Tuesday, January 17, 2012

Nama pendek, Nama panjang

Saya tengah duduk di Makmal Komputer sambil memerhatikan seorang cikgu sedang mengajar anak muridnya mengendalikan komputer. Baru part nak isi maklumat untuk Sistem Log. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :

Soalan mereka kepada cikgu mereka.

"Nak tulis nama pendek ke nama panjang?"
Hehe.. nama budak-budak sekarang panjang ye? Dah nak eja nama sendiri pun payah. Erm, anak saya?? Mesti panjang juga. Abahnya yang nak..walaupun tak tahu jantina lagi. Hehe..

Wednesday, January 11, 2012

Image exceed bandwidth??!!

Hangin sungguh pagi-pagi ni online buka blog tengok background image blog purple saya ni jadi macam ni.


Arghhh! Kenapalah hari ini. Saya sangat busy, OK! Saya tak sempat nak godek-godek template ni semula. 

Konon-konon hari tu nak buat blog dengan 100% sentuhan sendiri. Puaslah saya belajar cara nak buat template sendiri. Last-last jadi macam ni. Blogger juga suruh upload image size around 1800X2100pxls. Sekarang kedekut bandwidth pula. 

Nanti bila saya sempat saya godek lah semula ye? For now, 'enjoy' lah dulu background image yang cunss ni..hehe.

<3 ya all

Monday, January 9, 2012

Lukis rama-rama

Hari ini belajar tentang rama-rama. Saya pun ajar murid-murid melukis dan berikan sehelai kertas kosong untuk mereka lukis. Sedang saya memantau kerja murid, terdengar perbualan mereka.

Murid A : Saya tahu buat rama-rama. Mama saya sudah ajar lukis.

Murid B : Saya pun tahu juga. Mak saya ajar.

Murid A : Memanglah Mak awak ajar tapi Mama kita pun ajar kita juga. *dengan nada tidak puas hati

Ishh..budak-budak ni. Macamlah mak korang sama sampai nak gaduh..hehe

Sunday, January 8, 2012

17 weeks pregnancy scan

Semalam membawa si Abah pergi ke klinik untuk melihat anaknya. Huahua..poyonya ayat!

Si Abah yang jarang-jarang sekali pulang tidak pernah hadir untuk mana-mana appointment doktor. Jadi kami pun plan, bila dia pulang nanti wajiblah kami pergi ke klinik untuk dia melihat sendiri anaknya yang sedang berenang di dalam uterus saya ini :)

It's still small..baru 17 weeks. Yet sudah pandai menggerak-gerakkan tangan sebagai lambaian kepada pertama kali 'bersua' muka dengan si Abah. Hehe.. Walaupun buku kata masuk 4 bulan dah boleh tengok jantinanya tapi anak I pemalu. Kakinya bersilang.

Subhanallah. Tak pernah terfikir akan ada dua jantung yang berdegup dalam 1 badan.

Ini bukan anak saya. Gambar dipinjam dari Google

Tak pernah terfikir yang akan rindu pada si kecil ni. Semoga kamu membesar dengan sihat ye baby! We <3 you

Friday, January 6, 2012

Yeay..weekend!

Yeay..sudah weekend! Lega....

Bukan tidak seronok duduk rumah sewa tapi di rumah sewa tak ada TV, tak ada internet. Ting tong kepala woo!

Nak men Internet kat sekolah, ada CCTV. Haha..kantoi nanti guru besau nampak. Nak update thru phone, wireless sekolah tengah problem pula. Nak download movie, line Internet sekolah tak lepas. Sudahnya aktiviti selepas waktu persekolahan ialah tawaf shopping complex. Ngee~

Itu pun 2 hari je dapat merayau. Lepas tu kena marah dengan laki pula. Haha..buatnya tak kena marah. Dari lepas balik sekolah sampai matahari dah nak terbenam baru nak balik rumah!

TV tu ada cuma bak kata housemate saya, TV rumah kami rendah diri sebab jiran sebelah menyebelah pasang Astro. Rumah kami pula tiada aerial luar. Harap aerial dalam rumah je. Sangap lah jawabnya.

Nak pasang Astro di rumah sewa macam tak berbaloi pula pasal weekend je, saya dah cabut balik rumah Mak. Streamyx rumah Mak pun ada baki kontrak lagi 6 bulan kalau nak terminate. Lagipun balik weekend boleh guna Internet juga. Nak pakai mobile broadband, housemate kata line tak berapa clear juga. Baik telco C mahupun telco M. Aiyo..macam duk hutan je.

Beli radio lah jawabnya..huhu. Laki pesan dengar ikim.fm..hehe. Haha...rasa 'terpukul' sungguh sebab dia tahu sangat isteri dia ni suka dengar lagu ntahapeapentah..hehe. Beli TV pun OK gak ek.. flat screen pun dah murah kan?

Dah tak sampai RM1K..kan? 

P/S : Sesi mengumpul aset sebelum masuk rumah baru..ngee!

Thursday, January 5, 2012

Sekolah Baru, Rumah Baru

Hari ini sudah hari kedua saya bertugas secara rasmi di sekolah baru. Portfolio masih sama dengan sekolah lama. Guru ICT dan Guru LINUS. Buat masa ini masih OK since murid-murid Tahun 1 masih dalam program Transisi.

Tak sama budak-budak tahun 1 sekarang dengan time saya sekolah dulu. Siap dia boleh mengajukkan cara kita bercakap. Sabar! Nak-nak semalam hari pertama. Mak bapak dia ada lagi di kawasan sekolah. Lepas ni, dah takde mak bapak dia nak berjaga kat sekolah tu, siaplah korang! Haha...cikgu jahat!

Di sekolah baru ini, sudah jadi 'kakak'. Haha..takkan nak maintain muda saje kan? Tak seperti mula-mula lapor diri di sekolah lama. Guru paling muda. Sekarang kawan-kawan sekerja siap tanya "Lahir tahun berapa?".. "Oo..kakak lah macam ni".. and suddenly terus dipanggil kakak dan saya pun terpaksalah membahasakan diri sebagai kakak. Sebab saya sentiasa menjadi adik dan jaraaaaanng...jaraaaaannngggg jadi kakak. Kekok rasanya.

Saya pun sudah berpindah ke rumah sewa baru. Siap beli katil dan almari. Poyo betul. Dulu masa mula-mula kerja, boleh aje tido atas Toto. Tak apalah sebab kalau rumah dah siap, tak adalah nak beli katil lagi untuk bilik tamu. Almari pun beli untuk baby. Nanti senang nak letak baju baby. Lagi poyo! Orang lain geram tengok baju baby, saya geram tengok almari baju baby. Apa kah???

Baby sekarang, alhamdulillah. But I think I need more calcium since mengalami gusi berdarah dan kebas tangan. Nurse kata kena minum susu. I did tapi tak cukup banyak kot. Or maybe memang keturunan macam tu ye? Since mak saya pun masa mengandung ada masalah dengan gigi.

Cant update this blog lately since agak busy. Will squeeze time to do it later. See ya!

Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru, Blog Baru

Sedar tak sedar blog lama sudah mencecah hampir 2 tahun. Walaupun tidak menulis setiap hari tapi rasanya nak 'tutup buku' dulu lah. Buka lembaran baru.

Blog lama lebih kepada kisah suka duka dari zaman anak dara, tunangan orang dan kini bergelar isteri.
Blog baru ini biarlah bercerita tentang pengalaman baru dalam menempuh alam baru bergelar ibu pula.

Laman blog lama masih boleh dilawati di
MiszSephia ::Semuanya Tentang Kita::

Harap masih sudi untuk follow saya di sini dan tidak lupa untuk tinggalkan jejak di shoutbox/chatbox saya.

Terima Kasih :)

Mrs Sephia
Story Of My Life