Monday, July 9, 2012

Suntikan 1 bulan Nuha dan berat badan si emak

Hari ini Nuha kena pergi injek untuk sebulan. Hepatitis B. Risau juga saya..ramai orang kata anak mereka demam lepas kena injek. Tapi misi kata injek ni tak demam. Berbanding baby yang kena injek sebelum Nuha (maybe 2 bulan), emak dia diberi ubat demam. Siap pesan "Sampai rumah terus bagi ubat ni", kata misi.

Kunun-kunun nak try guna car seat yang my sil beri pinjam. Kelakar je tengok dia dalam car seat tu..kecik je. Lupa pula nak snap gambar dia tadi. Bila dah siap install kat kete, sekali seat tu menghadap cahaya matahari..sudahnya minta tolong mak pegangkan aje lah sampai klinik.

Sampai kat klinik tadi, dia masih tidur. Misi suruh bogelkan dia untuk ditimbang pun masih mamai lagi. Bila dah duk atas penimbang, barulah dia fully awake kot. Menangis lah.. Dalam hati dah terdetik "Haa, you'll never know what will happen next.." Menangislah sampai masuk bilik injek, misi suruh pegang peha dia..HUAAAAAAHHHH!!! lagi kuat dia menangis. Haha..kelakarlah awak ni Nuha.. Nasib baik sekejap je..lepas tu dia sambung tidur lagi.

Sempatlah juga bawa mak saya pergi ke kedai, beli barang dapur. Sekarang dia tak mahu tidur di dalam crib ataupun atas tilam dia. Nak tido atas perut je.. Kononnya dia tak puas tido tadi. Masalahnya, ni dah lama balik dan awak tido pun masih nak berkelek lagi. Banyak akal lah budak kecik ni..

Tapi sebenarnya yang nak cerita sangat ialah berat saya dah turun! Haha..poyo je kan? Tulah..kat rumah takde weight scale. pergi klinik ni memang berdebar-debar nak tahu berat selepas sebulan bersalin.

Total kenaikan berat badan ialah 15 kg. 

Berat saya kini sudah 56kg. (Wuuhuu...). Dengan itu BMI saya sekarang ialah 

Sikit lagi nak masuk overweight. Apa tandanya tu ekk? Hehe..

Kena reshaping lagi affected area semasa bersalin hari tu seperti paha, lengan dan absolutely perut. Hehe.. Cukup-cukuplah badan naik masa mengandung hari tu. Nak turun naik masa solat pun mengah.. 

5 comments:

  1. baru sebulan mmg le kecik je dalam car seat tu...hihi.

    Jangan di biasakan pegang, nanti dia akan minta di pegang sentiasa, lagi susah kalau bawa kereta sorang dengan dia je.

    Panas? Cover atas dia takde eh? Akak tak perasan lak, rasa masa beri pinjam hari tu ada...huhu.

    Wah! Dah 56kg, akak maintain je 60kg ni, tak sambung2 diet, cam mano ni?...hihi.

    ReplyDelete
  2. oklah tu berat dah turun..:) aah betul kata kak yus jangan biasa pegang nanti dia manja...

    ReplyDelete
  3. x pe..kalu BF mesti bleh trn lg tu..

    ReplyDelete
  4. Kalau Su nak tahu dari anak pertama kakak sampai anak bongsu kakak tak pernah pegang anak masa kena injek - kakak macam ngilu dan tak sampai hati. Bila lagi anak menjerit air mata kakak dah luruh. Sebab kakak pun takut kena injek.

    Nuha boleh tahan nangis sekejap..

    ReplyDelete
  5. BF turun berat badan?saya tak pun :(

    ReplyDelete