Terdapat banyak punca berlaku kencing kotor ni. (Saya pun baru Google di website Dr. Zubaidi). Mungkin juga ada beberapa punca lain yg menyebabkan terjadinya kes ini. Saya perhatikan sejak sibuk dengan projek barcode saya, saya jadi khusyuk dengan kerja saya sampai terlupa nak makan dan minum. Bukan tak bawa bekal air dan makanan tapi kononnya mahu menjadi tauladan kepada anak-anak murid (tak boleh makan dan minum di dalam makmal), saya pun lupa nak minum air. Dah lapar sangat, baru saya berhenti dan makan.
Lagipun, kedudukan makmal yang terletak jauh dari peradaban manusia tu..agak jauh dari tandas guru. Paling dekat, tandas murid lelaki. Tak tergamak saya nak masuk tandas murid lelaki. Kalau murid perempuan tu, harus juga saya 'pejam'kan mata. Adalah kot dalam jarak 70meter, kemudian harus naik tingkat 1. Dalam keadaan sekarang, jalan pun dah macam penguin (akibat gemok..huhu), seksa juga. Kata orang, 'bercinta' nak pergi buang air!
Mungkin sebentar lagi saya akan ke klinik. Sebelum ni, pada check up yang lepas, JM dah marah saya untuk hal yang sama tapi yelah, masa tu tak sakit. Sekarang dah sakit, pandailah cari ubatnya sendiri.
Sumber dari Google
(Teringat anak murid yang suka kepit tangan di celah sana dan terhenjut-henjut sambil minta izin nak pergi tandas sebagai tanda dah tak tahan bebenor lah tu...hehe)

get well soon ye Phia...jgn lpa mkn ubat nnt..:)
ReplyDeleteTQ Wahida..
DeleteBab mkn ubat yg letih ni..huhu
moga cepat sembuh
ReplyDeletecheqna skang kalau rasa nak g kencing terus je g toilet tak mau tahan2 lagi
Kak Cheqna,
Delete'Kenderaan terlebih muatan' jalan perlahan sikit..tu yg letih nk ke toilet..huhu
Kalau anak muris nak ke tandas untuk buang air, jangan tahan. Ditakuti mereka dapat penyakit.
ReplyDeleteSemoga Sephia cepat sembuh.
Kakcik, susah nk bezakan kalau mereka tu serius atau tidak.Selalu sgt mereka bukan pergi buang air tapi pusing jalan-jalan 1 sekolah.
DeleteTQ Kakcik
moga cpt sembuh..jg diri tu lek lok
ReplyDeleteBaik kak.. InsyaAllah
DeleteJaga kesihatan Su. Tapi betul bila khusyuk buat kerja kita lupa makan-minum...
ReplyDelete