Wednesday, May 18, 2016

Bagaikan ternanti-nanti hendak menulis...

Sungguh entah kenapa saya begitu rindukan blog ini. Maybe kerana sata dapat menulis tanpa org perlu judge saya. Argh, mustahil orang tak judge saya tapi kurang sikit hati yang perlu dijaga..

Saya tak tahu kenapa pada tahun ke9 saya mengajar ini, semakin sukar pula laluan kerjaya saya. Bukannya tidak bertambah produktif tetapi cabaran kerja semakin mencabar. Anak-anak murid juga semakin banyak ragam. Sudah masuk bulan ke 5 saya bagaikan gagal mengawal kelas sedangkan class management adalah sangat penting kepada seseorang guru. Kalau gagal dikawal, bagaimana sesi PdP hendak dumulakan. Setiap kali saya perlu menjerit, mengugut dan berkasar untuk mengawal kelas. Akhirnya ada murid yang tidak selesa dengan tindakan saya dan rasa tertekan kerana cikgu mulakan hari dengan jeritan.

Sungguh saya sendiri tidak ingin hal ini berlaku. Bagaikan saja kalau hari saya bekerja sudah dimarahi guru besar. Pastinya ia bukan permulaan hari yang baik.

Saya patut gali semula skill control kelas. Mungkin juga faktor wujud guru praktikal sebelum ini yang menyebabkan disiplin agak longgar. Saya patut consider semua perkara ini jika tidak saya akan stress mengajar sehingga hujung tahun. Pastinya saya tidak mahu oerkara seperti ini terjadi.

Esok saya mahu kongsikan bagaimana mereka membunuh jiwa keguruan dalam diri saya atas kepentingan peribadi. Ya, ini tahun ke 9 saya menjadi guru dan saya masih struggle dalam kerjaya saya. Adakah jiwa ini akan terus mati? Oh, tidak... kerana inilah cita-cita saya. I'll do it my way, insyaAllah..

Tuesday, May 17, 2016

2016 dah rupanya..hihihi

Assalamualaikum

Entry terakhir saya tahun 2014.. hihihi. Lama betul..

Entah tiba-tiba saya rasa rindu pada blog ni. Blog, media sosial yang tidak terlalu terbuka dan tidak juga terlalu personal. Saya selesa berada di platform blog. Entah kenapa saya tinggalkan dunia blog.. maybe sebab tidak sempat hendak mengarang ayat panjang-panjang.

Now, my life is blessed with 2 sons.. Yes, another addition in 2015. A boy named Nurul Adam Yusuff.
I am so happy to have those 2 little rascals in my life..

Yusuff sedikit istimewa di hati saya. Bukan Nuha tidak istimewa tetapi saya fully breastfeed Yusuff sejak kelahirannya. Anak yang telah saya persiapkan diri untuk menjadi pejuang susu ibu. Murah rezeki anak itu. Tidak seperti abangnya. Saya tidak breastfeed Nuha semasa dia kecil kerana kondisi jantungnya ketika kecil. Saya masih menyusukan dia tapi dia lebih kenyang dengan susu formula. Namun selepas prosedur memasukkan stent, terus kering susu saya dan berakhirlah penyusuan susu ibu Nuha.

Nuha ternyata sangat cemburu bila saya breastfeed Yusuff. Saya katakan Nuha juga minum susu ibu ketika baby. Akhirnya dia faham. Agak sukar menerangkan ketika dia mula-mula dapat adik. Saya perlu melayan rajuknya 2 kali ganda berbanding biasa. lama-kelamaan baru dia sayangkan adiknya.

Tapi hari ni saya terpaksa bekalkan susu formula ke taska kerana susu badan saya agak drop. Saya rasa faktor hormon sangat mempengaruhi. Menangis juga saya pagi tadi kerana tidak pernah saya bekalkan yusuff dengan susu formula. Akhirnya saya terpaksa mengalah selepas episod stress dan demam berpanjangan saya. Di samping faktor hormon selepas period setelah hampir setahun melahirkan Yusuff. Namun, saya bertekad tidak akan menyerah. Biarlah setin ni sebagai pemangkin. Moga terus ada rezeki Yusuff selepas hormon kembali stabil. Allah jualah Maha Pemberi Rezeki kepada anak-anakku.

Leganya dapat meluahkan isi hati saya ini...

Monday, August 25, 2014

Kalau nak berjimat, ada saja caranya

Hari ini hari gaji. Dalam masa 10 minit je, separuh daripada gaji dah dihabiskan membayar hutang dan bil-bil utiliti. Haish...

Maka, saya pun google lah 'Cara nak jimatkan duit'.. Macam-macam tips yang diberikan. Sama ada nak buat atau tidak sahaja. Pokok pangkalnya hati..

Nak raya katanya sebelum ni, orang kata buatlah persiapan awal biar tak terganggu ibadah time Ramadhan. Beli sana, beli sini.. Penyakit membeli tu berlarutan pula sampai sekarang. Manalah tak abis duit.. Ni baru nak menyesal..kuikuikui.

So, saya akan list downkan kesalahan saya supaya setiap kali saya baca, saya akan ingat perkara yang saya dah buat.

1) Jangan beli tudung banyak-banyak!

I always said to my dear husband, cara paling mudah untuk tukar gaya ialah tukar tudung ;p Yelah, keje nak tukar baju je..baju 3 gobok pun tak muat kan? Lagipun, baju untuk pergi keje tak payahlah vogue sangat. Kena marker pen ke, staples tepi meja ke, tak pun velcro tape kat meja kantin..sayang baju. Pilihan saya sudah semestinya kain sales kat Jakel ;p yang beli 3 pasang RM100 tu..hahaha. Serious, tak tipu! Campur upah jahit lagi, baju kurung je paling murah RM35. Kalau beli siap, sepasang dah RM60 juga tu. Memang itulah pilihan saya jika shopping baju keje. Tu pun bukan tiap-tiap bulan beli. Memang pakai sampai lunyai lah.. (Ni berjimat ke kedekut ni...hihihi)

Cuma saya memanglah gila beli tudung. Fareeda je saya tak beli..ngeri mak dikkk.. 3 helai Rm1000. Saya ni layak 3 pasang RM100 je..hihihi. Karang sibuk nak try bawal lah, shawl chiffon lah, wideshawl lah, Aidijuma pun aku sebat..bawal katanya kan? Ade pulak tukang hasut a.k.a kakak ipar aku yang peminat tegar AJ. Memang mudah terpengaruh betul.
Rasanya bulan lepas je, dana beli tudung boleh dapat 2 jubah calaqisya. Tak ke gila dibuatnya?!

Jadi, saya berazam tidak membeli tudung banyak-banyak lagi. Ada yang memang takde tone colour baju pun tapi beli jugak...Astagfirullah!

2) Potong bil utiliti yang tidak relevan penggunaannya

Apa pasal bombastik sangat tajuknya ni? Haha...belasah jelah.
Lepas je aku baca tips-tips jimat duit tu tadi, aku terus teringatkan bil Astro kat rumah tu. Boleh sangat potong channel Warna tu. Bukannya membantu perkembangan minda sangat pun kan? Cehhh...cover sangat tu.. Dengan bersegeranya aku call CS Astro suruh potong channel. Jimat dekat RM 25 jugak tu..

Lepas tu, aku makin seronok lak potong bil sana-sini. Aku pegi call Digi pulak. Aku cakap nak downgrade dari Postpaid SmartPlan 88 jadi prepaid RM48. Dia bagi 2GB Mobile Internet tapi kalau dah habis quota boleh surf unlimited messaging thru WhatsApp dan Opera. Takde hal, kecik punya problem! Selama ni hidup je aku kan..hahaha.

