Friday, July 27, 2012

Kesan pelukan terhadap bayi

Semua orang cakap jangan selalu sangat angkat baby tu, nanti dia manja..asyik nak berdukung je. Saya pun sebenarnya tak nak juga Nuha ni selalu sangat saya dukung. Apa kan daya, bila dia dah start menangis..sampai merah padam muka dia, sampai biru jari-jari dia..mau saya tak dukung dia. Terpaksa juga saya dukung dan pujuk dia.

Nuha pula kalau tak sedap perut (nak buang air atau kembung perut), dia suka diletakkan atas perut kami. Maybe sebab perut ibu abahnya panas, kurang rasa sakit perut dia tu. Masa di hospital arituh, dia tak boleh nak tidur terlentang, kami tidurkan dia dengan keadaan meniarap atas dada saya. 


Kita pun tahu khasiat pelukan antara suami isteri. Ini disebabkan bila kita memeluk seseorang, rembesan hormon endorfin yang bertindak untuk penahan sakit dan mengurangkan keresahan akan dirembeskan.

Bila saya peluk Nuha, rupanya kandungan oksigen dalam badan dia meningkat. Patutlah dia suka sangat dipeluk. Semasa dia kurang sihat, jika dipeluk, kandungan oksigen dalam badannya di paras SPO2 70-60 berbanding kita biarkan dia berbaring di atas katil, hanya sekitar 60-50 sahaja. (Ada yang lebih rendah daripada tu). Sekarang keadaannya lebih sihat, jika dipeluk, kandungan oksigen boleh mencecah ke paras maksimum.

Sebenarnya jika bayi normal, boleh jadi biru kalau kandungan oksigen di bawah paras 75. Tapi Allah Maha Berkuasa, disebabkan ada lubang di jantung Nuha (yang dipanggil Ventricular Septal Defect), badan Nuha boleh bertoleransi dengan kandungan oksigen yang lebih rendah daripada 75.

Kalau anak-anak yang normal, mesti oksigennya mencecah maksimum jika selalu dipeluk kan? Kalau kita orang dewasa dipeluk pasangan kita pun kita rasa happy, anak-anak kita mesti lagi happy kan? Mesti dia rasa disayangi, dihargai oleh ibu bapanya.

Yes Sir!

2 comments:

  1. Kelakarlah pulak auntie tengok Mummy awak Nuha. Itulah kenapa keluarkan boxing dari bedung:)

    Kakak pulak Su memang semua anak kakak selalu dukung. Kalau boleh sebelum tangis melarat cepat-cepat kami angkat. Pada kakak cara ini supaya anak tak terbiasa menangis. Tapi alhamdulillah kerana MIL kakak pesan kalau baby selalu dibiar menangis boleh jadi sawan tangis. Itu yg kakak takut. Tapi betul kalau cepat-cepat ambil kita juga yg mudah bila dah masuk 2-3-4 bulan dan seterusnya baby tak mudah menangis...

    Soal O2 tu ada kebenaranya juga Su.

    ReplyDelete
  2. betul tu sufia..maksud org jgn dipegang selalu tu dlm keadaan baby ok..mcm tgh main pun nak dukung..kalu baby dah start nak nangis memang bagus terus dipujuk..sbb nya nanti diorang rasa dibiarkan..

    ReplyDelete