Thursday, July 12, 2012

Berapa banyak susu diberi untuk bayi?

Selang 2 jam, Nuha pasti akan merengek minta disusukan. Memang normal bayi seusia Nuha bangun setiap 2 jam dan menyusu. Soalnya sekarang, sebelum usianya sebulan kami dah beri dia minum 3 oz.

Semasa di dalam observation room dia di NICU, Nuha antara baby yang paling besar. Kerana Nuha ni lahir cukup bulan dan berat lebih 3 kg. 5 lagi baby yang dalam observation room yang sama. semuanya comel-comel sangat. Maybe ada juga premature baby. Untuk memenuhi keperluan susu dia, nurse beri dia sehingga 50ml susu bersamaan dengan 1.7oz (+- yang tumpah-tumpah lah kan sebab guna cawan). Pernah sekali Nuha kena bahan dengan nurse di sana sebab minum 3 cawan dalam satu sesi. Kiteorang pun tergelak sama sebab kalau orang dewasa yang minum sampai sekali 3 cawan, memang buruk perangai!

Sekarang di usia 35 hari today, 3 oz sudah macam tak cukup untuk dia..huhu. Tak sampai 2 jam dah start merengek dan bila cukup 2 jam tak dapat gak susu, menjerit sekuat alam. *tarik rambut* Sambil minum pun merungut, like kinda "Ibu ni lambatlah buat susu saya. Saya dah lapar ni"..

Saya pun Google lah berapa banyak kuantiti susu untuk bayi. Jom kita kira berapa kuantiti yang sesuai untuk Nuha.

Formula 1 : Berat bayi (dalam pounds) darab dengan 2.5



Formula 2 : Jadual di bawah


Kira Nuha minum ni masih normal lah. Kalau saya tambah 1oz lagi kira berpatutanlah ye?

Saya risaulah karang kalau terlebih minum jadi kembung perut atau muntah. Dahlah nak burp kan dia ambil masa yang agak lama. Kadang-kadang jadi kesian kat dia sebab lama juga saya tepuk belakang badan dia. Walaupun nurse kata kalau dia tak burp juga, sendengkan dia menindih perut (baring atas rusuk kanan) tapi saya ni sceptical sikit. Kadang-kadang bila anda baca terlalu banyak info pasal sesuatu perkara, anda akan jadi lebih mudah sceptical dan paranoid. Pernah tak rasa macam tu? Ke saya je yang rasa macam tu?..

Kita tengok dulu keadaan dia macam mana sehari dua ni. Kalau nampak cepat lapar, maybe saya akan tambah 1 oz lagi. Waa..Ini menjadikan usaha saya nak breastfeed dia makin mencabar. 

7 comments:

  1. Jujurnya, masa menyusukan anak dulu kakcik tak pernah ambil berat jumlah oznya!

    ReplyDelete
  2. Kakak macam kakcik janji anak nak kakak bagi aje... tambahan pula anak kakak masa kakak dlm confinement kakak fully breastfeed so agak-agak dia melalak sumbat je... hahaha... seminggu sebelum kakak naik kerja baru kakak bagi botol waktu siang dan malam masih fully breastfeed...

    ReplyDelete
  3. akak pun sama macam kakcik dan kakzakie. Tak pernah ambil tahu berapa oz nya, asal dia nak susu beri je. Tak kisah apa pun. Yang penting dia sihat.

    Akak mmg beri breasfeed je masa dalam pantang selalunya tak pernah beri botol, kecuali Aqil dululah. Setiap kali dia merengek, tak pernah tgk pun selang berapa minit atau jam, sumbat je mulut dia dengan tet*k, dapat hisap senyaplah dia. Dan tak kisah pun dia nak menyusu berapa lama, yg penting dia happy...hihi.

    Lebih kerap kita beri dia menyusu dari kita, lebih banyak susu yang akan keluar ana! Percayalah!

    ReplyDelete
  4. p/s: ana!!!! Buanglah Word Verification ni!!!! Lecehlah! Akak bukan robot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ade word verification ke? Haha..x sedarlah.. Bkn Ana comment kt blog sendiri. Anyway, TQ bgtau kak...

      Delete
  5. aah u tak bg direct bf ke?akak pun sama mcm kakak2 kat atas tu..bg je bila baby nak..sbb diorang lapar la tu..
    akak dah failed bf utk nina ngn khalisya..jd akak nak sgt utk sara..wpun tak exclusive..skrg dia dh 1t2b dia mnum fm kt rumah baby sitter je..kuatkan semangat ibu..

    ReplyDelete
  6. lepas beri susu mesti kena sendawakan...selalunya tak pernah kira,
    menangis lebih2 beri lagi susu...alhamdulillah sekarang dah makin besar...

    ReplyDelete