Wednesday, March 28, 2012

Rindu zaman U

Kesempatan menghantar anak sedare saya balik ke kolej semalam membuatkan saya rasa rindu dengan zaman semasa di UTM. Terasa best je..haha.

Manakan tidak, masa tu kan baru belajar 'nak hidup'. Semua benda pun saya explore dan buat. Hmm..

Kesempatan berbual dengannya, barulah saya tahu bahawa kelas-kelas di UiTM macam kelas di sekolah. I mean mereka duduk di satu kelas, lecturer yang masuk kelas. Compared to us, kita yang pergi cari lecturer. 15 minit lecturer tak masuk, masing-masing blah...hehe. Bestnya sebab kita boleh pergi fakulti orang lain.

Ingat lagi masa 1st sem. Ambik subjek Digital Logic. Lecturer dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Bila kelas, memanglah di fakulti tiba-tiba nak ambik exam, kena pergi dewan kuliah di Fakulti Elektrik. Exam sekali dengan budak-budak Elektrik. Masa tu mana ade kete, motor ke...bas pula tak berapa boleh nak harap. Kolej kediaman jauh pula tu. Berjalanlah berduyun-duyun minah-minah KRP pergi ke Fakulti Elektrik dengan ayu berbaju kurung. Datang sana, budak-budak Elektrik yang rata-ratanya lelaki tengok je kiteorang. Haha..ayu beb!

Kami pun selalu juga ada kelas di Fakulti Pendidikan. Dahlah fakulti saya di atas bukit. Turun tangga tanah ke dewan kuliah N29, lintas jalan singgah Pusat Komputer D7, lintas lagi baru jumpa Fakulti Pendidikan. Tak masuk berjalan kaki dari kolej kediaman. Sebab tu I kurus kot time tu...hehe.

Tak thrill lah kelas dekat-dekat. Sebelah kolej kediaman je. Patutlah budak-budak sekarang pergi kelas berfesyen macam nak pergi shopping complex. Dengan tudung berpintal-pintal macam nak serkup muka sendiri, pakai high heels bagai..make up 3-4 inci. Time kiteorang dulu, sarung jeans dengan T-shirt je. Nak jalan kaki jauh ni, siap nak kena daki bukit. Berpeluh-peluh masuk kelas. Tak sesuai dengan fesyen budak-budak sekarang!

Hai...rindulah pula dengan UTM ni. Bilalah nak datang lagi. Last time masa datang ke UTM dengan kawan, wajib singgah Tasik UTM. Bagi makan kat ikan yang lapar macam piranha!

[Gambar diGoogle] Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai 

2 comments:

  1. tu yang aku heran pia..siap boleh berbelit2 macam lilit ulo sawa, boleh pakai heels, mekap tabal,pakai hembek..aku sangatlah konpius

    ReplyDelete
  2. windu jugak zaman di UKM dulu..windu perkataan kolej, fakulti, esaimen, labwork,...owh..windu bermain bakteria riang..(sudah lupa nama kebanyakan bakteria2 itu)..sedih!

    ReplyDelete