Wednesday, May 2, 2012

Apa nak buat bila kanak-kanak selalu menipu?

Saya baru je lepas mengamuk di dalam kelas Tahun 1. Sunyi sepi kelas jadinya. Kalau pensel jatuh, mesti berbunyi kuat punya..

Kebiasaan saya mula-mula masuk kelas ialah check homework murid. Setiap hari saya akan cuba beri homework hatta sekadar mewarna gambar, menampal worksheet atau menulis sepotong ayat. Pada Isnin lepas, saya pesan minta mereka tampalkan kertas yang sudah mereka buat di dalam buku latihan, mesti diwarnakan sekali.

Seperti biasa, saya akan pergi meja ke meja. Check setiap seorang. Kalau mereka warna tidak elok, saya minta mereka warnakan semula. Kalau tarikh tak tulis lagi, saya minta mereka tulis tarikh. Sampai ke meja murid S ni, dia beritahu saya "Saya tak bawa buku". Saya pergi ke meja lain dan pesan kepadanya, "Cari buku dalam beg. Entah-entah terselit dalam buku teks".

Sudah satu kelas saya pusing, saya kembali ke meja murid S. Dia masih berkata "Saya tak bawa buku". Saya denda dia dengan memukul dengan pembaris kuning itu di bahagian betis belakang dan berdiri selama 5 minit.

Seterusnya saya mulakan pengajaran saya. Selepas setengah jam P&P saya, saya berikan murid-murid worksheet. Arahannya "Warnakan perkataan yang serupa". Selepas siap, saya minta mereka hantar kertas untuk saya tanda.

Usai saya menanda kertas latihan mereka, saya pulangkan balik untuk mereka tampal di dalam buku latihan dan mengarahkan mereka supaya menghantar buku yang telah siap ditampal kertas latihan tadi. Satu lagi amalan saya ialah saya akan kira bilangan buku yang dihantar untuk make sure semua orang murid akan hantar buku. 2 orang tak datang, seorang tak bawa buku...ada 20 buah buku sepatutnya.

 Tiba-tiba buku ada 21 buah. Saya susun ikut kedudukan mereka. Buku murid S pun ada. Saya dah naik angin lah. Saya buka buku, kertas latihan hari Isnin tiada dalam buku latihan tersebut. Saya panggil dia jumpa saya. Saya tanya "Tadi cikgu pukul awak sebab awak tak bawa buku apa?"

Dia jawab "Buku BM 3"

"Ini buku apa?"

Saya tunjukkan dia buku BM3 yang sebelum tu dia kata tak bawa. Kemudian saya tanya "Mana kertas yang cikgu suruh awak tampal?"

Dia menuju ke tempat duduknya dan mengambil kertas tersebut di dalam beg. Dia tunjukkan saya kertas yang tidak siap diwarna dan tidak ditampal. Sakitnya hati saya.

Saya geram kerana dia berbohong. Memang betul-betul sakit hati saya.

Dia memang selalu tak siap kerja. Paling kuat pun, saya akan suruh dia berdiri 5-10 minit atau dipukul dengan pembaris kuning di belakang betis. Kali ini saya geram sangat, saya cubit 2-3 kali di belakang badannya.

Ini bukan kali pertama dia mencabar saya. Awal persekolahan dulu, dia tipu saya kata "tak tahan nak buang air". Insetad of pergi buang air, dia pusing satu bangunan dan bermain di dalam bilik air. Beberapa kali dia buat macam tu, saya haramkan dia pergi ke tandas waktu P&P saya tak kiralah apa alasan dia.

Adakah cara saya salah? Adakah setiap kali dia tak siap kerja, saya akan beri hukuman sehingga dia terpaksa menipu supaya dia tidak dipukul? Kenapa dia tak serik?

Gambar ini diGoogle. Credits to the owner


****** STORY II ******

Minggu lepas, dia beritahu ibunya yang Cikgu Mathnya sudah seminggu tidak masuk mengajar. Hari ini dia beritahu yang ibunya sudah meninggal dunia sedangkan sihat walafiat si ibu itu. 

Adakah dia ini kekurangan kasih sayang sampai perlukan perhatian sebegitu rupa?

1 comment:

  1. tiba tiba teringat anak akak yg berumur 7thn juga.. dah pandai nak pusing² bila kita tya . aduhhhh susah nya nak jaga anak skrg ..

    cikgu bertabahlah ye .

    ReplyDelete