3) Jimat elektrik

Ni rasanya macam banyak juga aku dah jimat. Yelah, aku kan sanggup berpanas sebab tak nak pasang aircond. Laki aku puaslah merayu biarlah dia belikan aircond..tapi hatiku sekeras batu. Pasal aku yang nak kena bayar bilnya nanti. Macam aku tak boleh percaya je muka dia nak off aircond walaupun hari hujan...hahaha.
Cuma satu benda yang aku terpaksa admit ialah Melaka ni memang panas gila. Dah naik hitam kulit wajah aku ni..hahaha. Macamlah lawa sangat kan? Aku terpaksa mengorbankan keselesaan anak aku, kekadang tu sampai naik ruam dia berpeluh. Kesian juga tapi aku belikan dia kipas blade besar gile. Memang tala kat dia je.. Aku pun pakai kipas siling je. Abah dia conquer satu lagi kipas. Takpelah nakkk, ibu redho...lah sangat! Maybe lepas ni sebelum gi keje aku  patut off thermopot dan unplug TV sebab rupanya makan karen jugak ek kalau dia dalam stand-by mode. Baru aku tahu...

Maybe aku patut iron baju seminggu sekali. Cuma habit aku suka pakai baju panas-panas je sebenarnya yang buat aku suka sangat gosok baju lepas mandi setiap pagi. Macam kesejukan air itu dihilangkan dengan wap panas iron. Boleh fefeeling gitu..hahaha.

4) Memasak di rumah

Yang ni memanglah aku amalkan. Cuma bila laki aku balik jelah, aku ketuk dia sikit...sikit je. Cuma biasanya masak lepas balik keje. Pergi sekolah, aku still makan kat kantin. Tapi sejak naik Raya ni, macam mahal gile pulak makanan kat kantin. Nasi, ayam, sayur ciput dan milo ais, RM6. Hmm...maybe murahlah kot kalau compare harga kat luar tapi ni sekolah kot..macam tak boleh masuk akal je.

Adalah terlebih baik aku bangun awal sikit, buat sandwich ke, lempeng je, nasi goreng hatta megi goreng pun boleh aje di pagi yang hening itu. Masak nasi pun sempat. 20 minit je pun..

Kalau malas, memang susahlah nak cakap apa pun.. Ada member aku siap tak makan kat sekolah. Kalau lapar dia makan biskut ke, roti ke sebab dia dah breakfast sebelum gi sekolah. Gila lah...patutlah dia slim. Aku juga yang makin bam..bam..

5) Puasa sunat

Haha...yang ni aku tuliskan aje. Realitinya, aku dapat buat atau tidak, aku tak pasti tapi InsyaAllah aku cuba. Bukan susah sangat pun..malas je yang lebihnya. Pada hal fadhilatnya punyalah banyak. Kesihatan terjaga, mulut terjaga takdelah asyik nak mengumpat aje  duit jimat, pahala pun insyaAllah dapat.

Itulah saje cerita aku hari ini. Moga setiap hari ada islah dalam diri aku ni.

 Till we meet again..insyaAllah

Friday, August 22, 2014

#MengenangMH17




One of the ill-fated passenger, Allahyarham Hasni Hardi Parlan was my schoolmate. 
Saya tak lah kenal arwah personally, kami satu batch ada 500+ orang. Tapi bila terjadi tragedi seperti ini, mana mungkin kita tak terkesan. 

Semoga Allahyarham tenang di persemadian abadi. 

Innalillahi wainnailahi rojiun
Al Fatihah

Wednesday, August 13, 2014

Wajah yang suci dan menyejukkan hati

Saya paling suka tengok muka anak time dia tidur. Memang suci dan menyejukkan hati. Kadang-kadang menggeramkan juga..hihihi. 

Muka yang paling helpless dan buat kita rasa, kitalah manusia paling gembira dalam dunia. Macam kita tengok anak kita masa dia baby..dia tak dapat buat apa-apa selain dengan bantuan kita. 

Saya sangat bersyukur kerana Allah beri pinjam anak ini lebih lama daripada jangkaan saya. Pada hari doktor di Tey Maternity tu diagnose jantung Nuha, saya menangis semahunya kerana memikirkan mungkinkah dia diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Allah itu sememangnya Maha Mengetahui. 

