Friday, March 30, 2012

Nafsu makan ketika mengandung

Sejak mengandung ni, nafsu makan memang tak boleh ditahan-tahan. Awalnya bukan sebab teringin sangat nak makan itu dan ini, cuma mengelakkan daripada rasa heartburn saje.

Since dapat tahu pregnant, tiba-tiba je mesti nak makan. Dah tu tak boleh makan lain-lain, mesti nak nasi. Tak kisahlah nasi putih atau pun nasi goreng. Kalau makan mee, kuey tiaw, roti atau menu-menu lain mesti lapar sangat jadinya. Pernah sekali makan roti saje malam tu, esok pagi-pagi bangun dari tidur..kepala berpusing-pusing dan muntah teruk sampai 4-5 kali. Agaknya sebab tu lah berat naik yang melampau-lampau sangat jadinya.

Bila dah lepas 1st trimester, tekak ni rasa nak makan western saje. Cam omputeh lak anak aku ni..hehe. Paling saya suka, makan lasagne. Entah apa yang sedap sangat tapi setiap kali ke western restaurant, mesti nak order lasagne. Konon nak belajar buat sendiri tapi nak cari kulit lasagne, tak pernah jumpa. Maklumlah, saya ni duduk kampung. Setakat macaroni, angel hair or spiral biasa tu ade lah jual (ke saya yang tak tahu nak beli..hehe)

Tukar-tukarlah lasagne, pizza, burger dan beberapa western menu lain. Dah OK sikit kalau tak makan nasi, just sekali sehari tu mesti makan nasi. Lagipun misi pesan, 1 hari makan 6 senduk nasi je. Sampai sekarang saya hafal sifirnya
1 hari makan 6 senduk nasi.
4 keping roti putih bersamaan dengan 1 senduk nasi.
6 keping biskut kraker bersamaan dengan 1 senduk nasi
Kire saya ikut sifir misi ni untuk maintain berat badan selepas kejadian berat badan naik melampau tu.

Sekarang ni, barulah nak makan lauk tempatan. Hehe.. Saya ni kurang makan ikan. Kalau dapat makan seekor ikan tu, mesti saya cakap dengan mak saya "Mak, Ana makan ikan sekor hari ni". Haha..teruk betul. Sekarang kurang sikit makan ayam. Tiba-tiba je ikan jadi macam sedap sangat!

Selain tu, barulah ada selera nak makan char kuey tiaw lah, kuey tiaw Hongkong lah, Tom Yam Kung lah dan macam-macam lagi. Paling kelakar sekarang ni tengah sibuk cari kuih pau. Time ni lah susah nak cari kuih pau sedap. Nak beli pau cina macam tak tergamak pulak nak makan..hehe.

Untuk kali ketiga dalam 2 minggu ni, saya dok belasah menu ni

Curry Seafood Laksa

Tak pernah habis pun makan semangkuk ni pun. Tengoklah saiz mangkuknya. Dah tu pedas giler! Lebih kepada seronok nak hirup kuahnya saje. Teruk betul!

Akibatnya, jadi gemok...hehe

Gambar 2 hari lepas...

Harap dapat kuruskan badan selepas bersalin nanti. Nanti hari-hari kene ejek dengan laki I. Tension tau...huhu. Dahlah dia kata hidung I kembang...huhu.

2 comments: