereka duduk di satu kelas, lecturer yang masuk kelas. Compared to us, kita yang pergi cari lecturer. 15 minit lecturer tak masuk, masing-masing blah...hehe. Bestnya sebab kita boleh pergi fakulti orang lain.

Ingat lagi masa 1st sem. Ambik subjek Digital Logic. Lecturer dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Bila kelas, memanglah di fakulti tiba-tiba nak ambik exam, kena pergi dewan kuliah di Fakulti Elektrik. Exam sekali dengan budak-budak Elektrik. Masa tu mana ade kete, motor ke...bas pula tak berapa boleh nak harap. Kolej kediaman jauh pula tu. Berjalanlah berduyun-duyun minah-minah KRP pergi ke Fakulti Elektrik dengan ayu berbaju kurung. Datang sana, budak-budak Elektrik yang rata-ratanya lelaki tengok je kiteorang. Haha..ayu beb!

Kami pun selalu juga ada kelas di Fakulti Pendidikan. Dahlah fakulti saya di atas bukit. Turun tangga tanah ke dewan kuliah N29, lintas jalan singgah Pusat Komputer D7, lintas lagi baru jumpa Fakulti Pendidikan. Tak masuk berjalan kaki dari kolej kediaman. Sebab tu I kurus kot time tu...hehe.

Tak thrill lah kelas dekat-dekat. Sebelah kolej kediaman je. Patutlah budak-budak sekarang pergi kelas berfesyen macam nak pergi shopping complex. Dengan tudung berpintal-pintal macam nak serkup muka sendiri, pakai high heels bagai..make up 3-4 inci. Time kiteorang dulu, sarung jeans dengan T-shirt je. Nak jalan kaki jauh ni, siap nak kena daki bukit. Berpeluh-peluh masuk kelas. Tak sesuai dengan fesyen budak-budak sekarang!

Hai...rindulah pula dengan UTM ni. Bilalah nak datang lagi. Last time masa datang ke UTM dengan kawan, wajib singgah Tasik UTM. Bagi makan kat ikan yang lapar macam piranha!

[Gambar diGoogle] Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai 

Monday, March 26, 2012

Rasa tua bila anak sedare bertunang

Hai..terasa tua pula. Anak kakak saya juga merupakan anak sedare pertama saya sudahpun bertunang. Rasa macam baru je semalam nampak dia jalan terkedek-kedek..huhu.


Nilah anak sedare saya. Namanya Sara.  Beza umur dia dengan saya hanyalah 5 tahun. Dia lah penyebab utama saya menjadi mak cik pada usia yang sangat mentah. Mujur saya bijak, umur 5 tahun sudah pandai tulis pangkat saya 'Acik Ana'..haha!

Dia dan adiknya lah yang selalu menjadi bahan saya...masa saya muda-muda tengah 'panas'. Kejenya mencubit orang je.. Haha, kesian kamu budak-budak! Sekarang saya sudah bertaubat..tak cubit diaorang dah. Saya cubit anak murid saya je..hehe. 


Cik Sara (dengan baju pinjam) dan barang hantarannya 

Katanya kaler pink tapi macam lebih kepada merah je..hehe. Baju tu baju saya. Yelah, sekarang kan tak muat. Haruslah baju cantik dikongsi bersama. Owh, biasa je bab kongsi baju ni. Selalunya dialog macam ni keluar 'Eh, macam kenal je baju ni'. Haha... Lagipun saya pun baru pakai sekali je baju ni. Dalam keadaan sekarang, baju saya semuanya tersimpan. Baju mak saya yang saya selongkar..hehe. 

 
Kakak sulung saya yang sentiasa tersenyum gembira. Mesti dia sedih sebab dia dah tua. Haha..yelah, anak dia dah bertunang. Tak lama lagi, insyaAllah akan berkahwin pula. 

Cincin haruslah berbatu, senang nak tumbuk muka orang yang kacau tunangan orang ni. Haha... Kena jual mahal dah dengan orang lain. Tak leh nakal-nakal dah.. separuh diikat.. hehe. (Separuh je...)


Ni lah si jaka-jaka yang telah mengikat dia.. Bolehlah tahan. Tak boleh puji lebih-lebih..sebab tak confirm lagi. Yelah, belum tunjuk belang..hehe. 

Kepada Cik Sara & En Acai, selamat menempuh alam pertunangan yang penuh pancaroba. Kuatkan hati dan jika ada masalah, bawa berbincang dan berfikir secara rasional. Hish..panjang nasihat nak bagi ni. Nanti jelah kita stori mori together-gether OK? 


Wednesday, March 21, 2012

Tahniah MRSMJ..

Tahun ni macam tak ada je saudara mara yang amik SPM. So, tak kalut lah bila SPM nak tanya mak "Anak sape amik SPM tahun ni?"..hehe. Anyway, tahniah lah kepada adik-adik yang mendapat result yang cemerlang. Semoga rezeki yang lebih baik akan dapat dengan berjaya masuk ke U, dapat scholarship dan seterusnya.

Teringat masa saya amik result SPM dulu. Naik bas dengan Cik Mala. Mala tu kawan sekolah saya dari Tahun 1. Kami mula sekelas bila Tahun 4 sampailah Form 3. Bila masuk boarding school, dia amik aliran Rekacipta, saya amik aliran Sains Tulen.

Bila sampai, dah ramai kawan-kawan yang menunggu di dewan. Result dah diumumkan, kami agak lewatlah kiranya. So, terus je pergi ke meja -meja nak amik result dan dapatlah result. Saya punya senyum sampai ke telinga. Bukan sebab dapat straight As pun...sebab Add Math lulus. Mala lagi gila... Add Math dapat A1. Haha...

Add Math saya masa Form 4 tak pernah lulus. Bila Form 5, ada lah lulus cukup-cukup makan. Duk asrama mana ade tuition. Tapi cikgu-cikgu saya...bertuah betul saya bercikgukan mereka. Dedikasi! Tak pernah kenal erti penat dan putus asa. Saya sendiri pun putus asa belajar Add Math..rasa macam susah gila!

Semua subjek wajib saya dapat A dan subjek elektif dapat B. Alhamdulillah... Walaupun begitu, saya tetap kena marah dengan ustaz saya sebab dapat A2 untuk subjek Pendidikan Islam..hehe.

Anyway, buat masa ni sekolah saya masih maintain yang terbaik. Syabas kepada cikgu-cikgu saya!! Mereka memang berdedikasi. Semoga Allah jua yang membalas jasa kalian.

MRSMJ tetap di hati :) eh...UTM gak.. eh..semua sekolah saya lah!!

Muscle Pain rupanya..

Petang macam ni dapatlah menggodek blog yang terbiar lama ni. Saje create header baru sebab buruk benar kaler hijau dgn purple. Now, nampak biru macam damai je..tu yg pakai free template kaler biru. Header tu godek-godek sikit..setengah jam dah siap. Malas nak buat nak susah-susah sangat..hehe.

Tadi ke klinik dapat antibiotik. As I mentioned earlier, sebab kurang minum air. Owh, one more thing..since pregnant ni I'm sweating like a pig! Ditambah dengan heart beat yang tinggi waktu sekarang, cepat badan rasa panas. Heart beat memang lebih 100 je lah kan... Mujur duk dalam air cond..tapi still kena minum banyak air kan?

Doc nak bagi panadol tapi sebelum pregnant ni pun, saya tak makan Panadol. Jadi saya refuse. Buat pertama kali dalam sejarah, medical charge tak sampai RM10. Best je rasa...hehe.

Sempat juga mengadu dengan doc kerana rasa sakit di bahagian kidney saya. Mana lah tahu, effect daripada sakit tadi. Sebelum ni ada juga rasa sakit seperti tu. Tapi doc kata itu muscle pain. Saya Google dan dapat info ini [Pelvic Pain During Pregnancy]. Good for pregnant mums lain juga.

Dah 27weeks rupanya.. rasa macam cepat pula masa berlalu. Membaca tentang sakit bersalin, saya jadi gerun pula..huhu

Akibat kurang minum air

Hari ini saya MC. Sebab apa? Salah sendiri... Saya rasa sakit yang  keterlaluan semasa nak buang air. Dan saya tahu sebabnya. Saya kurang minum air.

Terdapat banyak punca berlaku kencing kotor ni. (Saya pun baru Google di website Dr. Zubaidi). Mungkin juga ada beberapa punca lain yg menyebabkan terjadinya kes ini. Saya perhatikan sejak sibuk dengan projek barcode saya, saya jadi khusyuk dengan kerja saya sampai terlupa nak makan dan minum. Bukan tak bawa bekal air dan makanan tapi kononnya mahu menjadi tauladan kepada anak-anak murid (tak boleh makan dan minum di dalam makmal), saya pun lupa nak minum air. Dah lapar sangat, baru saya berhenti dan makan.

Lagipun, kedudukan makmal yang terletak jauh dari peradaban manusia tu..agak jauh dari tandas guru. Paling dekat, tandas murid lelaki. Tak tergamak saya nak masuk tandas murid lelaki. Kalau murid perempuan tu, harus juga saya 'pejam'kan mata. Adalah kot dalam jarak 70meter, kemudian harus naik tingkat 1. Dalam keadaan sekarang, jalan pun dah macam penguin (akibat gemok..huhu), seksa juga. Kata orang, 'bercinta' nak pergi buang air!

Mungkin sebentar lagi saya akan ke klinik. Sebelum ni, pada check up yang lepas, JM dah marah saya untuk hal yang sama tapi yelah, masa tu tak sakit. Sekarang dah sakit, pandailah cari ubatnya sendiri.

Sumber dari Google

(Teringat anak murid yang suka kepit tangan di celah sana dan terhenjut-henjut sambil minta izin nak pergi tandas sebagai tanda dah tak tahan bebenor lah tu...hehe)

Friday, March 16, 2012

2 bulan tak berupdate..

Haha..kan dah melekat kat sarang labah-labah buatan sendiri!

Adui..dah hampir 2 bulan tak update blog. Dalam tak update tu, bertambah juga followers saya. Ishh.. entry thn ni baru nak masuk 10. Anyway, TQ lah sudi datang ke blog tak berapa nak siap ni..hehe.

2 bulan tak update blog. Apa yang terkini tentang saya? Haha...budget ada orang nak amik tahu. Eh, ada je yang nak amik tahu. I kan ramai 'pemenat'..hehe

1) Sudah gemok

    Ini telah dibuktikan dengan gambar di bawah ini.

Haha...budak gemok! 

banding dengan gambar masa zaman kanak-kanak


Jenuh nak kasi kurus balik macam ni..haha. Takpelah anak, mak kamu ni rela gemok asalkan kamu sihat!

2) Busy gile

   Ini adalah punca utama kenapa saya tak update blog ni. Konon nak make over dulu baru nak update. Haremmmmm!!! Sudahnya tak berupdate. Boleh je nak update thru phone tapi tak feel lah update pakai phone *alasan*. 

Projek terbaru saya ialah buat barcode untuk sekelian manusia di sekolah saya. Ada lah kot dalam 800 orang. Gile U! I buat sorang... 

Al-kisahnya sekolah saya ni terpilih untuk mewakili Negeri Darul Azim ni ke peringkat kebangsaan. Ada lah juga satu jenis sistem ni tapi scanner tak boleh nak baca code. Waa...sebagai Guru ICT yang berjaya, saya mula lah mendiagnos kenapa lak tak boleh nak baca. Erm..masalah hardware tak compatible dengan USB port. Dah lah tak ada matrix card untuk baca barcode. Nah...pandai sangat diagnos kiri kanan, kenalah buat kerja!

Uolss nak tahu, kalau nak outsource buat mende alah barcode ni kena charge almost RM1K tau! Botak GB I nanti. Biarlah kepala I yang botak...(sebab tu I lah kena buat kan?).. Baru siap barcodenya.. matrix cardnya tak siap lagi. Satgi I nak gi design matrix card dan print out. Vangga OK, 1 sekolah kena pakai apa aku design! Haha...cikgu baru yang gila kuasa!

Eh, dah lupa lak nak cite apa lagi. Perasannya macam banyak sangat nak stori mori.. Takpelah. Meh nak tunjukkan kat korang nombor tercantik yang saya jumpa dalam 800 orang tu. 


Kire cantik lah tu kan?

Yang kat bawah ni, apa pula? Ni pun barcode gak...jenis QR code. Amik henpon canggih korang dan scan code ni. Lepas tu save tau! Hehe... 


InsyaAllah, kita berjumpa lagi! :)