Semoga anak Ibu membesar menjadi anak yang baik, soleh, bijak dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah! 

Ibu love you! 

Saturday, August 2, 2014

Puasa dalam erti kata sebenar

Saya begitu terkesan dengan pesanan Ayah, pengasas RPWP tentang amalan berpuasa. Selama ini, saya berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga. Kalau lebih sikit pun, tahan mata, tahan mulut dari terlihat dan tersebut perkara yang sia-sia. 

Konsep mereka puasa untuk mencukupkan keperluan. Selain daripada puasa sunat setiap Isnin Khamis, mereka lebih gemar berpakaian seragam. Kata ibu-ibu di RPWP kalau beruniform selain daripada menjimatkan kos membeli pakaian, mereka lebih mudah hendak siapkan anak-anak. Kalau disuruh pilih baju yang mereka hendak pakai, mesti mengambil masa dan tenaga. 

Mereka juga mengajar konsep 'kalau mampu pakai Honda tetapi pilih untuk juga Proton pun puasa juga'. Hmm, betul juga kan? Kereta tu dah hutang, maintenance lagi. Asalkan boleh bergerak dan sampai destinasi,Alhamdulillah. Nanti bila dah berkereta besar sangat pula, ada yang meragui kemampuan kita. Silap haribulan, ada pulak mulut jahat kata kita tipu orang atau makan rasuah pula. Hmm, dah mengundang fitnah. 

Tahun ini hari raya kami disambut sederhana. Cuba mengaplikasikan konsep puasa dalam erti kata sebenar. Alhamdulillah, Ramadhan kali ini cuma sekali berbuka puasa di luar. 3 kali pergi ke Bazaar Ramadhan. Selebihnya masak dan makan sendiri di rumah. Puasa kedua kami beli makanan berbuka di bazaar, habis dekat RM25 juga. Itu pun sebab kami ada appointment Nuha di JB dan tak sempat balik memasak di rumah. 

Baju raya pun tak berlebihan. Kalau sebelum ni, suami kata 'baju manik satu badan'.. Tahun ni, sebutir manik pun tak ada...hihihi. Walaupun dah aim sejak awal sepasang jubah dari seorang young and talented designer, tahun ni kita bagi akak tailor Masjid Sungai Abong je jahit baju raya cum baju pergi kerja lepas tu. Hihihi...jimat! 

Untuk anak jelah ada terlebih sikit..biasalah ibu-ibu memang suka sangat berbelanja pakai alasan 'untuk anak' ni tapi rasanya taklah sampai jatuh tahap membazir. 

Kelengkapan rumah memang tak beli apa pun sebab rumah ni baru diduduki setahun lepas. Semuanya masih elok dan boleh dipakai. Biskut raya pun tak beli, beli kerepek je. Tu pun kita tengok bila habisnya..kuikuikui. 

Rasanya boleh diteruskan amalan puasa ini. Tunggulah sampai handbag saya tu ada orang buat lukisan, atau terkoyak, atau apa-apa jelah sebab yang dah terpaksa nanti barulah saya beli handbag baru. Buat masa ni kita bersabar jelah ye.. Puasa kan? 

Our raya pic this year #TeamOranje

Masih tak terlewat untuk kami sekeluarga ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin' 



Saturday, July 26, 2014

Pre Raya



Susah sebenarnya nak pakaikan Nuha baju raya ni. Dari sejak siap diambil dari tailor, punya lah susah nak sarungkan baju. Lagilah nak pakaikan songkok. Tak sampai 2 saat dia campak songkok dia. 

Thanks to his Abah. Bila Abah nak pergi terawih, pakai baju Melayu dan songkok, barulah dia nak pakai baju dia. Alang-alang dah siap, kita ambil gambar dulu. Nanti raya, InsyaAllah kita ambil gambar lagi.. 

Jingga tema kami tahun ini 😋😋😋