Tuesday, April 24, 2012

Pergi Berurut

Actually inilah first experience saya pergi berurut. Mak saya memang tak galakkan sangat pergi berurut. Sebabnya saya kurang pasti. Kalau dah berkahwin dan bersalin, memang mak saya galakkan pergi. Masa nak kahwin dlu pun, saya tak ada masa nak manja-manjakan diri untuk mandi susu, mandi rempah bagai...mandi air paip je..hehe. Manicure, pedicure pun tak sempat..hehe. Banyak urusan yang lebih penting perlu saya settlekan.

Semalam rasa sakit yang teramat sangat di bahagian pelvic saya. Macam yang pernah saya coretkan dalam entry tentang muscle pain ni, sakitnya sampai mengalirkan air mata. Mula-mula malaslah nak mengadu dengan suami tapi bila tahan sakit sampai berpeluh-peluh, tak boleh jadi lah kan?

Dapat pula suami yang kuat membebel. Dia suruh saya pergi jumpa bidan untuk perbetulkan laluan baby. Saya memanglah malas tapi tak kuasa nak bergaduh dengan dia. Malam-malam sebelum masuk tidur, saya suruh ipar saya yang baru bersalin untuk set appointment (kelas jah...set appointment!) dengan bidan untuk berurut.

Entah apa nasib pagi tadi, nak start enjin kete tak boleh pulak! Saya dah gabra habis. Mane lah saya tahu nak buat kan? Nak kata bateri problem, saya baru je tukar bateri pada bulan November yang lepas. Saya pun call service centre tu dan minta mereka datang tengok-tengokkan. Setengah jam juga tunggu centre tu buka, baru boleh call. Mujur cepat je diaorang datang. Diperiksa-periksa, bateri tu yang problem. Legalah hati saya, bukan sebab rosak yang lain. So, mereka replace dengan bateri lain sebab still under warranty.

Sampai je di rumah bidan, ipar saya pun ikut sekali sebab anak sedara saya tu demam. Dah 2-3 hari tak kebah-kebah. Teori mak ipar saya tu maybe sebab selalu sangat diangkat-angkat oleh pakcik-pakcik dia. Yelah, cucu pertama kan? Orang seronok nak peluk cium. Kalau dah ramai nanti, tak kuasa nak kendong ke hulur ke hilir..hehe.

Saya cakaplah di bahagian mana yang berasa sakit. Makcik Atik tu mulakan dengan urut kaki dahulu. Bila sampai di belakang lutut saya, katanya urat kaki saya tegang. Banyak berdiri ke...soalnya. Saya angguk je. Yelah, jadi cikgu mane boleh duduk. Itu pun saya duduk juga. Tak larat. Tak boleh duduk lama-lama pun sebab ajar murid Tahun 1, kelas hujung pula tu. Banyak akalnya. Kalau tak round mereka buat kerja, jawabnya memang tak siaplah. Cikgu nak menyinga dah tak kuat dah.. Nak menjerit buat sakit perut je. Saya tambah 'agaknya sebab saya dah gemuk juga kot...'. Yelah, dari berat saya dalam 50-52kg sekarang sudah 62kg. Tak biasa bawa badan berat..huhu.

Bila sampai ke pelvic saya, rasa nak menjerit pun ada. Katanya itu bukan kawasan baby. Memang problem dengan urat. Kemudian dia 'kumpulkan' baby saya ke laluannya. Kemudian barulah saya tak rasa sakitnya.

Alhamdulillah, sekarang dah rasa OK sikit. Tak rasa sakit lagi. Makcik Atik ni orang Indonesia tapi sudah menetap lama di sini kerana berkahwin dengan orang tempatan. Anak dia tadi pun, ada lah kot dah Form 1. Dia bukanlah bekerja sebagai tukang urut tapi kalau ada yang hendak berurut, dia boleh tolong urutkan. Kire she's not doing this job for a living lah. Mak saya yang berurut sekali pun rasa sedap dengan urutan dia.

Mak suggest tempah je Makcik Atik ni untuk urut saya lepas bersalin nanti. Cuma tak tahulah macam mana sebab Makcik Atik ni setiap kali cuti sekolah, balik ke kampungnya di Indonesia. EDD saya pula dekat-dekat dengan cuti sekolah. Tengoklah dulu macam mana..


7 comments:

  1. kt kg mn berurut tu? dia pakai myk apa ya? sbb ada org guna myk kelapa ada tu pakai myk gamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung di Muar ni Kak Anies. Dia pki minyak TYT tu je. Mmg bukan tukang urut kan..saje je tolong org yg nak berurut.

      Delete
  2. laa cuti skolah dia takde ke Pia..baru berangan nak g berurut dengan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya tak ada lah Noi.. tapi tak tahulah. Maybe kene call dlu lah kot..nk make sure dia ade ke tak.

      Delete
  3. bidan indonesia biasa mmg best urut, teringat dulu lepas bersalin kan Alia, urut dengan maid sorang akak ni yg asal dari Medan, bestnya, tak sama dengan yang lain pernah akak rasa.

    Nanti mcm nak booking jugalah...haha, lorr, cuti2 takde ke?..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah panjang2 je dia takde kak.. setakat hujung minggu tu ade je...hehe

      Delete
  4. macam akak dulu kot..baby duk kat tempat salah..dia mcm terhimpit..sy rindu awakla..bila kita dpt jupe ek

    ReplyDelete