Saturday, July 7, 2012

Cabaran menyusukan Nuha

Hari ni Nuha sudah genap sebulan. Cabaran utama saya ialah untuk menyusukan Nuha secara ekslusif. Rasa sangat bersalah jika tidak dapat menyusukan dia dengan susu badan. Untuk mengurangkan rasa bersalah saya, setiap hari pasti 1-2 sesi susuan dia saya akan berikan susu badan tidak kira dengan susu yang telah diperah atau direct feed. Tak pastilah boleh susukan secara ekslusif ke tak tapi ala-ala ekslusif pun bolehlah ye..hehe.

Nurse pesan ibu-ibu mesti susukan bayi dalam masa 1-2 jam selepas kelahiran. Macam mana nak susukan Nuha? Nampak pun sekali imbas je..dengan spek tak ada..terus Nuha dikejarkan ke NICU. Ilmu BF pun tak ada. Paling kelakar sehari selepas bersalin, saya pesan dengan suami suruh bawa breastpump. Time tu juga nak pump. Kena gelak dengan orang katil sebelah. Sebab dia kata kena urut dulu..hehe.

Kali pertama susu keluar, happy bukan main lagi. Padahal yang keluar tu 2-3 titik je. Lepas tu pump pun keluar 2-3 titik je, mulalah nak nangis. Memang frust sangat. Bila dah mula berurut, cik B pun dah mula bengkak..pump pun dah tak keluar apa. Sakit lagi ada.. Frust lagi.

Suami saya tolong tuamkan, rasa macam ada batu. Siap bergotong royong lagi. Dia pump sebelah, saya perah sebelah lagi. Sikit je dapat. Hari kelima Nuha di NICU, barulah dapat dibawa ke hospital untuk feed Nuha. Itu pun untuk sekali minum je. Dah tu bila nurse beri Nuha minum, maybe sebab rasa lain daripada susu formula yang dia biasa minum , banyak yang dia luah balik. Menangis jugak masa tu. Yelah, dahlah bersusah payah nak dapatkan susu tu, dia pergi luah pula. Lagi kesian sebab bila kita bawa susu untuk dia, tak adalah bekalan susu formula. Kalau banyak yang tumpah, nanti dia lapar.

Bila Nuha dah discharged dari hospital, memang kami belikan dia susu formula. Dalam masa yang sama, pump juga. Ada lah peningkatan sikit..sikit je. Sekali pump dapatlah 1oz. Nuha pula dah minum 50ml susu. Masih tak cukup. 2-3 kali pump, baru boleh feed Nuha. Dah tu, kalau lepas 3 jam between each pump session, susu tak boleh nak dapat 1 oz lagi..dapat kurang dari tu. Kira kalau sehari, 8 sesi menyusu dia.. sekali dua je yang dia dapat minum susu badan.

Bila saya asyik pump, saya terfikir pula..bila nak bagi dia bonding dengan saya sebab tak ada direct feed. Saya stop pump, bagi dia direct feed. Bila dia mengamuk tak cukup, saya top up dengan susu formula.

Macam-macam jenis makanan yang saya try untuk tambahkan susu badan. Oat, horlicks, lobak putih, kurma dan macam-macam lagi..sampailah saya rasa minum soya boleh tambahkan susu saya. Soya kotak tu saya belasah berkotak-kotak. Walaupun tak berais tapi sejuk (dari fridge) rupanya tak elok untuk Nuha. Saya tak rasa apa-apa tapi Nuha yang kena kembung perut. Menangis je sepanjang hari. Mujur masa tu abah dia ada. Kalau saya seorang, mahu saya pun nangis sama. 

2 hari saya tak susukan Nuha. Susu yang dipam terpaksalah dibuang, takut memudaratkan Nuha. Sedih betul..sebab masa tu susu banyak..banyaklah jugak kan?hehe.. Abah dia kata takpelah "tak payahlah kita susukan dia lagi. Bagi susu formula jelah.." Sedih gile masa tu. Rasa macam tak bertanggungjawab dan bersalah kepada Nuha kalau saya buat macam tu. Termenung juga masa tu..

Saya baca pasal set vitamin penyusuan yang banyak dijual di Internet. Mula-mula tu sceptical juga tapi saya rasa saya tak yakin saya mampu makan dengan baik. Yelah, dalam pantang banyak yang tak boleh makan. Macam mane nak dapatkan zat-zat berkhasiat tu semua? Best option, beli vitamin.

Sekarang tengah berusaha nak menambahkan susu badan. Rasa puas bila Nuha kenyang setiap kali lepas menyusu badan. Tak sama satisfaction bila tengok dia kenyang dengan susu formula. Saya ada baca artikel pasal seorang ibu yang tidak dapat menyusukan anak dia sehingga umur baby dia 8 minggu. Bila anak dia dah keluar hospital, anak dia tak mahu direct feed. Dia pump dan sampai sekarang, umur anak dia setahun lebih..dia masih pump susu dan dapat fully breastfeed anak dia walaupun terpaksa gunakan botol. Amazing kan? Jadi saya pun boleh buat macam tu.. saya MESTI cuba!

Gambar dicilok dari sini. Jealousnya tengok!!

3 comments:

  1. Insya Allah boleh Pia..usaha selagi boleh..

    ReplyDelete
  2. mula2 cuba direct feed dulu ana...teruskan cuba, selalunya bila anak dah biasa direct feed, susu lebih senang untuk di pump. Cuba dan cuba lagi....

    ReplyDelete