Friday, August 10, 2012

Nuha di usia 2 bulan

Hari ini Nuha sudah 2 bulan 4 hari. Alhamdulillah.. Makin banyak ragam tapi makin manja. Ibu pun makin jatuh sayang dengan Nuha. Walaupun kadang-kadang tu gerammmmm je...



Pelik betul dengan Nuha ni. Baby selalu kalau masuk kete, kena air cond mesti mengantuk dan tido. Nuha ni pula bila masuk kete, kalau sebelum tu tido, terus segar biji mata dia. Dah tu malu-malu nak menguap, ala-ala takut kita nampak dia menguap dan buat pelbagai cara supaya dia tido, dia akan terus tahan biji mata dan meliar tengok luar. Memang perangai mak dia betul..kuat berjalan!!

Sekarang dah pandai buat tunjuk perasaan. Menangis lah sesuka hati dia walaupun susu dah beri, diapers dah salin, keadaan tak panas, perut tak kembung etc. Tapi mak dia lagi pandai..buat tak tahu. Hehe..last-last pandai juga dia diam. Biasanya menangis yang tunjuk perasaan ni taklah menakutkan sampai biru-biru ke..lagipun air mata tak keluar. Nak kelentong ibu lah tu!

Pandai juga menangis bila kena marah. Akibatnya nipples ibu ditarik-tarik.Bertuah punya anak.. macam mak dia juga, kuat berdendam. Haha.. Walaupun semua orang cakap Nuha ni muka abah dia, perangai dia memang perangai mak dia.

Perkembangan Nuha di usia 2 bulan, alhamdulillah nampaknya baik. Sudah pandai membalas senyuman. Sudah pandai memandang sesuatu objek bergerak sampai ke ekor mata. Sudah pandai menoleh mengesan arah bunyi. Namun kepalanya masih lembik. Kalau nak tido, mesti senyap. Bunyi orang buka lampu pun dia boleh buka mata tapi bila dah tido, bunyi mercun anak jiran sebelah meletup atas bumbung rumah pun dia OK saje. Perangai mak dia lah tu..tido mati. Sejak ada Nuha je, tak berapa sangat dah.


Pernah sekali dia nampak saya siap bertudung nak keluar, sebelumnya dia tido, kemudian Mak dan ipar yang tolong tengokkan dia mengadu yang dia mengamuk. Hehe..dah pandai tahu dia kena tinggal. Lepas ni jadi handbag ibu ye, sayang!

Semoga Nuha menjadi anak yang soleh, yang cerdik, sihat fizikal mental dan kuat semangatnya! Ibu dan abah sayang Nuha ketat-ketat.

Tertido selepas mengamuk. Tak sempat lagi nak pakaikan mitten dah cakar dahi sendiri. Tak pasal-pasal jadi Nuha Potter!


3 comments:

  1. haha..kiut betei die senyum jeling :))

    ReplyDelete
  2. memang takde rupa ko Pia..Pia ko katmana ni, kat simpang jeram ke?ingat raya nak jenguk ko..nanti aku roger2 eh Insya Allah

    ReplyDelete
  3. huhu..lepas ni harus nuha jadi bodyguard kalau ibu ronggeng2 ngan aunty mama,anty linda and nek dila..

    besau dah dia..smg nuha sihat sentiasa

    ReplyDelete