Tuesday, May 22, 2012

Ingat tak sempat..

nak makan durian rumah mak. Kalau dah namanya rezeki, tetap dapat..ye tak?

Beberapa bulan lepas, pokok durian 2 batang di rumah mak dah mula berbunga. Tak lama lepas tu, hujan lebat sangat. Banyak bunga durian yang jatuh ke bumi. Kira punya kira mak kata maybe bulan puasa baru gugur. Erm, dah lah bulan puasa. Maybe tengah berpantang juga. Tak ada rezekilah nak makan.

Kisah durian tahun lepas

Pagi Ahad hari tu, keluar-keluar pintu rumah je bau durian menusuk hidung. Harummmm.... Tengok-tengok ada 3 biji durian atas meja luar. Oleh sebab nak pergi membeli barang, kami biar jelah durian tu di atas meja. Mula-mula ingatkan ada orang sedekah. Yelah, duk kat luar je. Mak pun tak ada time tu.

Bila balik berjalan tu, saya nampak sebiji lagi durian dah gugur bawah pokok. Saya suruh husband pergi kutip. Dia tak percaya. Saya kata 'betul...saya nampak ada durian sebiji kat situ'. Then kami pun pergilah bawah pokok durian dan dapatlah sebiji lagi.

Excited lah husband saya, walaupun saya meragui sama ada dia makan durian ke tak. Tahun lepas, bila beriya-iya saya ajak dia makan durian dengan adik beradik saya..dia pun beriya-iya menolak. Bila tanya dia kata makan tapi bila diajak, dia tak mahu. Rupanya ada little secret pasal dia dan durian. Tak boleh cite..nanti dia malu. Saya pula kena rotan nanti...hehe.

Siaplah keluar kain buruk dengan pisau (je..parang takde..hehe), sesi mengopek buah durian. Bukan main lagi husband saya makan. Mula-mula pesan kat dia, jangan makan banyak-banyak (walaupun dia kata ada ubat) tapi sebiji tu memang tak cukup. Lagi pula kena share dengan saya. 2 biji juga dia makan, ada lah kot dalam 5-6 ulas. Saya makan 3-4 ulas je, merasa kata orang. Kalau makan, sure lebih lah kan? Nanti panas badan..saya juga yang susah kan?

Now, dah boleh bersalin dengan aman. Hehe..

5 comments: